Jumaat, 13 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kadar Jenayah Meningkat, Azizah Selar Pemandu

Posted: 13 Jul 2012 04:42 AM PDT

KeadilanDaily

KEADILAN menggesa kerajaan menyelesaikan peningkatan kes jenayah dan bukan memberi tumpuan kepada usaha menangani persepsi umum, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mempersoal kenyataan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) semalam, kononnya hanya 0.75 peratus (RM1.8 juta) daripada peruntukan mengurangkan jenayah dibelanja untuk program kesedaran.

"Jawapan Pemandu tidak mencukupi kerana ia tidak menangani masalah sebenar.

"Dengan menonjolkan angka 0.75 peratus tanpa mendedahkan perbelanjaan penuh, menjalankan 'nitpick' (tumpuan remeh) dan (ia) bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar," katanya pada sidang media di ibu Pejabat KEADILAn hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 11.25 peratus atau RM27 juta dibelanjakan untuk menangani persepsi orang ramai, daripada keseluruhan belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  bagi Pengurangan Jenayah.

Azizah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyembunyikan fakta jenayah sebenar di negara ini apabila mengatakan ia berada pada kadar  selamat.

Sedangkan katanya, Bekas ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula mendedahkan sebaliknya.

Semalam, Musa dilapor mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dan meminta pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Pada 10 Julai lalu, Wan Azizah mendedahkan 71 peratus daripada belanjawan NKRA 2012 atau bersamaan RM170 juta digunakan untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Katanya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan, dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam dengan polis

Dato Seri Anwar Ibrahim: It’s Now Or Never

Posted: 13 Jul 2012 04:19 AM PDT

Kerajaan UMNO/BN Pindahkan Tanah Kepada TALAM: MCA Perlu Ambil Tanggungjawab

Posted: 13 Jul 2012 04:13 AM PDT

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1.      RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2.      RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.

Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Air Percuma: Noh Iktiraf Projek Pakatan Selangor

Posted: 13 Jul 2012 12:02 AM PDT

Harakah

Kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang akan meneruskan projek air percuma di Selangor membuktikan pengiktarafan terhadap projek ini.

Sebelum ini pimpinan UMNO Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri.

“Ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan AMK Selangor.

Semalam media melaporkan, Noh Omar berkata, BN akan menyambung pemberian air percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan kembali negeri Selangor dalam PRU akan datang.

Kenyataan beliau ini jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri.

AMK Selangor mengalu-alukan kenyataan Noh Omar semalam yang mana secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat, kata kenyataan itu.

Justeru, AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama membantu kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya.

Tiada PM Tolak Debat Selain Najib

Posted: 12 Jul 2012 11:04 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada mana-mana Perdana Menteri di dunia ini yang menolak debat, melainkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang menolak untuk berdebat selain Perdana Menteri dari Malaysia.

"Jadi apa rekod baik yang negara ada? Yang ada dan boleh dibanggakan adalah rekod dunia dalam kes Scorpene yang membuatkan ia menjadi tumpuan dunia," katanya pada Majlis Makan Malam KEADILAN Lembah Pantai, malam tadi.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh mengenai isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjaya menarik ramai sokongan anak muda.

"Sesudah (Pakatan Rakyat) berjaya menakluki Putrajaya nanti, apa yang menjadi keutamaan kita adalah pendidikan untuk rakyat.

"Pendidikan akan menjadi kerangka utama kita. Kita mahu semua rakyat di bawah pimpinan kita merasai nikmat yang sama bukannya nikmat untuk satu-satu kaum saja. Semua rakyat tidak kira apa warna kulit wajib mendapat nikmat yang sama," tegas Anwar di hadapan kira-kira 1,500 hadirin.

Majlis Makan Malam yang diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan itu bertujuan
mengumpul dana untuk Parlimen Lembah Pantai anjuran Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir pada majlis bertemakan "Selamatkan Negara, Maruah dan Kekayaan Kita" itu adalah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 12 Jul 2012 11:57 AM PDT

Demi Rakyat

14 Julai 2012 (Sabtu)

1)    7.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Parlimen Santubong

       Lokasi : Restoran Seafood Kwong Lee Hua, Kampong Serayan, Lundu

2)    8.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Parlimen Petra Jaya

       Lokasi : Pejabat PKR Cabang Petra Jaya, Jalan Satok, Kulas, Kucing

3)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Baru Bian

iii.                YB See Chee How

iv.               YBhg Dato' Seri Hafsah Harun

v.                 YBhg Zulrusdi Mohamad Hol

vi.               YBhg Ahmad Nazib Johari

vii.             YBhg Sulaiman  Kadir

viii.           Wakil PAS & DAP

Anwar Confident of Opposition Coalition

Posted: 12 Jul 2012 11:45 AM PDT

Wall Street Journal
By Shibani Mahtani

Opposition leader Anwar Ibrahim insists that Malaysia's opposition has a "cohesive program and agenda" that will keep the coalition together even when he is retired from politics.

Anwar Ibrahim and his wife, Wan Azizah, arrive at the courthouse in Kuala Lumpur on May 22.
"It is no longer just about personality politics," Mr. Anwar said in a phone interview from Kuala Lumpur. "Even without me, party lines are broad. There is a consensus among the party lines and civil society."

Malaysian leaders and analysts have spent the past week debating the future of Mr. Anwar's political career, after the veteran politician said in an interview with the Financial Times newspaper that he would focus on academia should his opposition coalition fail to win at the next general election. Members of the ruling Barisan National coalition have insisted that Mr. Anwar is merely posturing to win sympathy votes, while his supporters say it is a reminder of how high stakes are at the poll box.

Last week's comments were the first time Mr. Anwar has explicitly stated he intends to retire after the next election, though many analysts have widely predicted that his age – 65 – would prevent him from contesting the country's top post again. The months following Mr. Anwar's acquittal in January has seen bitter political debate in Malaysia over issues like homosexual rights, the country's relationship with Israel and the opposition's conduct during the Bersih rally in April – what analysts say is a sign of the fierce battle for the country's top leadership spot that is unlike previous election campaigns.

"We have endured [imprisonment, harassment] and at my age, I've done my level best for the next elections," said Mr. Anwar. "I am confident that we will make it this time, but in the event that we do fail it is time for me to pursue the academic line."

Since his acquittal on sodomy charges in January, political analysts have maintained that Malaysia's next general election – which must be called by early next year – will be the most competitive the Southeast Asian nation has seen. And they have said early on that this would be Mr. Anwar's last chance at becoming prime minister.

The opposition leader, who has been widely credited as a charismatic, skilled orator who is able to bring competing factions together, says he isn't worried about finding a successor – though he declined to name who it will be.

"I am glad people focus on me, but the program and agenda went on even when I was in solitary confinement," he said. "There is a team of successful leaders from academics, professionals and social activists who… are capable leaders."

Others within Mr. Anwar's Pakatan Rakyat opposition coalition though believe that the opposition leader is best placed to hold the coalition of varied interests together – made up of the Islamist Pan-Malaysian Islamic Party, the Democratic Action Party and his own Parti Keadilan Rakyat.

"I feel that either way," even without a win at the next election, "he should stay on course," said Rafizi Ramli, strategy director for Mr. Anwar's PKR.

"The reform agenda is a lot bigger than who is prime minister… [but] the best person to be at the helm of Paktan Rakyat, to lead us to get rid of the ruling BN, is still Anwar Ibrahim at least for this term and the next."

Despite his acquittal from a second string of sodomy charges, Mr. Anwar may still face an uphill legal task in the months between now and Malaysia's next general election – which he predicts will be after the months of Ramadan and the Hajj pilgrimage period, at the end of the year or in early 2013. He faces charges of violating a court order at the Bersih rally in April, an allegation he denies. Malaysia's Attorney-General's Chambers have also appealed against his acquittal in January.

The opposition leader said he is not worried by the appeal or the fresh charges, and "expects sanity to prevail."

Tiada ulasan:

Nuffnang