Rabu, 9 Mei 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Sajak: Siapa Melayu?

Posted: 09 May 2012 07:55 AM PDT

Siapa Melayu?

'Melayu Musyawarah Bina Malaysia'
Kerana Melayu itu…..
Muslim lagi Beriman
Mulia serta Budiman
Hidup ada Pedoman;

'Melayu Muhibah Berbilang Bangsa'
Kerana Melayu itu….
Berlaku Adil tidak Menindas
Beramanah tidak Merampas
Bersantun tidak Mengganas;

'Melayu Mahabbah Bertimbang Rasa'
Kerana Melayu itu…
Benci Bersubahat Buat Jahat
Benci Merasuah Harta Rakyat
Benci Memfitnah Langgar Adat;

'Melayu Muhasabah Berbuat Jasa'
Kerana Melayu itu….
Ada Maruah Harga Diri
Ada Akal Hati Sendiri
Ada Hitungan Akhirat nanti;

'Melayu Maslahah Demi Massa'
Kerana Melayu itu….
Takut Tuhan bukan Tuan
Tidak (Undi) DiJual Kopi Secawan
Terus Lawan tetap Lawan!

Kalau inilah Melayu Dulu dan Kini
Ke mana hilangnya Melayu ini?
Lupa diri atau di Beli?
Jangan Sesal di Hari Menanti
Bila nyawa di sambut Mati.

(Versi penuh yang disiarkan dalam Sinar Harian 7 Mei 2012)

Tiada ulasan:

Nuffnang