Isnin, 9 Julai 2012

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


PR Can Only Win The Next General Elections If The Rakyat Can Be Convinced That PR Can End BN’s 5Ds of Deficits, Debts, Deceits, Dictatorship And brain Drain. (en/bm/cn)

Posted: 08 Jul 2012 10:44 PM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9.7.2012.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has attacked PR for encouraging a wrong culture of breaking promises, being ungrateful and not paying our debts. BN is the party breaking their promises of being fair to minority races by persecuting and hounding Bersih co-Chair Datuk Ambiga Sreevenasan at her home with beef burger stalls, butt dance by army veterans and even that she be hanged for treason against the King.

Ambiga is an easy target because she is a Hindu, Indian and a woman. This conforms with former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad view that the issue of race in pitting Malay against non-Malay will be crucial in winning the next general elections.

Najib wants the people to be grateful to BN, when it is political parties such as BN that should always be grateful to the people for voting them. Further Najib is not qualified to talk about not paying their debts when billion of ringgit in loans taken by UMNO cronies from local banks in financial scandals have never been paid. Why so special for UMNO cronies but not for the ordinary rakyat?

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak sounds confident of sweeping all states in leading BN to 14-0 victory but yet still dare not call for elections. Clearly he knows that PR has succeeded in putting across to the public that a BN government would lead to what I describe as the 5Ds of Deficits, Debts, Deceits, Dictatorship and brain Drain of BN. Even UMNO's mouthpiece New Straits Times have written an article last week attacking me for describing 5Ds.

However I would be the first to admit that telling the public that BN represents 5Ds is not enough. What is the solution? PR's biggest hurdle is to convince the rakyat that PR can end the BN's 5Ds. PR believes that ending corruption will remove and end 5Ds.

Presently corruption has deteriorated with Transparency International ranking Malaysia at No. 60 in the Corruption Perception Index last year compared to No. 37 in 2003. Instead of giving out loans to farmers who breed cows, the family of a Minister who has never reared a cow is given RM 250 million loan, which is misused to buy condos. We can see some of the worst excesses in Sarawak where wealth controlled by families of state government leaders are openly flaunted.

Malaysia's Federal Government's RM600 Billion Debt At RM 21,500 Each For The 28 Million Malaysians.

Clearly rampant corruption can only be permitted by BN's deceit and dictatorial powers which will lead to an even larger brain drain. Since Merdeka in 1957, more than 2 million Malaysians have left the country. The recent change in Australian work visa policy that allows Australian graduates to stay back in Australia for 2-4 years will only accelerate the brain drain.

BN's recent RM13.8 billion 2012 supplementary budget will add on to the projected RM 45.9 billion projected deficit in the 2012 budget, resulting in a total deficit of RM 59.7 billion, the highest in Malaysian history. The fiscal irresponsibility of the BN government is proven by the fact that the additional funds will be spent on the extra RM 1.5 million allocation to BN MPs from this supplementary budget while non-BN MPs including those from Pakatan Rakyat will be given nothing.

As of 31 March 2012, government debt stood at RM 470 billion. If we include the expected deficit from the 2012 budget, our government debt will easily increase to beyond RM500b by the end of the 2012. And this does not even include the worrying increase in the contingent liabilities that are not officially on the books amounting to nearly RM 110 billion. If contingent liabilities are added to official government debt, our debt would increase to more than RM 600 billion or RM 21,500 each to be paid by the 28 million Malaysians!

The last time this country ran a budget surplus was in 1997 when Anwar Ibrahim was the Deputy Prime Prime Minister. Since 1997, we have experienced 15 consecutive years of budget deficits, which is why we want Anwar as the new Prime Minister to turnaround the deficit budget into a surplus budget. Our government debt has increased by 5 times from RM 89 billion in 1997 to RM 470 billion as at March 2012 as compared to the increase in GDP by only threefold.

In contrast to BN's dismal financial performance, PR state governments have recorded surplus after surplus every year and even managed to reduce our debts sustainably. Penang reduced our debts by a whopping 95% or RM600 million from RM630 million at 8 March 2008 to only RM30 million by end 2011. All this was achieved not by BN's deceit but by straight talking of running a clean government based on CAT governance of competency, accountability and transparency.
.
Clearly the system of open competitive tenders, disclosure of government contracts with the private sector, public declaration of assets certified by an international accounting firm and the passing of a Freedom of Information Act works in combating corruption. PR states like Penang have proven that a clean and good government can end 5Ds.

Lim Guan Eng

——BM Version—-

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 9.7.2012

PR Hanya Boleh Memenangi Pilihan Raya Umum Yang Akan Datang Sekiranya Rakyat Diyakinkan Bahawa PR Mampu Membanteras Gejala 5D BN, Iaitu Defisit, Debt (Hutang), Deceits (Penipuan), Dictatorship (Pemerintahan Diktator) Dan Brain Drain (Penghijrahan Modal Insan).

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak telah menyerang PR kerana menggalakkan budaya mungkir janji, tidak berterima kasih dan tidak melangsaikan hutang. Sebenarnya, BN adalah parti yang memungkiri janji mereka untuk bertindak adil kepada kaum-kaum minoriti melalui penindasan dan penganiayaan terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di rumahnya dengan gerai burger lembu, tarian punggung oleh veteran tentera dan seruan untuk menggantung beliau kerana derhaka.

Ambiga adalah sasaran mudah kerana beliau seorang Hindu, India dan wanita. Ini selaras dengan pendirian mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa isu perkauman antara Melayu dan bukan Melayu akan menjadi penentu pilihan raya umum yang akan datang.

Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN, padahal sepatutnya parti politik seperti BN yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana mengundi mereka. Tambahan, Najib tidak layak untuk bercakap tentang pelangsaian hutang apabila hutang berbilion-bilion ringgit yang diambil oleh kroni-kroni UMNO daripada bank-bank tempatan dalam skandal-skandal kewangan masih lagi tidak dibayar. Kenapakah kroni UMNO boleh mendapat layanan istimewa berbanding dengan rakyat?

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak kononnya yakin untuk mencapai kemenangan 14-0 dan memenangi kesemua negeri, namun beliau tidak berani untuk memanggil pilihan raya. Jelas beliau tahu bahawa PR sudah berjaya memaklumkan rakyat bahawa kerajaan BN akan membawa gejala 5D, iaitu Defisit, Debt (hutang), Deceits (penipuan), Dictatorship (pemerintahan diktator) dan brain Drain (penghijrahan modal insan). Malah lidah UMNO New Straits Times telah menyerang saya minggu lepas kerana saya telah membongkarkan gejala 5D.

Namun begitu, saya mengakui bahawa sekadar memaklumkan rakyat tentang 5D ini tidak mencukupi. Apakah jalan penyelesaiannya? Cabaran besar PR adalah untuk meyakinkan rakyat bahawa PR boleh membanteras gejala 5D. PR percaya bahawa dengan membasmi rasuah dan korupsi kita berupaya untuk menangani gejala 5D.

Buat masa ini, tahap rasuah makin teruk. Kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sudah pun jatuh kepada No. 60 berbanding No. 37 pada tahun 2003. Daripada memberi pinjaman kepada penternak lembu, keluarga menteri yang tidak pernah menternak lembu pula diberi pinjaman RM250 juta yang kemudian disalah guna untuk pembelian kondo. Kita juga boleh melihat kekayaan melampau pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak.

Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia Mencecah RM600 Bilion Atau RM21,500 Setiap Orang Untuk 28 Juta Rakyat Malaysia.

Penipuan dan kuasa diktator BN jelas akan membiarkan rasuah berleluasa dan menyebabkan penghijrahan modal insan yang lebih besar. Sejak Merdeka pada tahun 1957, lebih 2 juta rakyat Malaysia telah meninggalkan negara. Perubahan dasar visa kerja Australia baru-baru ini yang akan membenarkan graduan Australia untuk terus menetap di Australia selama 2-4 tahun hanya akan mempercepatkan proses "brain drain" ini.

Bajet tambahan 2012 berjumlah RM13.8 bilion baru-baru ini akan meningkatkan unjuran defisit RM45.9 bilion dalam bajet 2012 kepada jumlah besar RM59.7 bilion, iaitu defisit yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Ketidak bertanggungjawaban dalam urusan kewangan oleh kerajaan BN dibuktikan apabila dana tambahan ini merangkumi peruntukan RM1.5 juta kepada Ahli-ahli Parlimen BN sementara Ahli-ahli Parlimen PR tidak mendapat satu sen pun.

Setakat 31 Mac 2012, hutang kerajaan berada di tahap RM470 bilion. Jika kita masukkan defisit yang dijangka dalam bajet 2012, maka hutang kerajaan akan meningkat melebihi RM500 bilion di akhir tahun 2012. Ini tidak pula mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontingen yang bernilai hampir RM110 bilion yang tidak termasuk dalam kunci kira-kira. Jika liabiliti kontingen ini ditambah kepada hutang rasmi kerajaan, maka hutang kita akan bertambah kepada RM600 bilion ataupun RM21,500 setiap seorang rakyat Malaysia!

Kali terakhir negara kita menikmati lebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sejak 1997, kita telah mengalami defisit bajet selama 15 tahun berturut-turut. Oleh itu, kita mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri baru untuk memulihkan defisit bajet kepada lebihan bajet. Hutang kerajaan kita telah meningkat 5 kali ganda daripada RM89 bilion pada tahun 1997 kepada RM470 bilion setakat Mac 2012, berbanding dengan kenaikan KDNK hanya 3 kali ganda.

Berbeza dengan prestasi kewangan BN yang kurang baik, kerajaan-kerajaan negeri PR telah mencatatkan lebihan bajet setiap tahun dan juga mengurangkan hutang kita. Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95% ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011. Ini telah dicapai bukan dengan penipuan tetapi melalui pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus.

Adalah jelas bahawa sistem tender terbuka, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan harta secara terbuka dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, serta Enakmen Kebebasan Maklumat telah berjaya membanteras rasuah. Negeri-negeri PR seperti Pulau Pinang telah pun membuktikan bahawa kerajaan bersih dan baik boleh menamatkan gejala 5D.

Lim Guan Eng

—-Mandarin Version—-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年9月7日在吉隆坡发表声明:

唯有让人民相信民联可以终结国阵的5D: 赤字(Deficits)、债务(Debts)、欺骗(Deceits)、独裁(Dictatorship)及人才外流(Brain Drain),民联才可以赢得下届大选。

首相拿督斯里纳吉攻击民联指我们鼓励不守诺言的文化、不知感恩、欠债不还。国阵自己才是不守诺言,他们没有公平对待少族族群,欺凌并压迫净选盟主席拿督安美嘉,在她家门部摆卖牛肉汉堡包、让退伍军人跳摇臀舞、甚至还要指她忤逆君主而应该问吊。

安美嘉是一个容易欺凌的对象,因为她是一名兴都徒、印度人及女性。这符合前首相敦马哈迪的看法,那就是让马来人对非马来人对立这类种族课题,将是赢得下届大选的关键。

纳人要人民对国阵感恩,而事实上,应该是国阵要感谢人民投票支持他们。再说,纳吉根本没有资格谈"欠债不还" ,因为巫统朋党也涉及向本地银行贷款几百亿令吉却从未归还的丑闻。巫统朋党凭什么可以不还钱,而老百姓不能?

首相拿督斯里纳吉听起来很有信心横扫全部州属,拿下14比0的胜利,但是,他还不敢解散国会进行大选。很明显地,他知道民联已经成功地告诉人民,国阵治理的政府将会导致5D:赤字(Deficits)、债务(Debts)、欺骗(Deceits)、独裁(Dictatorship)及人才外流(Brain Drain)。 就连巫统的喉舌《新海峡时报》也在上个星期写了一篇文章,攻击我提出的5D论。

但是,我会首先承认,告诉人民国阵代表5D还不足够。有什么解决方案?民联最大的难题是说服人民,民联可以终结国阵的5D。民联相信,扫除贪污将可愉终结5D。

贪污已经越来越严重,我国在2011年国际透明组织的贪污印象指数排名60,比2003年第37名退步。我国政府不是把养牛的贷款发放给养牛的农人,而是把2亿5000万令吉贷款批准给没有养过牛的部长家人,甚至被滥用来买公寓。我们可以看到砂拉越的离谱例子,财富不但由州政府的家族掌控,他们还拿来公开炫耀。

马来西亚联邦政府债务达6000亿令吉,相等于我国2800万人口,每人欠债2万1500人。

很明显地,国阵的欺骗及独裁导致贪污猖獗,甚至造成人才外流。自1957年独立以来,超过200万人口已经离开马来西亚。最近澳洲颁布新的工作准证政策,允许澳洲留学生毕业后居留澳洲2至4年,这将令更多人才外流。

国阵最近2012年的138亿令吉附加预算案,让2012年的预算案赤字459亿令吉,增加至总赤字597亿令吉,成了马来西亚史上最高的赤字预算案。国阵政府的理财态度可说是不负责任,这从国阵国会议员能够在附加预算案中,获得额外150万令吉拨款可以看出,而那些非国阵(包括民联国会议员)国会议员却分毫未得。

截至2012年3月31日,政府债务已达4700亿令吉。如果我们把2012年的预算赤字包括在外,政府的债务将在2012年底达5000亿令吉。这还未包括不要账目内的、让人担忧的或有负债( contingent liabilities )达1100亿令吉。如果这些或有负债加上政府的官方债务,我国债务将增加至6000亿令吉,或每名国人欠债2万1500令吉。

我国最后一次拥有盈余的预算案是1997年,当时安华是财政部长。自1997年,我国已经连续15年面对财政赤字。我们需要安华担任我国的新首相,来将赤字转亏为盈。政府的债务从1997年的890亿令吉,增加到2012年3月的4700亿令吉,足足增加了5倍,但是我国的国民生产总值只增加3倍。

比起国阵恶劣的理财记录,民联政府预算案不但年年有余,而且还有办法持续减少我们的债务。槟城政府成功将槟州的债务从6亿3000万令吉,减去95%,到了2011年底,债务只剩3000万令吉。这些都不是国阵欺瞒诈骗可以做到的,而是 实话实说,推行能干、公信及透明的廉洁政府所做到的。

很明显地,通过推行公开招标、公布政府和私人界的合约、用国际会计公司认可的方式公布民选高官财产、通过资讯自由法进行肃贪。来届大选,唯有改朝换代,我们才能遏止赤字(Deficits)、债务(Debts)和诈骗 (Deceit)的恶性循环。民联州属如槟城已经证明廉政的好政府可以终结5D.

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang