Rabu, 11 April 2012

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Forum: Economic Transformation Programme - Genuine or Good PR?

Posted: 11 Apr 2012 07:51 PM PDT

Check out the Facebook event page here and help us share the event!

Prime Minister Najib Razak's administration has promised an ambitious program of fundamentally restructuring the country's economy so that we will be able to escape the 'middle income trap' and catapult ourselves to the rank of a high income nation. The New Economic Model (NEM) and the Economic Transformation Program (ETP) are supposed to be the key drivers of Najib's economic policy.

Three years into his premiership, how has Najib fared on the economic front? Has the ETP been as successful as PEMANDU claims? Have the recommendations of the New Economic Model (NEM) been implemented fully? Is our economy heading on the right track? To answer these questions and more, please join us in a public forum entitled:

"Najib's Economic Transformation Record: Are we on the right track?"
Venue: Crown Crystal Hotel, Petaling Jaya.
Date: Monday, 16th April 2012
Time: 8pm to 11pm
Speakers:

  • YB Tony Pua, MP for PJ Utara, 
  • YB Lau Weng San, ADUN for Kampung Tunku, 
  • Dr. Ong Kian Ming, UCSI Lecturer, 
  • Mr Teh Chi Chang, Executive Director at REFSA

Organized by Kampung Tunku ADUN's Service Centre and Refsa (Research for Social Advancement)

Admission is free. All are welcomed!

NFC Cows Copper Poisoning

Posted: 09 Apr 2012 09:34 AM PDT

I have received documents which showed that testing on several dead cows from the NFCorp indicated severe copper poisoning.

These tests by Veterinary Services Department were conducted on half a dozen cows which died at the centre in June 2011.

All the tests indicated copper levels well-above what is the normal range for cattle.  For test subject RT6730 for example, its liver was found to have 172.98 parts per million (ppm) as opposed to a 25-100ppm for a normal healthy cattle.  Its kidneys fared even worse, containing 43.71ppm compared to a normal range of 4-6ppm.

Another test subject RT576 was found to have 721.24ppm of copper in its liver.

This is matter of serious concern as meat and meat products from the diseased cows may have been sold for human consumption in Malaysia.

Datuk Seri Noh Omar, the Minister of Agriculture and Agro-based products must confirm is a thorough test have been conducted on cows in the entire farm to ensure that the copper poisoning is not widespread and other cows have not been affected.  It can only be deduced that other cows would suffer from excessive levels of copper as well, but may not have died in the process.

The Minister must also confirm if all meat produced by NFCorp are free from copper toxicity and if the Ministry has conducted stringent inspections following the discovery of copper poisoning last year.

What Malaysians also need to know is how many cows have died at NFCorp under such circumstances, and if the numbers are significant, are these cows properly disposed of?  Malaysians will need the assurance from the Ministry of Agriculture that such carcasses will not be sold as fresh meat to unknowing Malaysians who rely on officers from the Ministry to enforce health standards.

We call upon the Ministry of Health to state if they have been notified of the above issues, and whether they have conducted independent checks on meat produced by NFCorp to ensure that they are healthy for Malaysians to consume.

The Barisan Nasional government must not attempt to cover up the entire NFCorp scandal, as in this case, not only is the tax-payers' monies involved, the health of ordinary Malaysians are also at stake.

2012 Supplementary Budget Speech Part 4: 1MDB - Tanjong Power

Posted: 04 Apr 2012 09:25 AM PDT

1MDB – Tanjong Power

Sebenarnya saya tak berapa faham apakah matlamat penubuhan syarikat 1MDB.  Laman web 1MDB berkata bahawa ia merupakan "strategic enabler for new ideas and new sources of growth, 1MDB leads in market-driven initiatives to help transform Malaysia into a thriving economy."

Tapi yang kita lihat, 1MDB telah menjadi Ah-Long kepada syarikat yang diragui, pemaju hartanah kepada PUKL dan KLIFD yang tidak merupakan industry baru.

Tambahan lagi, 1MDB telah menandatangani perjanjian untuk membeli Tanjung Energy Holdings daripada Tan Sri Ananda Krishnan dengan harga RM8.5 bilion.

Malaysia sekarang mempunyai lebih daripada 10 penjanakuasa bebas (IPPs), adakah 1MDB yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam industri penjanaan kuasa akan menambah nilai kepada industri tersebut?  Adakah industri IPP ini merupakan "new idea" atau "new source of growth" yang dihebohkan sebagai visi 1MDB?

Kalau tidak, kenapa beli dari Ananda Krishnan? Adakah pembangunan PUKL dengan KLIFD yang belum benar-benar bermulapun, tidak mempunyai cabaran yang mencukupi untuk pihak pengurusan 1MDB?

Oleh kerana pengambil-alihan yang baru ini, 1MDB akan terpaksa mendapatkan pinjaman tambahan lagi sekurang-kurangnya RM9 bilion untuk membiayai kos IPP.

Saya berasa amat bimbang kerana 1MDB ini macam syarikat "neither here nor there".  Ianya langsung tidak mempunyai modal tersendiri dan bergantung sepenuhnya dengan pinjaman yang dijamin oleh kerajaan.

Jika benar ada berlaku penyelewengan dalam transaksi-transaksi besar 1MDB, dan ianya tidak dihentikan dan dikawal dari awal lagi, 1MDB mungkin akan menjadi syarikat yang memerlukan rekod bailout daripada kerajaan persekutuan satu hari nanti.

Biar Menteri menjawab dan menindas perbahasan saya dengan angka-angka terperinci dan fakta-fakta yang tidak dapat dipersoalkan.  Tapi saya harap Menteri tidak akan menjawab hanya dengan sangkaan dan retorik "keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional" kerana ia tidak akan diterima baik dan ia akan membuktikan bahawa memang ada udang di sebalik batu.

2012 Supplementary Budget Speech Part 3: 1MDB "Profit"

Posted: 04 Apr 2012 09:22 AM PDT

1MDB-Profit

Syarikat 1MDB melaporkan keuntungan yang bertambah berbanding dengan tahun sebelumnya dalam penyata kewangannya.  1MDB mencapai keuntungan sebanyak RM544 juta pada hujung tahun Mac 2011 berbanding dengan RM424 juta tahun lalu.

Kontroversi keuntungan RM424 tahun 2010 adalah atas sebab ia merupakan "paper gains" yang berasal daripada penukaran pegangan saham kepada pinjaman kepada syarikat usahasama Petrosaudi International.  Keuntungan ini langsung tidak bermakna jika pinjaman besar yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

Macamana dengan keuntungan 2011 pula?  Bila kami meneliti penyata kewangan 1MDB, keuntungan dicapai dengan penilaian semula hartanah 1MDB yang meningkat sebanyak RM827 juta.  Maksudnya, tanpa mengambil-kira penilaian semula hartanah, 1MDB sebenarnya mengalami kerugian sebanyak RM283 juta!

Lebih menarik lagi, dalam balance sheet, nilai pelaburan hartanah adalah RM1.02 bilion.  Maksudnya nilai hartanah 1MDB telah meningkat sebanyak 426% dalam jangkamasa 1 tahun sahaja.  Adakah aset ini merupakan tanah di Jalan Cochrane yang telah dijual kepada 1MDB dengan harga yang cukup murah untuk pembinaan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD)?

Jika benar, ini merupakan "creative accounting of the highest order". Kerajaan jual tanah kepada 1MDB dengan harga cukup murah. Selepas itu, tanah tersebut dinilai semula untuk memberikan gambaran bahawa 1MDB telah membawa keuntungan lumayan kepada rakyat Malaysia!

2012 Supplementary Budget Speech Part 2: 1MDB - Bandar Malaysia

Posted: 04 Apr 2012 09:19 AM PDT

1MDB-Sungai Besi

Masalahnya, lubang kewangan 1MDB semakin lama, menjadi semakin besar.  Wang diperlukan untuk "cover up" lubang tersebut daripada skandal Petrosaudi.

Selain daripada pinjaman RM5 bilion yang dibuat pada May 2009, 1MDB telah pada tahun lalu mengambil pinjaman tambahan sebanyak RM2.3 bilion.  Pinjaman tambahan ini merupakan pinjaman jangkamasa singkat dan pembayaran balik perlu dibuat tahun depan.
Nasib baik ada projek penyelamat – projek Bandar Malaysia sebesar 495 ekar, iaitu tanah Lapangan Terbang Sungai Besi Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tanah tersebut dijual kepada 1MDB oleh kerajaan Malaysia dengan harga yang cukup murah, hanya RM74.20 setiap kaki per segi berjumlah RM1.6 bilion.  Tanah ini merupakan tanah "super-prime" kerana lokasinya dan infrastruktur yang sedia ada yang tiada bandingan.

Untuk perbandingan, tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang, dimana 40% merupakan laut atau tanah paya yang perlu ditambak telah dijual secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki per segi.  Secara logiknya, tanah di Sungai Besi adalah jauh lebih mahal daripada tanah Bayan Mutiara, akan tetapi, tanah Sungai Besi telah dijual kepada 1MDB dengan nilai 31% nilai tanah Bayan Mutiara.

Cara suntikan dana ke dalam 1MDB adalah amat inovatif.  Oleh kerana TUDM perlu dipindahkan daripada kawasan Sungai Besi, 1MDB telah ditugaskan untuk menempat semula Pengkalan Udara Kuala Lumpur ke beberapa tempat baru termasuk Sendayan, Subang, Kuantan, Butterworth dan Gong Kedak.

Yang "shocking" ialah, kos penempatan semula adalah RM2.7 bilion.  Ini bermakna kos penempatan semula adalah RM1.1 bilion lebih mahal daripada tanah "super-prime" yang dijual kepada 1MDB.  Transaksi ini langsung tidak masuk akal. Kalau nilai kawasan penempatan semula begitu mahal, kenapa PUKL perlu dipindahkan? Buatlah pembangunan di kawasan penempatan semula dan bukan di Sungai Besi.

Atas sebab penilaian yang "totally don't make sense" di atas, 1MDB tidak diperlukan untuk membayar 1 sen pun daripada pengambil-alihan tanah Sungai Besi yang dibeli dengan RM1.6 bilion.  Sebaliknya, kerajaan perlu membayar 1MDB sebanyak RM1.1 bilion untuk membuat penempatan semula PUKL.

Ini merupakan cara yang cukup licik untuk memberikan suntikan yang kepada 1MDB yang kini tidak mempunyai yang mencukupi.

2012 Supplementary Budget Speech Part 1: 1MDB-PetroSaudi

Posted: 04 Apr 2012 09:16 AM PDT

1MDB-PetroSaudi

1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan sebuah syarikat yang dimiliki kerajaan sepenuhnya dan segala pinjaman yang diperolehi oleh 1MDB ini adalah dijamin oleh kerajaan persekutuan.

Dengan itu, segala perbelanjaan 1MDB sepatutnya tidak berbeza dengan perbelanjaan kerajaan secara langsung.  Akan tetapi, 1MDB diberikan kuasa mutlak untuk membuat pelbagai perbelanjaan atau pelaburan tanpa pantauan secara langsung daripada parlimen.
Ketua Pembangkang pernah dua kali membangkit kan isu "pelaburan" 1MDB ke dalam syarikat usahasama bersama Petrosaudi International Limited pada tahun lalu.  Akan tetapi tiap kali beliau tidak mendapat jawapan yang menyeluruh atau yang memberikan penjelasan terperinci mengenai pelaburan tersebut.

Saya ingin membangkitkan isu ini sekali lagi dengan maklutmat-maklumat baru kerana ini isu besar dan serious, dan memerlukan jawapan yang munasabah daripada kerajaan.

Pelaburan ini merupakan pelaburan wang rakyat yang cukup besar – US$1 bilion pada Sep 2009. Pelaburan ini adalah sebagai modal untuk pegangan saham 40% dalam syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi.

Walaupun PetroSaudi sepatutnya menyuntik US$1.5 bilion untuk memenuhi syarat ekuiti 60%, Petrosaudi dibenarkan menyuntik sebuah asset medan minyak tengah Laut Caspian yang "berpotensi".  Maksudnya, yang disuntik bukannya wang tunai seperti pelaburan 1MDB.  Yang disuntik adalah satu kawasan laut yang mungkin ada minyak.

Yang anehnya, 1MDB membuat keputusan untuk melupuskan pegangan saham dalam syarikat usahasama tersebut dengan menukar ekuiti kepada pinjaman Nota Murabaha yang bernilai US$1.2 bilion.  Nota Murabaha ini bukannya pinjaman biasa di mana pinjaman dibayar balik secara beransur.  Untuk jangkamasa 11 tahun, Petrosaudi hanya perlu bayar balik nilai kupon sahaja sebanyak 8.67%, sebelum kesemua hutang dibayar dengan sepenuhnya selepas 11 tahun.

Adakah matlamat 1MDB ini untuk menjadi Ah-Long besar antarabangsa?  Kenapa kalau tak ingin lagi melabur dalam syarikat usahasama, kita tak minta wang dipulangkan kepada kita?

Siapa syarikat Petrosaudi ini sebenarnya?  Mengikut laman web Petrosaudi International – ia merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2005, tak sampai 4 tahun pun apabila 1MDB membuat pelaburan sebanyak US$1 bilion.

Siapa yang memiliki syarikat Petrosaudi ini? Mengikut laman web Petrosaudi International diasaskan oleh Tarek Essam Ahmad Obaid bersama beberapa pelabur persendirian yang tidak dinamakan.

Siapa ini Tarek Essam Ahmad Obaid?  Yang pelik, jika kita buat carian Google – namanya hanya muncul selepas perjanjian antara 1MDB dan Petrosaudi dibuat.  Langsung tidak ada berita mengenai Sheikh Tarek Essam ini di mana-mana pun yang boleh memberikan latar belakang beliau dengan lebih jelas.

Dewan ini juga ingin mengetahui apakah perkembangan explorasi di medan minyak atas laut yang disuntik sebagai ekuiti kepada syarikat usahasama?  Ada dapat gali minyak?  Ataupun kesemuanya masih air laut sahaja?

Adakah syarikat Petrosaudi ini, yang ditubuhkan di kepulauan Seycelles, benar-benar sebuah syarikat yang "genuine"?  Sampai hari ini, tiada siapa pun dari kerajaan atau syarikat 1MDB – di media massa atau semasa dijemput oleh jawatankuasa kira-kira wang Negara (PAC) – memberikan keterangan mengenai nilai syarikat Petrosaudi ini.

Rakyat Malaysia tak tahu sama ada 1MDB telah pinjam US$1.2 bilion kepada sebuah syarikat kosong ataupun sebuah syarikat yang benar-benar bernilai berbilion-bilion US dolar.

Perkara ini amat penting kerana rakyat perlu diberikan keyakinan bahawa wang yang dipinjam kepada Petrosaudi akan dilabur dengan beramanah dan tidak akan hilang disonglap oleh pihak-pihak yang tertentu.  Kami percaya pihak 1MDB tentu ada rekod laporan kewangan syarikat Petrosaudi yang menyatakan aset-liabiliti dan juga untung-rugi syarikat tersebut.

Apa yang membimbangkan ialah pinjaman tersebut tidak dibuat dengan sebarang "ratings" oleh agensi penilaian tempatan atau antarabangsa.  Pinjaman bon atau sukuk yang dibuat dalam negeri pun memerlukan sokongan laporan dari Ratings Agency Malaysia (RAM) atau Malaysia Ratings Corporation (MARC).  Tetapi pinjaman sebanyak US$1.2 bilion yang dibuat dengan wang yang dijamin oleh rakyat Malaysia, langsung tidak memerlukan sebarang akreditasi daripada mana-mana pihak.

Keengganan kerajaan dan 1MDB untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh membangkitkan rasa keraguan bahawan ini merupakan satu scam yang cukup besar dalam almari kerajaan Barisan Nasional.  Apakah yang diselindungi? Kalau Petrosaudi benar-benar hebat, bagi tahulah Dewan ini betapa hebat syarikat tersebut dengan angka-angka kunci kira-kira dan penyata kewangan.  Tapi jika diam membisu, ini bermaksud ada yang tidak mengena dan apa yang disyaki oleh pihak Pakatan Rakyat ini adalah berasas.

Apa yang lebih memeranjatkan adalah 1MDB bukan sahaja menukarkan equity kepada pinjaman pada  31 Mac 2010, 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$500 juta (atau RM1.6 bilion) kepada PetroSaudi International.

Kesemua maklumat ini terkandung dalam Penyata Kewangan 1MDB untuk tahun berakhiri Mac 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Penyata terkini ini dikemukakan kepada SSM pada October 2011.

Dan bila saya baca sampai hujung penyata, saya terkejut sekali lagi dalam seksyen "Subsequent events", di mana dilaporkan bahawa 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$200 juta kepada anak syarikat Petrosaudi pada Mei 2011.

Maksudnya, walaupun anak syarikat Petrosaudi perlu membayar kadar kupon sebanyak US$105 juta setiap tahun kepada 1MDB, pinjaman tambahan yang dibuat adalah melebihi pulangan yang diterima.  Ini sudah nak jadi skim Ponzi haram.

Tiada ulasan:

Nuffnang