Khamis, 24 Mei 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN GESA PAKATAN RAKYAT TANDATANGANI "COALITION AGREEMENT" SEBELUM MENUBUHKAN KERAJAAN.

Posted: 24 May 2012 12:39 AM PDT

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pandan pada 21 April lepas telah menggesa parti-parti Pakatan Rakyat menandatangani satu "Coalition Agreement" atau perjanjian pakatan yang terperinci sebelum menubuhkan sebarang kerajaan.

Perwakilan-perwakilan pada mesyuarat agung tersebut bersetuju polisi-polisi utama dipersetujui secara terperinci terlebih dahulu sebelum mana-mana kerajaan dibentuk.

Perjanjian tersebut akan mengikat pimpinan kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Exco kepada keputusan bersama yang telah dicapai.

Perjanjian ini adalah diharapkan akan dapat mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan di dalam pentadbiran kerajaan.

Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Coalition agreement" ini adalah seperti yang ditandatangani oleh Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain dalam tahun 2010.

Perjanjian ini menetapkan secara terperinci polisi-polisi utama kerajaan. Tetapi yang paling penting, perjanjian ini menetapkan penyelesaian bagi perkara-perkara di mana terdapat peebezaan yang ketara di antara kedua-dua parti seperti pendidikan dan Kesatuan Eropah.

PAS Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.

Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden PAS agar beliau dapat membentangkanya pada mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua
PAS Kawasan Pandan
Selangor D.E.
23 Mei 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang