Selasa, 8 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9

Posted: 07 May 2012 11:38 PM PDT


Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas

Tarikh : 9 Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9 malam
Tempat : UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )

Penceramah :
- Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

6 kes bunuh diri di Malaysia setiap hari, parahnya masyarakat kita

Posted: 07 May 2012 11:37 PM PDT


Satu angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya berlaku di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya bukan kejadian kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua di taman yang sama dalam tempoh setahun.

Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat

AYER KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.

Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan.

"Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa sebelum menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut," katanya.


Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011

MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.

Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.


Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.

Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.

Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.


BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.


Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau

Posted: 07 May 2012 08:19 PM PDT


Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :

1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.

2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.

3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej.

Dibelasah angkara curi wang tabung Masjid Hadhari

Posted: 07 May 2012 05:57 PM PDT


Perlukah lelaki ini dibelasah kerana mencuri wang di dalam tabung sebuah masjid?
 

Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.

BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.

Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

"Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri," kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.


CONTOHI HIKMAH RASULULLAH SEBAR RISALAH ISLAM

Kita telah diingatkan kepada peristiwa seorang Arab Badwi yang telah memasuki masjid Nabi SAW, lalu dengan sewenang-wenangnya membuang air kecil di salah satu sudutnya. Para sahabat yang menyaksikan hal itu menjadi berang dan ingin menerpa ke arah lelaki Badwi tersebut disebabkan kebiadapannya mencemari rumah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersama sifat kasih, cinta dan rahmat yang menebal di dalam dirinya menahan para sahabatnya dari bertindak melulu, kasar, mencaci serta menjatuhkan maruah insan lain.

Baginda SAW membiarkan lelaki Badwi tersebut menghabiskan sisa kencingnya tanpa menyergahnya atau melemparkan kata cacian, cercaan dan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan maruah.

Bahkan Baginda SAW menasihati dengan baik, penuh hikmah dan kasih sayang. Dalam kekalutan itu, Baginda SAW sempat menyampaikan dengan tenang satu sunnah kepada para sahabat iaitu cara bagaimana hendak menyucikan kencing dan najis dengan sabdanya, "Jiruslah pada air kencingnya itu sebaldi air".

Hikmah kebijaksanaan Baginda SAW menghalang sahabat bertindak kasar terhadap Arab Badwi tersebut, telah dapat mengelakkan kencing Arab Badwi itu bertaburan di dalam masjid kerana melarikan diri dari para sahabat.

Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari)

Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.

Memang sewajarnya, setiap muslim itu mencari dan mengutip bekalan ilmiah dan thaqafah Islamiah secukupnya dan bukan hanya bermodalkan sifat cemburu dan ghairah dalam memperjuangkan agama bagi menjamin pencapaian dakwah dan penyebaran risalah yang lebih gemilang. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Nuffnang