Sabtu, 12 Mei 2012

.

.


Pendedahan lengkap kenapa stadium BUKIT JALIL penuh dengan GELOMBANG MERAH!

Posted: 12 May 2012 02:44 AM PDT

Dengki? 
Bukan. Ada masa untuk dengki. Tapi bukan dengki untuk perkara neh. Aku kuat dengki. Tapi benda lain. Aku sememangnya berfikiran terbuka dalam isu neh. 
Bagi aku kalau umno ;
1. Membayar + sponsor tempat tinggal, transport, bagi tshirt, makan apa seme 
dan
2. Kerah atau arah ahli umno hadir
ke perhimpunan ulangtahun umno, bukanlah perkara yang salah. 

             Budak sekolah ke budak universiti neh? Betul ke budak2 14 tahun pun diupah untuk hadir?
Apa yang salah disitu? Kalau dorang guna duit rakyat untuk parti ya, itu sememangnya salah. Tapi siapa ada bukti bahawa dorang guna duit rakyat? Dorang mungkin guna dana parti. Tak siapa tahu. Benda takde bukti. Baseless. Stop.
Nanti dulu der. Setau aku bersih pun kaki sponsor gak. Lue mulut bebaik sket der. Jap. Bersih bukan kaki sponsor. Dan bersih tak dengki kalau lue nak sponsor. Tapi yang kita pertikaikan sekarang neh ialah lue dok tuduh2 kata kita sponsor apa seme tapi lue sendiri yang merewang pergi sponsor sana sini. Ada cerdik ka tue?
Itulah yang orang marahkan sangat. Kalau lue tak menyemak menuduh orang kena sponsor apa seme satusen pun takde orang nak peduli apa benda yang lue orang sponsor der.
Tapi tgna sendiri mengaku sponsor. Lue citer apa neh? Hek eley.. memang lah dia sponsor beberapa individu. Tapi berapa kerat jek pun. Takan yang kena sponsor lima enam orang lue berhak cakap 300k orang kena sponsor lak? Agak2 lah woitt nak generalisekan seme benda.
Dalam isu sponsor mensponsor neh tolong faham. Bersih tak sponsor sapa2 pun. Sapa pun takde. Yang ada ialah kawan belanja kawan. Kawan taja kawan. Berbeza ikut situasi. Ikut keadaan. Merujuk kepada kes masing2 lah. Kan beza sangat tue antara di sponsor oleh parti, di sponsor oleh bersih dan di sponsor oleh member2 sendiri. Lue ingat member2 lue nak sponsor lue kalau lue sokong umno? Member2 lue lebih kenal lue. Kalau lue sokong umno mampos lah depa nak sponsor lue.
Tapi disebabkan kita kawan2, kalau boleh tong2 nak ke kl, lue sponsor minyak, gua sponsor makan, lue sponsor tambang, gua sponsor air. Gitulah sponsor2 yang wujud antara rakan2 bersih. Menghina rakan2 bersih yang sesama sendiri sponsor sesama sendiri adalah perbuatan keji sebenar. Apa aii masalah kao bila aku guna duit aku belanja member aku ? Sampai ke urusan poket aku ko semak. Gila betul. Itulah yang difikirkan oleh rakan2 bersih.Tamat.
Memang terbukti tiada sesiapa sponsor sesiapa atas nama parti dan bersih ke atas pendemo2 bersih. Oleh kerana mereka keji urusan sponsor mengsponsor neh sudah semestinya mereka tak amalkan. Betul?
Lihat bawah neh ;

Sabar. Aku tak heran. Aku malahan tak peduli. Cuma aku nak tunjukkan wajah penipu. Ini juga salah satu bukti kenapa ramai orang hadir di sana semalam. Hey, aku tak peduli lah. Kalau aku dibayar untuk hadir, aku akan pergi dan hadir. Aku pentingkan duit. Apa masalahnya? Bukan seme benda aku sokong. Ada sesetengah benda memang aku rela buat. Ada sesetengah benda perlukan upah supaya aku boleh buat. Itulah pemikiran aku.
Kalau disini keluarkan duit, tak mustahil pihak lain juga ada keluarkan duit = mengupah untuk hadir. Info pasal neh boleh rujuk sini.
Lihat bawah neh lagi ;
Tshirt dan makanan disediakan. Duit aku tatau. Untuk bersih, tshirt beli sendiri, makan tanggung sendiri. Macam neh pun masih ada yang menuduh mengatakan bersih di sponsor. Terang lagi jelas, pengikut bersih macam aku neh bagitau ikhlas kami memang tidak disponsor satusen pun takde. Sapa pun takmo percaya dan hirau. Agaknya kepalsuan lebih mudah diserap berbanding kebenaran.
Sekarang ketahuilah siapa sebenarnya sponsor siapa. Siapa sebenarnya yang menuduh2 orang itu neh last2 sendiri yang terkantoi. Bukan itu sahaja. Bahkan mempergunakan mahasiswa untuk berpolitik. Walaupun jelas lagi terang namanya pun perhimpunan umno. Bukan perhimpunan kerajaan malaysia.
Kata mereka mahasiswa dilarang berpolitik. Adam adli tue sewel sebab berpolitik. Habis mahasiswa2 yang hadir semalam kalau bukan berpolitik apa pula? Umno bukan parti politik meh? AUKU terpakai untuk umno juga sebab umno pun parti politik. Tapi kenapa yang buat dasar langgar dasar? 
Nampak ? Dipercayai semua universiti terlibat dalam program, pujuk hadir dan bayar. Takpelah. Itu rezeki masing2. Ini dah cukup membuktikan kenapa gelombang merah memenuhi stadium bukit jalil. Ramai memang ramai. Sebenarnya tak mustahil juga kalaupun takde bebudak universiti neh orang2 umno tetap akan memenuhi ruangan bukit jalil tue. 
Cuma, disebabkan najib kurang yakin, maka dia mengedarkanlah jemputan ber-upah seramai yang boleh sekurang2nya daripada 300k jemputan ber-upah yang dia edarkan, dia target bahawa 100k dari mereka akan hadir. Barulah dia boleh bermegah. Takmolah dia jemput 100k dan hanya 20-30k jek hadir. Kan itu jumlah hadirin biasa yang selalu tv3 canangkan setiap kali najib turun ke daerah2 ketika buat lawatan kerja walaupun ada sesetengah daerah tue penduduknya tak sampai pun 20k.. 
kah kah kah
Last, modal terakhir mereka. Sponsor tak sponsor ke kami boleh berhimpun secara aman. Ada pecah kereta polis? Ada polis kena pukul? Nope. Memang takde. Memang aman. 100% aku puji. 
Begitulah bersih sebenarnya. Jika kami tidak dilarang dari menggunakan stadium atau dataran in the first place, kami juga akan aman dari awal sampailah akhir. Situasi kita tak sama sebenarnya, jangan buat penilaian terpilih. 
Kita boleh suka dan boleh tak suka, tapi fakta harus diutamakan untuk membuat sebarang justifikasi. Ingat, kita boleh menipu orang. Kita boleh menipu sesiapa sahaja. Bahkan, kita juga boleh menipu diri sendiri. Tetapi Allah swt, kita tak boleh tipu sampai bila2. Bai.
Ameno : Dah dua kali bersih dah dua kali kerajaan kata aku kena bayar so mana bayaran aku? Dah lama aku tunggu neh..

Source: http://amenoworld.blogspot.com/2012/05/pendedahan-lengkap-kenapa-stadium-bukit.html

Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat.

Posted: 11 May 2012 09:39 PM PDT

 
Menarik untuk dibaca, baca jangan tak baca. Baca baru tau! 
http://www.msomelayu.blogspot.com/, 12 Mei 2012
Ucapan Ha Najib Razak baru sekejap tadi sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.

Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.

Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.

Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.

Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.

Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.

Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak. 

Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.

Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu.  Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?

Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.

Najib atau admit media sosialnya  (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.

Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.

Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.

Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan  pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.

Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.

Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.

Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.

Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500,  baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.

Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.

Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib. [wm.kl.10:43 pm 11/05/12]

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10248-parlimen-akan-dibubarkan-masa-terdekat-

SPR Mengaku Daftar Pemilih TIDAK Beralamat Lengkap

Posted: 11 May 2012 07:02 PM PDT

Di bawah diambil dari risalah yang baru diterbitkan oleh SPR di laman mereka www.spr.gov.my:
Di atas adalah pengakuan bertulis dari SPR bahawa mereka akan mendaftar pemilih yang beralamat tidak lengkap. 
Sesiapa sahaja yang boleh berfikir akan tahu sekiranya seseorang itu tidak boleh membuktikan alamat beliau, maka ia bererti seseorang itu PASTI boleh diragui kedudukannnya sebagai pengundi. 
Sepatutnya sesiapa yang tidak ada bukti alamat yang jelas harus ditolak oleh SPR, bukannya didaftarkan sebagai pemilih yang sah. 
Di sini sahaja jelas SPR berdalih kerana biasanya pengundi hantu adalah mereka yang tidak boleh membuktikan kediaman mereka di satu-satu tempat yg mereka mahu daftar. 
Terima kasih SPR atas pengakuan kamu. Terbukti kamu telah menipu. 
TULANG BESI

Source: http://www.malaysiawaves.com/2012/05/spr-mengaku-daftar-pemilih-tidak.html

Kajian: Lynas perlu ditutup sebelum PRU13

Posted: 11 May 2012 09:13 AM PDT

KAJIAN: Projek Lynas perlu ditutup sebelum PRU13
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu mengambil tindakan drastik - menutup projek nadir bumi Lynas dengan kadar segera, untuk memperoleh sokongan menyeluruh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut satu kajian kendalian Universiti Malaya (UM).

Penemuan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel), yang dikendalikan akhir Mac dan awal April lalu mendapati, 34 peratus sangat bersetuju dan 27 peratus lagi bersetuju agar operasi projek itu ditutup segera.

Seramai 24 peratus tidak pasti manakala 11 peratus tidak setuju dan empat peratus lagi sangat tidak bersetuju - mahu projek itu kekal.

Kajian itu menyenaraikan soalan "apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap bantahan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Kedua-dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang diterajui oleh BN.

Tahun lalu, kerajaan menjemput pakar-pakar luar negara menyediakan laporan mengenai projek itu sebelum memutuskan untuk mengeluarkan lesen beserta satu senarai syarat yang panjang.

Ekoran protes yang berterusan, baru-baru ini kerajaan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas.

Bantahan berkenaan projek terus diadakan dengan perhimpunan Hijau berlangsung di Kuantang lebih dua bulan lalu, dan baru-baru ini pada 28 April lalu bersama Bersih 3.0 di ibu negara dan beberapa bandar lain.
Dari segi kaum, peratusan pengundi yang sangat bersetuju dan bersetuju, di kalangan orang Melayu, masing-masing sekitar 32 peratus dan 24 peratus dan lebih tinggi di kalangan pengundi Cina iaitu masing-masing 43 peratus dan 29 peratus.
Pengundi India yang sangat bersetuju adalah seramai 26 peratus dan 48 peratus pula bersetuju.
Berhubung soalan sama ada kerajaan perlu memindahkan penduduk berhampiran Gebeng ke kawasan yang lebih selamat, 17 peratus sangat bersetuju dan 40 peratus bersetuju - bermakna hampir 60 peratus menyokong keperluan tidak meneruskan projek tersebut.
Menjawab satu lagi soalan yang berkaitan, seramai 15 peratus tidak sesetuju dan 32 peratus sangat tidak bersetuju apabila ditanya sama ada projek Lynas perlu diteruskan kerana ia merupakan pelaburan besar.
Hanya lapan peratus responden sangat bersetuju dan 16 peratus bersetuju agar projek itu diteruskan.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kajian-lynas-perlu-ditutup-sebelum-pru13-1.47189

Tiada ulasan:

Nuffnang