Ahad, 22 April 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


NEGARA KAYA - KITA MAMPU MANSUH PTPTN - PAKATAN RAKYAT TAWAR PENDIDIKAN PERCUMA

Posted: 22 Apr 2012 11:13 AM PDT


NEGARA KAYA - KITA MAMPU MANSUH PTPTN - PAKATAN RAKYAT TAWAR PENDIDIKANPERCUMA

Minggu ini pimpinan UMNO/BN resahserta tidak tentu arah dalam menjawab isu Perbadanan Tabung Pendidikan TinggiNasional (PTPTN), DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri juga gagal untukmenyakinkan mahasiswa tentang masa depan pendidikan mereka. Apatah lagi MenteriPengajian Tinggi yang diam seribu bahasa dalam memberikan hujah kukuh berkaitanpemansuhan hutang PTPTN.
Kita harus faham bahawapendidikan adalah asas penting dalam sesebuah masyarakat, namun apabila DSNajib gagal untuk menjawab dengan tepat angka dan nilai hutang yang kononnyadidakwa bernilai RM 43 bilion sedangkan cacatan sebenar menunjukkan bahawahanya sekadar RM 24.7 bilion sahaja hutang yang belum dibayar. Hutang tersebutjuga adalah jumlah hutang PTPTN sejak daripada penubuhan PTPTN pada tahun 1997.Hutang tersebut wujud dalam tempoh 15 tahun. Secara purata hutang PTPTN setiaptahun adalah RM 2 bilion ringgit. Ini bukanlah suatu jumlah yang besar untuk ditanggungnegara.
Ini bermakna DS Najib sendiripuntidak memaklumi data tepat tentang hutang sebenar yang tertunggak sekarang.Hutang PTPTN sebanyak RM 24.7 bilion inipun bukannya dibuat dalam masa setahunianya memakan masa hampir 15 tahun dengan sekarang jumlah pelajar yangterhutang sekitar 651 000 mahasiswa.
Petronas punyai keuntungansetahun RM 90 bilion. Apakah tidak boleh untuk hanya sekadar 2-3% daripadakeuntungan Petronas ini digunakan untuk membayar semula hutang PTPTN paramahasiswa. Jika ini dapat dilakukan, insyallah setiap tahun kerajaan mampuuntuk membayar antara RM 2-3 bilion bagi melupuskan hutang PTPTN dalam tempoh10-12 tahun akan datang.
Dalam pada masa yang sama kitaharus mengembalikan suasana pendidikan percuma sehingga keperingkat ijazah bagimenjamin masa depan yang lebih cemerlang buat anak muda Malaysia. Malaysiamampu melaksanakan sistem pendidikan tinggi secara percuma. Laporan auditnegara pernah menyebut bahawa Malaysia ketirisan RM 28 bilion setahun. Inibermakna jika berlakunya penjimatan maka RM 3-4 bilion daripada nilai ketirisanini juga dapat digunakan untuk membayar hutang PTPTN 651 ooo mahasiswa seluruhnegara.
Ini belum lagi dikira jikaberlakunya penjimatan pembayaran subsidi gas sebanyak RM 19 bilion kepadapenjana bebas yang boleh dijimatkan untuk membiayai pendidikan percuma buatanak muda Malaysia. Kita harus sedar bahawa sumber kewangan negara yang stabilserta diuruskan dengan jujur dan amanah mampu untuk memberikan kita keyakinanbahawa pendidikan percuma bukan suatu yang mustahil untuk dilaksanakan diMalaysia terutamanya sehingga peringkat pengajian tinggi. Ini belum dikira lagikemana hilangnya RM 52 bilion saham Bumiputera yang juga merupakan harta negaradan rakyat.
Negara tidak akan bankrab jikaberi pendidikan percuma kepada rakyat, namun Malaysia akan bankrab jika terus dibiarkannegara diurus oleh pemimpin yang tidak amanah.

Yb. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

Tiada ulasan:

Nuffnang