Rabu, 27 Jun 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah

Posted: 27 Jun 2012 06:04 AM PDT

Merdeka Rakyat

29 Jun 2012 (Jumaat)

1)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

        Lokasi: Masjid Sultan Abdul Hamid, Taman Ria Jaya, Sungai Petani

2)    6.00 ptg – 12.00 mlm –  Majlis Bersama  Masyarakat India & Ceramah Perdana

        Lokasi: Padang Awam , Taman Ria Jaya, Sungai Petani

        Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Sivarasa Rasiah

iii.                YB  Manikavasagam

iv.               YB  Dr Dzulkifli Ahmad

v.                 YB Lee Guan Aik

vi.               YBhg Dato' Ramachandran      

3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

       Lokasi: Stadium Mini Kulim,

       Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Dato' Saifuddin Nasution

iii.                YB Dr Ismail Salleh

iv.               YBhg N. Surendram

v.                 YBhg Dato' Wan Salleh Wan Isa

Response to the Minister of Defence’s Parliament Reply on Leaked Scorpene Secrets

Posted: 27 Jun 2012 02:12 AM PDT

On 26th of June 2012, Zahid Hamidi, Minister of Defence replied to my adjournment speech in Parliament regarding the leaking or sale of secret documents relating to the Scorpene submarines as stated by SUARAM in Bangkok, pertaining to the ongoing French judicial inquiry.

He stated that the government has no information about any documents being leaked, nor is the government interested to send representatives as observers should the judicial inquiry become a full court case in France.

However, his reply raises more questions than answers, and this demands immediate responses particularly with regards the following:

1) The Minister admitted that there was an 'investigation' on the matter of alleged secret defence documents leakage. So what was the investigation's scope? Was the Police and AG's Chambers involved to avoid conflict of interest when the Ministry of Defence is subject to the allegations?

2) Will the Minister also admit that the alleged 'official' documents in the French Court possession are not 'State Secrets', and are hence false documents? If this is indeed the case, when will the government issue a diplomatic note to protest the use of these false documents?

3) Will the Minister clarify if the Scorpene purchase is a Government-to-Government initiative or not? If so, why the need to use a private company such as Perimekar Sdn Bhd for 'support and coordinating services' instead of a government body where defence secrets will be protected? The Minister must also list what those services actually are.

4) Will the Minister also confirm that the Scorpene submarines have successfully conducted live fire and torpedo exercises to test the weapons system? And before Minister attempts to hide behind OSA for such confirmation, take note that 'live fire' exercises such as the exocet missiles from our naval ships and 'missile test' launches are public knowledge as part of proof of capability and military posturing? Why keep such a secret when billions are spent on Scorpene to demonstrate our defence capabilities for the whole world to know?

Nurul Izzah Anwar,
MP for Lembah Pantai

Dakwaan “Master Account” Oleh Dato’ Murad Khalid Merujuk Kepada Pegangan Harta Beliau Sendiri

Posted: 27 Jun 2012 02:09 AM PDT

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.

Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.

Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1.      Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;
 
2.      Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;
 

3.      Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan
 

4.      Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.
 

Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
 
Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.
 
Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.
 
Sebelum perkara ini berlarutan, saya menasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
 
Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Isu RM 3bilion: Datuk Murad Khalid Pernah Mengaku Diugut

Posted: 26 Jun 2012 11:55 PM PDT

Malaysiakini

PKR mendakwa bahawa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

“Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah,” dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad “bukan sasaran” memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

“Jangan memandang rendah kedudukan PKR… Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

“Kita tampil baru sekelumit,” tegasnya yang juga ahli parlimen Machang.

Pendedahan Dokumen Kontrak RM1 bilion LRT

Posted: 26 Jun 2012 11:48 PM PDT

Malaysiakini

PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.

“Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

“Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.

“Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000,” kata Rafizi.

Rafizi berkata keputusan tersebut ditandatangani oleh Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.

Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkan menteri kewangan itu mengubah fikiran sehingga didakwanya campurtangan untuk “menolak keputusan” awal penganugerahan projek berkenaan yang beliau sendiri bersetuju.

“Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?” soal Rafizi.

Rafizi: Gov’t Papers Prove LRT Tender Award Overturned

Posted: 26 Jun 2012 10:17 PM PDT

Malaysiakini

Government documents to prove the overturning of the decision to award an RM1 billion LRT extension project to Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) were released by PKR strategy director Rafizi Ramli today to back his claim of interference in the matter by the prime minister.

In the first episode of his expose on Prime Minister Najib Abdul Razak’s alleged interference in the awarding of the LRT extension project tender, Rafizi said the government is due to award the tender to a consortium led by George Kent, which allegedly made a higher bidding price than other bidders.

Rafizi released a purported copy of the minutes of a Jan 25 meeting of the Finance Ministry’s Procurement Committee (JPMK) that was jointly signed by Najib, who is also finance minister, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah and Finance Ministry secretary-general Wan Abd Aziz Wan Abdullah at a press conference at the PKR headquarters in Petaling Jaya.

The minutes state the committee’s decision to reject the proposal of Prasarana, the government-linked company overseeing the LRT extension projects, to award the RM1,012,910,000 contract to PDA Consortium.

Instead, the committee selected Balfour to be the contractor and supplier, the minutes state.

This decision was conveyed to Prasarana in a letter dated Jan 26, written by Fauziah Yaacob, an officer with the Finance Ministry’s procurement division, said Rafizi, who also furnished a copy of this letter.

Rafizi then made the conclusion that it was Najib’s interference that overturned the JPMK decision and landed the extension project in the hands of George Kent.

He said he would release more documents in the coming days and next week to back his allegation.

Siasatan Skandal Scorpene Menyukarkan Najib Dengan PRU Makin Hampir

Posted: 26 Jun 2012 08:42 PM PDT

The Malaysian Insider

Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002.

Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.

Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.

Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi".

"Di Malaysia, biasanya … kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.

Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya."

PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.

"Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham.

Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.

Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.

Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.

Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.

Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.

"Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.

Debat Anwar-Najib Perlu Untuk Masa Depan Negara – Nik Nazmi

Posted: 26 Jun 2012 08:30 PM PDT

KeadilanDaily

Debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak perlu diadakan agar rakyat dapat menilai hujah serta kewibawaan mereka bagi memilih siapa bakal meneraju negara pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan dan disaksikan seluruh rakyat Malaysia, malangnya masih belum mendapat persetujuan Najib sedangkan (Datuk Seri) Anwar telah lama menyatakan kesediaannya," kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, perdebatan itu adalah sebahagian daripada kaedah untuk kedua-duanya menerangkan kepada umum mengenai manifesto pilihanraya seperti diumum menteri.

"Kita (Pakatan Rakyat) menyambut baik kebenaran untuk membentangkan manifesto menjelang PRU 13. Ini merupakan satu kejayaan Bersih hasil dari desakan rakyat.

"Kita juga menanti apakah syarat dan peraturan yang akan digariskan oleh kerajaan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Sebelum ini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim membenarkan setiap parti politik membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof baru-baru ini mahu setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua meminta supaya ruang keterbukaan diberikan secara seimbang dan adil kepada semua pihak terutamanya Pembangkang.

"Kita akan teliti keputusan ini kerana tuntutan sebenar kami ialah kami mahu diberikan ruang media yang saksama. Jika BN diberi ruang masa setengah jam, kita juga perlu diberi tempoh yang sama," kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang