Isnin, 21 Mei 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG DI KG. AIR HITAM

Posted: 21 May 2012 07:16 AM PDT


TELUK INTAN, 20 Mei - Program Ziarah Rakyat bersama ADUN Changkat Jong yang telah dilaksanakan sejak PRU12 2008 tetap menjadi agenda utama YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dalam merealisasikan misi DUN Changkat Jong DUN Sejahtera. Kali ini ziarah berbentuk kebajikan itu telah dilaksanakan di Kg. Air Hitam di Batu 13 Jalan Bidor dekat sini.
Menyantuni warga emas.

Berbual dengan orang kampung baru balik dari menoreh getah.

Mendekati remaja.

Ziarah yang penuh santai dan ceria.
Disambut mesra.


Program tersebut telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Ia meliputi ke beberapa kampung sekitar seperti Kg. Melayu, Kg. Jawa dan Kg. Tengah di dalam kawasan Kg. Air Hitam. Menurut ADUN Changkat Jong, pendekatan program kali ini seperti yang lalu iaitu dengan menziarahi rumah ke rumah penduduk kampung yang telah dikenal pasti dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta yang sempit hidup yang meliputi sebanyak 35 buah rumah telah diziarahi.

ISTERI ADUN TURUT MEMBANTU
 




Turut serta program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki, AJK MTD Changkat Jong Hj. Sulaiman Abdullah serta isteri ADUN Changkat Jong, Hjh. Faridah Rajiah. Ia mendapat sokongan PAS Cawangan Kg. Air Hitam iaitu Ketua Cawangan Sdr. Mohd. Nor Yatim dan isteri selaku Ketua Muslimat serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS cawangan.

Menurut Sdr. Mohd. Nor Yatim, sebanyak 35 buah rumah telah dirancang untuk diziarahi oleh pihak ADUN Changkat Jong dan berharap masyarakat kampung akan lebih mengenali wakil rakyat mereka serta dapat mengadu apa sahaja masalah.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN
 






Ziarah tersebut telah memberi peluang kepada YB Anuar Sudin untuk mendekati rakyat serta melihat sendiri keadaan kehidupan orang kampung yang bagi pendapat beliau masih lagi berada di tahap menyedihkan walaupun telah berada di bawah pemerintahan UMNO/BN lebih 54 tahun.
Tenaga utama, Sdr. Mohd. Nor Yatim, selaku Ketua PAS Cawangan Air Hitam.

YB serta ahli rombongan.
Selain bertanya khabar, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak serta lain-lain turut dihulurkan sebagai tanda simpati. Rata-rata masyarakat kampung yang diziarahi telah menerima kehadiran YB Anuar serta rombongan dengan perasaan berbesar hati serta bersyukur atas bantuan yang diterima.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang