Khamis, 12 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Langkawi, Kedah

Posted: 12 Jul 2012 02:19 AM PDT

Demi Rakyat

13 Julai 2012 (Jumaat)

1) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Al Hana, Kuah

2) 9.00 – 10.00 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi: Hotel City Bayview, Langkawi

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Tapak Pasar Ramadhan, Kuah

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Firdaus Jaafar

iii. YB Mat Kassim

iv. YB Chang Lih Kang

v. YBhg Dato' Wan Salleh Wan Isa

What Law Reforms? Najib Using The Courts to Jail Anwar Ahead of GE-13

Posted: 12 Jul 2012 02:16 AM PDT

Malaysia Chronicle

I refer to the petition of appeal filed on 11.7.12 by the Attorney-General’s Chambers against the acquittal of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Fitnah II trial.

We are shocked that the A-G has proceeded with this appeal despite High Court Judge Zabidin Mohd Diah’s clear factual finding of evidence-tampering by police.

This proves that the filing of the petition of appeal is politically motivated and and an attempt to jail Anwar before the 13th general election. Judge Zabidin Mohd Diah had found that the investigating officer had cut open the evidence bag (P 27) against all legal and investigative procedures and that the seals used were not tamper-proof.

The judge also strongly emphasised that there could be no confidence in the integrity of the samples. In the normal course of events the Court of Appeal would not interfere with these clear findings of fact.

The appeal is thus a deliberate misuse of prosecutorial powers and shows the extent to which the A-G’s Chambers has been undermined and compromised by Najib and Umno-BN.

Appeal can’t get through without approval from Najib & Umno

The evidence-tampering shows that there was an attempt to fabricate evidence against the parliamentary opposition leader and supports the defence case that there is a political conspiracy to taint and imprison Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Despite the pretence of democratization and reform, this appeal proves that Najib Razak is an unprincipled and authoritarian leader who will stop at nothing to cling on to power.

The prosecution of Anwar cannot happen without the approval and involvement of Najib and Umno-BN. Prime Minister Najib, UMNO-BN and the A-G must now immediately withdraw this legally untenable and baseless appeal against Anwar’s acquittal.

N SURENDRAN IS VICE PRESIDENT OF PARTI KEADILAN RAKYAT

Bapa Altantuya Bertegas Anaknya Pergi Ke Perancis

Posted: 12 Jul 2012 02:08 AM PDT

Malaysiakini

Setev Shaariibuu, bapa Altantuya – wanita Mongolia yang dibunuh – berkata anak perempuannya itu telah pergi ke Perancis dengan menggunakan nama lain – Aminah Abdullah.

“Kami ada bukti yang dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti tersebut jika diminta berbuat sedemikian,” kata Setev dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kenyataan akhbar Setev dibaca oleh ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Setev mengulas satu laporan berita yang menyatakan Altantuya tidak pernah pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007 berdasarkan rekod imigresen Perancis.

Sebaliknya, kata Setev. beliau telah diberitahu oleh anaknya bahawa dia pergi ke Perancis dan beberapa negara lain dengan pasport yang menggunakan nama Islamnya.

Akta Keharmonian Bukti Najib ‘Demokrat Palsu’

Posted: 12 Jul 2012 02:00 AM PDT

Malaysiakini

Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan perdana menteri memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional membuktikan Datuk Seri Najib Razak seorang ‘demokrat palsu’.

Naib presiden PKR itu berkata, tindakan itu tidak membawa makna apa-apa kerana akta baru itu didakwa mempunyai “kuasa-kuasa drakonian” yang sama.

“Ibarat menggantikan tubuh badan antidemokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh; demi membuktikan bahawa beliau seorang demokrat sejati dan bukannya seorang demokrat palsu,” kata puteri sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Najib semalam berkata, pengenalan akta baru itu bertujuan mencari mekanisme bagi menentukan keseimbangan terbaik antara menjamin kebebasan bersuara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah menyifatkan langkah terbaru itu sebagai “transformasi layu lagi lesu” kerana ia didakwa hanya helah politik.

Berdasarkan rekod, dakwanya lagi, ciri-ciri “demokrat palsu” itu boleh dilihat antaranya dengan langkah sebelum ini seperti penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012.

Beliau menegaskan, kerajaan perlu memansuhkan Akta Hasutan tanpa menggantikannya dengan akta lain yang sama.

“PKR juga menggesa Najib mewujudkan jawatankuasa khas parlimen (JKP) yang bersifat bipartisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional yang beliau cadangkan, di mana JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum,” katanya.

Akhbar Kanada The Globe and Mail pada 8 Jun lalu memuatkan artikel wartawan terkenal Mark Mackinnon yang mengkategorikan Najib sebagai “demokrat palsu”, sebaris dengan autokrat seperti Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Kes Fitnah II: Pendakwa raya Ragui Kewibawaan Hakim?

Posted: 12 Jul 2012 12:36 AM PDT

KeadilanDaily

Alasan pendakwaan yang mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membuat keputusan kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu sebagai tidak menghormati kewibawaan institusi kehakiman negara.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty mempersoalkan adakah Mohamad Zabidin Mohd Diah yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan ataupun pendakwa sememangnya meragui keputusan yang dibuat beliau.

"Khilaf itu maksudnya silap, jadi masakan seorang hakim yang berpengalaman lama boleh tersilap dalam memberi keputusan?

"Adakah dengan mengenepikan keputusan itu, pihak pendakwaan sebenarnya meragui hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan? Kononnya hakim tak layak?" tempelak beliau.

Isnin lalu, Pejabat Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Umum KEADILAN itu daripada pertuduhan tersebut dan antara 10 alasan itu termasuklah hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta.

Tambah Mohd Nur, beliau turut meragui kenyataan pendakwa raya kerana katanya, terlalu jelas ada niat jahat untuk sengaja mensabotaj karier Ketua Pembangkang itu.

"Saya yakin, orang ramai tidak mungkin percaya lagi dengan fitnah itu, kerana semua tahu Peguam Negara sebenarnya bertindak di bawah telunjuk pemimpin Umno," tegasnya.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat bertarikh 2 Julai lepas, Mohamad Zabidin memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan terhadap sampel berkenaan.

Umno Menuai Berkat Daripada Kilang Arak San Miguel

Posted: 11 Jul 2012 10:23 PM PDT

Harakah
Mohd Rashidi Hassan

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang ‘dakwat’ sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.

Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.

“Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya,” tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.

Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.

“Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

“(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia,” katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.

Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.

Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato’ Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan ‘conflict of interest.’

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.

Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.

Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang ‘haram jadah’!

Tiada ulasan:

Nuffnang