Sabtu, 5 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Polis Stres Boleh Bunuh Sesama Rakan Atau Bunuh Diri

Posted: 04 May 2012 06:36 PM PDT


Berita Harian - KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.


12% Rakyat Malaysia Sakit Mental
Utusan Malaysia 3 Feb 2012

SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.


Siasatan Polis Tembak Rakan Selesai
Utusan Malaysia 2 Mei 2012

KUBANG PASU 1 Mei - Polis mengesahkan siasatan kes seorang anggotanya menembak rakan setugas di Istana Anak Bukit di sini baru-baru ini telah selesai.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, anggota lans koperal itu masih ditahan reman sehingga Khamis ini dan dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Polis percaya motif kejadian berpunca daripada salah faham dan perasaan tidak puas hati berkait dengan bidang tugas.

Mat Sabu cedera akibat pelanggaran dengan kereta polis

Posted: 04 May 2012 02:19 AM PDT


Harakahdaily  4 Mei 2012 

KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis.

Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.

"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.

Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.

Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.

Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera.

Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras.

Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.

Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.

"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu.

Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak.

Seminar Penghayatan Quran 10 Mei 2012 Seremban

Posted: 04 May 2012 01:54 AM PDT


SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Tema : "Penghayatan Al-Quran Memperkukuh Legasi Sunnah"
Tarikh : 10 Mei 2012 , Khamis
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Panelis Forum :
1. Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
2. Ustaz Muhd Asyraf Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
3. Ustazah Nor Hafizah Musa (Panelis Tanyalah Ustazah)

Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir


Polis buru dua kumpulan

Posted: 04 May 2012 01:53 AM PDT


Sinar Harian 4 Mei 2012

NILAI – Polis kini sedang mengesan dua kumpulan lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat aktif dalam kegiatan samun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dua kumpulan penjenayah itu dipercayai aktif melakukan jenayah samun sejak dua bulan kebelakangan ini di sekitar daerah Seremban dan Nilai.

"Kedua-dua kumpulan dianggotai empat lelaki itu dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjatakan parang di rumah mangsa, tepi jalan dan kilang.

"Kumpulan pertama menggunakan kereta jenis Proton Wira, Waja dan Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran palsu. Manakala kumpulan kedua menggunakan dua buah motosikal ketika melakukan samun terhadap mangsa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya percaya dua kumpulan penjenayah itu telah melakukan empat kes samun bersenjata di sekitar daerah Nilai dan Seremban sejak dua bulan lalu.

"Kita sedang giat mengesan mereka yang terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan,"katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri terutamanya di kawasan terpencil.

"Penjenayah akan melakukan jenayah apabila ada peluang dan salah satu faktor ialah sikap sambil lewa orang ramai terhadap keselamatan diri.

"Mereka (penjenayah) sentiasa memerhatikan gerak-geri kita dan akan mengambil peluang di atas sikap alpa kita," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang