Rabu, 18 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


IPTS tipu kursus, pelajar putih mata

Posted: 18 Apr 2012 12:18 AM PDT



Apabila Pengajian Tinggi diniagakan untuk keuntungan, inilah jadinya ! PTPTN perlu dimansuhkan sehingga masalah kursus serta IPT yang tidak diiktiraf disifarkan. Dengan itu graduan akan terjamin kerjaya mereka apabila mengambil kursus serta IPT yang diiktiraf setelah meminjam puluhan atau ratusan ribu ringgit dari PTPTN.

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata
Utusan Malaysia

MENGGENGGAM segulung ijazah untuk melangkah ke alam pekerjaan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap siswazah. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama swasta (IPTS).

Pelbagai cara dilakukan oleh IPTS untuk memperdayakan orang ramai dan bakal pelajar termasuk membuat surat perakuan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan.

Pesanan jangan mudah terpedaya dengan tawaran kursus di IPTS ini perlu dihebahkan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Timbalan menteri pertahan Kolej Universiti Lincoln
April 12, 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertahankan tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) memberi kelulusan kepada Kolej Universiti Lincoln (LUC) untuk melaksanakan program perubatan peringkat sarjana muda di tiga universiti Ukraine.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar mengenai kelulusan yang diberikan kepada Kolej Lincoln untuk membuat program perubatan di tiga universiti, Ukraine yang mana ketiga-tiga universiti tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Awam (JPA).

Sejak kebelakangan ini program pengajian perubatan luar negara yang bakan dijalankan oleh LUC pada September ini menjadi tanda tanya selepas mendapati ketiga-tiga universiti yang dipilih oleh LUC tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/12/timbalan-menteri-pertahan-kolej-universiti-lincoln/

'Hidup saya kini musnah'

KUALA LUMPUR: "Hidup saya kini musnah selepas impian untuk membantu keluarga supaya dapat menikmati kesenangan tidak kesampaian gara-gara sijil kejururawatan yang diperoleh ketika belajar di sebuah kolej swasta tidak diiktiraf kerajaan," dakwa Hemalatha Ganesa, 21, penuntut kolej berkenaan.

Katanya, pihak kolej tidak mempedulikan masa depan pelajarnya sebaliknya hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan meminta mereka menjelaskan yuran sebanyak RM7,500 bagi kursus selama lapan bulan.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah hospital swasta namun kelayakannya hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sijil dimilikinya ketika belajar kursus berkenaan tidak diiktiraf.

"Masih ramai rakan-rakan lain sehingga kini tidak mempunyai pekerjaan tetap malah ada yang hanya bekerja di pusat beli-belah kerana pihak hospital tidak mahu menerima mereka.

http://www.hmetro.com.my/articles/Hidupsayakinimusnah/Article

Jawatankuasa khas bincang CUCMS

CYBERJAYA: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah berikutan arahan pengurangan jumlah pelajar yang dihadapi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) bagi mengelakkan kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan kolej berkenaan tidak diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Pengajian seramai 236 pelajar perubatan tahun pertama di kolej berkenaan mungkin tidak diiktiraf selepas mendapat arahan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), 29 November lalu supaya mengurangkan bilangan pelajar perubatan sesi terbabit kepada 150 saja. Daripada jumlah itu, seramai 108 pelajar mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 57 lagi tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), manakala selebihnya tajaan sendiri.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JawatankuasakhasbincangCUCMS/Article/index_html

16 program UniMAP tidak diiktiraf

KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

http://berita-harian-online.com/16-program-unimap-tidak-diiktiraf/

Kursus ijazah tak diiktiraf

ANAK saya baru-baru ini memaklumkan mengenai ijazah sarjana muda perguruan yang diambilnya ada masalah kerana program yang ditawarkan di Institusi Perguruan Tunku Bainun tidak mendapat kelayakan akreditasi.

Pihak institusi perguruan memaklumkan pelajar tidak dapat diberi penempatan sehingga masalah selesai. Saya difahamkan masa yang diambil bagi memperoleh kelayakan itu boleh berlanjutan daripada enam bulan sehingga setahun. Dalam proses mendapatkan kelayakan itu, pelajar diminta membuat kerja kursus tambahan bagi membantu pihak institusi mendapatkan kelayakan bagi program ditawarkan. Sebelum ini, pelajar ijazah perguruan terbabit juga menerima elaun tertangguh sehingga dua bulan. Kesannya, ada pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk perbelanjaan. Saya mengharapkan setiap program perlu mendapat kelulusan pihak berwajib sebelum ditawarkan pada peringkat institusi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kursusijazahtakdiiktiraf/Article

Ijazah OUM Tidak diiktiraf Kerajaan ?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.
http://pkg-petaling.net/v1/2010/08/ijazah-oum-tidak-diiktiraf-kerajaan/

National Service costing more than PTPTN students debts?

Posted: 17 Apr 2012 09:26 PM PDT



While the Federal government has been strongly opposed to Pakatan Rakyat's pledge to abolish the debts owed by tertiary students to National Higher Education Fund Corporation (PTPTN), it is now revealed that a much bigger amount was being spent on the National Service (PLKN) programme every year.

In providing the figues, Defence minister Ahmad Zahid Hamidi said to train 629,052 trainees, the government had so far forked out RM4.36 billion, or an average of RM6,931 per trainee.

"The cost of training a PLKN trainee for 3 months for free is actually the same as the cost to finance a student who takes PTPTN loan for a degree programme for a year," said Negeri Sembilan PAS commissioner Taufek Abdul Ghani.

Taufek said the RM4.36 billion could have been spent to finance education for some 622,857 students who took PTPTN loan in the first year.

The PLKN programme has come under heavy criticism following a spate of incidents involving misconduct and accidents. Some 17 fatalities involving trainees undergoing PLKN have been reported since it was introduced in 2004.

On March 12, a trainee at the Terlok National Service Camp in Perak succumbed to leptospirosis, or commonly known as the 'rat fever".

http://en.harakah.net.my/index.php/berita-utama/4729-national-service-costing-more-than-ptptn-students-debts.html

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah

Posted: 17 Apr 2012 08:57 PM PDT



KUALA LUMPUR, 17 April 2012 : Masalah tanah yang semakin serius dan tidak pernah selesai dari tahun ke tahun, mendesak tiga kumpulan penduduk menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Tiga kumpulan berkenaan adalah dari Pengerang dan Taman Desa Kempas Johor serta Ladang Gatco Serampang Indah, Negeri Sembilan di mana masing-masing sedaya upaya sedang memperjuangkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak tertentu.

Wakil Pengerang diketuai oleh Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin) Anis Afida Mohd Azli, Ladang Gatco diwakili oleh Abdul Rahman dan wakil dari Taman Desa Kempas diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Projek Terbengkalai Ee Cheng Lai.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizat Kaiat, pembeli rumah Taman Desa Kempas kecewa dengan Kerajaan Negeri Johor dan pemaju Syarikat Maju Delima Sdn Bhd yang gagal dalam pembinaan rumah di taman tersebut menyebabkan projek ini terbengkalai selama 12 tahun.

"Projek prumahan tersebut dibangunkan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2004, Malangnya sehingga tahun 2012 rumah kami yang berqada di fasa ke-3, empat dan lima masih gagal disiapkan," katanya bagi pihak pembeli-pembeli terbabit.

Jelasnya fasa-fasa itu meliputi dua jenis rumah iaitu pangsapuri yang berharga RM88,000 hingga RM100,000 dan flat kos rendah yang berharga sekitar RM22,000 manakala rumah pangsapuri hanya siap 80 peratus dan kos rendah hanya siap sekitar 40 peratus sahaja.

Katanya biarpun penduduk banyak kali mengadakan pertemuan dengan pemaju bahkan turut berjumpa dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, namun setakat ini belum nampak sebarang perubahan.

Lebih malang lagi katanya penduduk turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatanya ke Johor pada 9 Mac lalu, masih tidak ada sebarang tindakan daripada beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani memenjelaskan masalah yang membelenggu 400 peneroka Ladang Gatco yang dinafikan hak mereka timbul sejak 35 tahun lalu.

Katanya, peneroka ini gagal mendapat geran hak milik walaupun sudah membayar RM4,000 hingga RM7,000 bagi mendapatkan tapak kediaman, namun syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.

"Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).

"Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut," katanya mewakili peneroka terbabit.

Ekoran itu, tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.

Tegas Taufek, terdapat beberapa kelemahan dalam cara perolehan tanah ini oleh syarikat tersebut dan penerokalah pihak yang lebih layak terhadap harga tanah tersebut.

"Sekiranya peneroka ada cara untuk membuat bayaran terhadap harga tanah tersebut, kenapa dan mengapakahpihak kerajaan neegri tidak boleh membantu peneroka dengan menggunakan 'Land Acquisition Act/1960 ataupun mana-mana perundangan tanah yang boleh membantu rakyat miskin seperti peneroka ini," katanya dalam sidang media bersama-sama Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.

Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.

"Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9634-penduduk-jumpa-presiden-pas-adu-masalah-tanah

Apakah Menteri Pengajian Tinggi tidak pernah meniliti permasalahan berkaitan PTPTN?

Posted: 17 Apr 2012 08:38 PM PDT



Di bawah ini cuma sebahagian kecil permasalahan PTPTN yang dilaporkan di laman web Aduan Rakyat.

Tidak Mampu Bayar Balik Pinjaman PTPTN
April 14th, 2012

Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya susah dapat kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Bayangkan…berapa ramai graduan di luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian, diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap.

By: NorAin http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-mampu-bayar-balik-pinjaman-ptptn#more-12639

Kekeliruan oleh pihak PTPTN
February 11th, 2012

Kepada pihak PTPTN, tolong lah balas email dan beri penerangan yang jelas terhadap cas yang dikenakan kepada saya. Saya sangat kerap membuat panggilan ke PTPTN dan memberi email, tetapi saya masih tidak dapat jawapan kenapa baki pinjaman saya lebih dari penyata online. Saya meminjam RM5000 dan telah membayar hampir RM2000, tetapi baki sebenar yang di emailkan oleh PTPTN adalah RM5400++.

By: Mardiana http://www.aduanrakyat.com.my/kekeliruan-oleh-pihak-ptptn#more-9791

Frustrated with PTPTN
December 6th, 2011

I am a frustrated disabled individual who is visually impaired since birth. I am a registered disabled person in Malaysia. In 2006 I went to university at Universiti Teknologi Malaysia and graduated with a Bachelor of Science in Industrial Biology. At the time I obtained a First Class Honours degree with a cGPA of 3.74 when I graduated in 2009.

For my education I took a loan from the National Higher Education Fund and obtained an amount of RM21 000 as an education loan. Since I graduated in 2009 I have been paying my loan amount off diligently at the sum of RM100 per month. My NHEF reference number is 724749. For your information due to my visual impairment I am only able to work at a temporary job at present earning a minimal wage. I have never and currently still do not receive any form of assistance from the Welfare Department.

By: Naren Kumar A/L Surendra http://www.aduanrakyat.com.my/frustrated-with-ptptn#more-7649

Tidak Wajar Potongan Yuran Pengajian Dipotong 2 Sem Sekaligus
September 5th, 2011

Saya ingin membuat aduan mengenai cara pihak Kolej Multimedia Kuala Lumpur (MMC KL) membuat pemotongan daripada PTPTN pelajar. Apa yg saya rasakan tidak wajar disini adalah, mereka membuat potongan secara 2 sem sekaligus, contohnya pembayaran dari PTPTN adalah untuk Sem 3, setiap sem pelajar akan mendapat RM4000.00, sepatutnya kolej hanya boleh memotong RM2260.00 bgi yuran sem 3, dan seharusnya duit lebihan yang berjumlah RM1740.00 adalah duit poket, untuk kegunaan pembayaran yuran asrama serta sara diri pelajar sepanjang tempoh sem tersebut.

By: Mardziah Zahari http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-wajar-potongan-yuran-pengajian-dipotong-2-sem-sekaligus

Been blacklisted by PTPTN for no reason
August 3rd, 2011

I am very disappointed with the credibility and actions of PTPTN which have caused me a great deal and lost of opportunity. On the 2n July 2011, I was suppose to travel from Singapore to Kuala lumpur on 8pm Tiger Airway's flight after a job interview. But to my disbelief, when I entered Johor Bahru immigration, I was blocked from entering Singapore and the reason being was, I have been blacklisted by PTPTN for not paying back their loan. How could this be possible when I AM NOT EVEN A PTPTN LOAN BORROWER inthe first place? I was JPA scholar!

By: rathi devi athimurthy http://www.aduanrakyat.com.my/been-blacklisted-by-ptptn-for-no-reason#more-4146

Kolej Uniti Port Dickson, Indah Khabar Dari Rupa
July 3rd, 2011

Dukacita dimaklumkan bahawa saya abag kepada salah seorang pelajar di institusi ini begitu kecewa dan tidak berpuas hati dan terkilan dengan penginapan dan ketidakselesaan adik saya belajar di institusi ini. Antara perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati saya adalah:

By: saiful http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-uniti-port-dickson-indah-khabar-dari-rupa#more-3371

Pemotongan duit sara diri (PTPTN) tanpa pengetahuan pelajar
June 30th, 2011

Saya lala (bukan nama sebenar) selaku wakil pelajar usahasama UiTM di KOLEJ SAL JB di senai hendak mengadu tentang kehilangan duit sara diri (ptptn). Saya kini adalah pelajar semester lima. Perkara ini berlaku bukan pada saya seorang sahaja tetapi rakan-rakan saya yang mengambil pinjaman ptptn juga.kami tidak menerima pinjaman pada semester empat kerana pihak ptptn menyatakan bahawa terdapat sedikit masalah dan akan mendapat duit tersebut tetapi bukan dalam waktu terdekat.

By: lala http://www.aduanrakyat.com.my/pemotongan-duit-sara-diri-ptptn-tanpa-pengetahuan-pelajar-2#more-3018

Batalkan ambilan PLKN 1 Mei 2012, demi masa depan pelajar

Posted: 17 Apr 2012 05:04 PM PDT



Pada 1 Mei 2012 ialah tarikh pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA.

Ketika ini hingga bulan Mei - Julai 2012, lepasan SPM pastinya sibuk untuk menghadiri temuduga ke IPT. Mereka harus diberi masa yang secukupnya untuk membuat pilihan kursus apa yang harus diambil, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, membuat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Sekiranya PLKN tidak dapat memastikan setiap kem PLKN ada kemudahan internet yang secukupnya untuk para pelatih menyemak permohonan mereka ke IPT dari masa ke semasa, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, mendapatkan khidmat nasihat guru kaunseling di setiap kem PLKN, membuat pemeriksaan kesihatan dan X-ray, maka adalah perlu pengambilan pelatih PLKN pada 1 Mei 2012 ini perlu dibatalkan dan dibuka hanya kepada mereka yang berminat untuk menyertai PLKN dan tidak berminat untuk meneruskan pengajian ke IPT.

Bukankah ini satu pembaziran jika ada yang mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 1-2 minggu untuk latihan PLKN atau mungkin kurang kerana persiapan untuk pemeriksaan kesihatan, urusan kumpul wang untuk mendaftar dan sebagainya?

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Berita-berita isu PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com/

Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en

Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

Posted: 17 Apr 2012 05:03 PM PDT



Harakahdaily, 18 Apr 2012

PETALING JAYA, 18 April: "Dapat juga saya jumpa Tok Guru," kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

"Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya," kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

"Saya tak minta," kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman

Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

Posted: 17 Apr 2012 05:03 PM PDT


Harakahdaily, 17 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 16 April: Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.

Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek (gambar) dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.

"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.

Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9641-kematian-di-depan-pejabat-pm-mengecewakan


Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

Posted: 17 Apr 2012 06:21 AM PDT


PENTAS WANITA

Bersama :

- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat

- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat

- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia

- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Tarikh : 22 April 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Nuffnang