Sabtu, 9 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PEMERINTAHAN NEGARA INI DITENTUKAN WARGA ASING

Posted: 09 Jun 2012 07:41 PM PDT

Memang  jelas dan tidak dapat dinafikan bahawasanya Surunjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mempastikan BN  kekal berkuasa di bumi Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Memang sah SPR boleh ditakwilkan sebagai satu komponen BN atau sekadar budak suruhan BN.

Saya masih ingat pada malam pengumuman keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan di TV3,Tan Sri Aseh Che Mat sentiasa berada di samping pemimpin BN. Kenapa beliau selaku seorang pegawai kerajaaan berada di ibu pejabat UMNO
mengikuti perkembangan pengumuman keputusan pilihanraya.


Nombor Mykad tak sepadan dengan tarikh lahir, SPR kata sah


Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN. Ong sebelum ini menyiarkan nombor kad pengenalan dengan butiran berbeza itu.

Semakan Malaysiakini dengan pengkalan data dalam talian SPR menunjukkan bahawa enam digit pertama oleh kesemua empat pengundi tersebut berbeza dengan tarikh lahir mereka. Sedangkan, nombor berkenaan sepatutnya sama dengan enam digit pertama mengikut format Mykad.

Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik percanggahan itu kerana JPN bertangungjawab ke atas maklumat peribadi rakyat Malaysia.

 Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini menjelaskan bahawa hak seseorang pengundi tidak boleh ditolak atau dikeluarkan daripada daftar pemilih selagi butiran mereka berpadanan dengan rekod JPN.

=========================================================================


Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.

sumber: malaysiakini, tranungkite

Tiada ulasan:

Nuffnang