Khamis, 14 Jun 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


UMNO KINI BERGANTUNG KEPADA TALIAN HAYAT

Posted: 14 Jun 2012 07:43 AM PDT


TELUK INTAN, 13 Jun - UMNO semakin terdesak dan hampir menuju ke penghujung. Kini UMNO terpaksa bergantung kepada talian hayat demi meneruskan sisa-sisa hidup parti itu. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdr. Raja Iskandar Al Hiss semasa menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan Pemuda PAS Teluk Intan, Kg. Selabak Luar dekat sini.

Talian hayat tersebut ialah 3R iaitu race (kaum), religion (agama) dan royal (raja) yang sekarang digunakan sepenuhnya oleh UMNO.
Dari kanan : Ustaz Abdul Fattah Awang, YB Anuar Sudin, Sdr. Raja Iskandar dan Sdr. Sarguna.



Talian hayat UMNO race adalah di mana UMNO giat menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO kalah maka orang Melayu akan susah. Sedangkan selama ini UMNOlah yang menindas bangsa mereka sendiri dan terbaru ialah penarikan PTPTN kepada pelajar KUIS.

Talian hayat kedua ialah religion (agama) yang juga dakyah UMNO menyatakan bahawa jika UMNO kalah dan PR menang, agama Islam akan terpinggir. Jika benar UMNO pembela agama, mengapakah apabila kerajaan Kelantan ingin melaksanakan hudud telah dihalang oleh Perdana Menteri UMNO.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DPP Perak turut bertanya, di manakah UMNO semasa MCA menyifatkan Islam agama zalim jika hudud dilaksanakan.

Akhir sekali, UMNO telah menggunakan talian hayat royal (raja) untuk mengaut simpati orang Melayu kepada perjuangan sia-sia mereka. 

"Mereka (UMNO) sebenarnya telah lama menggugat institusi raja-raja Melayu dengan cuba melaga-lagakan pimpinan PR dengan raja seperti isu nombor plat kereta WWW1," tambah beliau lagi.
YB Anuar menyampaikan ceramah.

Ustaz Misbah menyampaikan ceramah dengan bantuan tayangan slaid yang menarik dan bermaklumat.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Naib Ketua DPP Perak Ustaz Ahmad al Kamaruni turut menyampaikan ceramah.

Turut hadir ialah Ketua DPP Teluk Intan Ustaz Abdul Fattah Awang dan Ketua Pemuda DHPP Perak Sdr. Sarguna.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang