Jumaat, 18 Mei 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


(VIDEO) Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti

Posted: 18 May 2012 09:43 AM PDT

PROGRAM ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG

Posted: 18 May 2012 04:19 AM PDT


TELUK INTAN, 18 Mei - Antara misi DUN Changkat Jong DUN Sejahtera ialah mengadakan program Ziarah Jumaat ke masjid atau surau diri Jumaat di seluruh Teluk Intan, khususnya di kawasan DUN Changkat Jong.

Dua Jumaat yang lalu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah berpeluang melakukan solat fardhu Jumaat di dua tempat iaitu di Masjid As Saadah, Kg. Bahagia dan Surau Diri Jumaat Taman Cicely dekat sini.

ZIARAH JUMAAT DI MASJID AS SAADAH, KG. BAHAGIA :
 
YBAnuar bersama seorang veteran PAS.



Dalam program ini, YB Anuar telah menunaikan solat Jumaat bersama-sama para jemaah yang lain. Kemudian, beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan para jemaah masjid serta bertanya khabar atau mendengar sebarang masalah rakyat yang dikira dapat dibantu.

ZIARAH JUMAAT DI SURAU DIRI JUMAAT TAMAN CICELY
YB Anuar bersama Pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Diri Jumaat Taman Cicely.

Mudah berurusan : YB Anuar sedang menanda tangani dokumen seorang pemuda sebaik sahaja keluar dari surau.

Program yang telah lama laksanakan oleh beliau selepas diberikan kemenangan pada PRU12 2008, akan tetap diteruskan oleh beliau. Bagi YB Anuar sendiri, inilah salah satu cara bagi beliau untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah mereka.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang