Sabtu, 28 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Janji Ditepati’ Lagu Hari Merdeka Terburuk Dalam Sejarah — Najwan Halimi

Posted: 28 Jul 2012 04:26 AM PDT

The Malaysian Insider

Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu "Janji Ditepati" yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak Internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

Semakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Malang bagi lagu ini kerana bukan hanya susunan muzik dan melodinya yang "cincai" dan tidak teratur, bahkan apa yang jelas adalah lirik lagu ini secara tersurat bersifat propaganda picisan dan bertujuan untuk memesongkan minda rakyat dari menghayati matlamat sebenar sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Bermula dari rangkap awal lagu ini yang mengungkapkan perumpamaan kabur — "macam malam ikut siang, macam bulan ikut matahari" — diikuti dengan "satu Malaysia terus berjuang, janji kita ditepati", pendengar pastinya gagal memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi lagu ini.

Apa kaitan malam, siang, bulan dan matahari dengan konsep 1 Malaysia? Apakah 1 Malaysia ini hanya retorik bersifat janji kosong sehingga objek-objek angkasa lepas seperti bulan dan matahari pun boleh ditawarkan kepada rakyat?

Jika kiasan dalam lirik ini dihurai dari sudut astronomi, ternyata ianya bercanggah dengan hukum alam. Bulan dan matahari tidak berada di orbit yang sama dan adalah mustahil untuk bulan "mengikuti" matahari. Logiknya, bulan akan muncul pada sebelah malam manakala matahari pula akan dilihat di waktu siang.

Maka dari rangkap awal lagi lirik pembukaan lagu ini sudah bermasalah dan gagal menyampaikan sebarang mesej kepada pendengar.

Pendengar kemudiannya akan "dibuai" dengan lirik perihal janji dikota (kononnya) dan kemudiannya bertemu dengan bait paling bermasalah iaitu "janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Persoalan yang timbul adalah janji siapa yang sudah ditepati? Dan apa maksudnya "kini masa balas budi"?

Pendengar yang bijak pasti akan dapat memahami bahawa lirik ini secara tersirat bertujuan memerangkap minda khalayak seolah-olah Umno-BN (kerajaan sekarang) telah berjaya menepati janji dan kini telah sampai masanya rakyat (pendengar) supaya mengundi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai membalas budi atas janji-janji tersebut.

Lantaran itu, timbul persoalan apakah kewajaran bagi sesebuah lagu yang seharusnya bertemakan penghayatan kemerdekaan diolah sebagai medium propaganda picis dan "ditransformasikan" menjadi lagu kempen untuk meraih undi dalam pilihan raya?

Pada bahagian korus pula, secara jelas dapat disimpulkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah "wahyu penguasa" yang diturunkan sebagai "ingatan" kepada rakyat. Ini berbeza dengan lagu-lagu tema sambutan kemerdekaan sebelum ini khususnya di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi yang lebih berteraskan unsur kekitaan dan kebersamaan di antara pelbagai lapisan rakyat.

Keseluruhan bahagian korus lagu ini jika diteliti sememangnya tiada langsung penzahiran elemen patriotisme dan penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara. Apa yang ditonjolkan hanya sekadar memuja-muja dan mengangkat retorik kosong "Janji 1 Malaysia" yang sehingga kini masih kabur dan mengelirukan.

Akhir sekali adalah pada rangkap "rap" — lirik yang mengisi rangkap akhir ini paling parah dan bersifat cacamarba. Entah apa yang bersarang dalam benak si penulis lirik sehingga terhasil bait-bait lirik yang lemah, dangkal dan membosankan.

Alangkah jeleknya bila mana lirik rap pada rangkap terakhir itu diselit dengan istilah (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) BR1M, klinik dan kedai yang berorientasikan retorik 1 Malaysia!

Apa kaitan BR1M, klinik dan kedai dalam proses penyampaian mesej kemerdekaan dan semangat patriotisme kepada rakyat? Langsung tiada kena mengena!

Dan paling memalukan adalah tatkala dihebahkan kepada khalayak bahawa penulis lirik lagu ini merupakan seorang yang memegang jawatan menteri dan bertanggungjawab menjaga portfolio kebudayaan!

Jelas, menerusi lagu ini, Umno-BN cuba untuk memanipulasi sentimen patriotisme bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan menerapkan propaganda lekeh dalam usaha terdesak mereka untuk meraih undi menjelang PRU yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Tidak dapat tidak untuk disimpulkan bahawa tiada langsung sebarang elemen patriotisme di dalam lagu ini melainkan puja-puji dan sanjungan melangit ke atas retorik 1 Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan Umno-BN. Semangat kemerdekaan dan nilai patriotisme langsung tidak dirasai di dalam lagu ini.

Justeru, rakyat khususnya anak muda tidak wajar untuk terus membiarkan diri mereka dihenyak dan diperbodohkan oleh propaganda sempit ini.

Kemerdekaan seharusnya dirai dan dihargai dengan menghayati nilai patriotisme berasaskan semangat pencerahan yang tulen; bukannya dengan propaganda lapuk yang disandarkan pada sebuah lagu "kemerdekaan" paling buruk dalam sejarah negara!

* Najwan Halimi adalah timbalan ketua penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.

Anwar Confirmed Heading to Sabah

Posted: 28 Jul 2012 03:52 AM PDT

The Malaysian Insider

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to be in Beaufort tomorrow, offering a clear signal to date of shifting allegiances in the ruling Barisan National (BN) coalition's eastern stronghold.

However, aides to the PKR de facto leader were mum over whether Anwar would attend the launch of the Sabah Reform Front (SRF), a new political movement set up by Sabah's Kadazandusun community.

Earlier today, Anwar (picture) had tweeted that he "would be breaking fast in Tuaran and Beaufort tomorrow".

His chief of staff, Ibrahim Yaacob, confirmed only the trip to Beaufort but could not say what activities Anwar would be attending.

"He has just arrived from Medina this morning and will be Beaufort tomorrow, but what programmes he will be attending we don't know," he said.

Speculation is rife that the SRF will ally with the opposition Pakatan Rakyat (PR) pact ahead of key national polls due within the next nine months.

Yesterday, Sabah PKR chief Ahmad Tamrin Jaini was reported as having received an invite for Anwar to launch the SRF.

Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin and Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing were said to be the organisers of the event.

Lajim quit his post as Kerambai Kebatu Umno branch chief last month but maintained that he was not leaving the party to join the opposition, while Bumburing, who is also deputy president of the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), quit his BN division chief post last week and has been coy of his chances of crossing over to PKR.

Lagu Tema Merdeka Propaganda ‘Kasar’,- Penulis Lirik

Posted: 28 Jul 2012 03:06 AM PDT

Malaysiakini

Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.

Bagi Buddhi Hekayat – penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano – lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu “propaganda yang kasar”.

“Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa
cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri,” katanya.

Beliau menambah bahawa lirik “Janji sudah ditepati, kini masa balas budi” adalah seperti “meletak pisau ke leher rakyat”.

“Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya,” kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini.

Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an – Isabella – yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu “murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik.”

“Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang