Isnin, 2 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA DAN MUSLIMAT TELUK INTAN

Posted: 02 Apr 2012 07:12 AM PDT


TELUK INTAN, 2 April - Dua sayap PAS Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini. Kedua-dua dewan tersebut, iaitu Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menjalankan mesyuarat dengan lancar dan penuh dengan suasana ukhuwwah.
Ustaz Nazri Din menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Pemuda kawasan, Ustaz Abdul Fatah Awang menyampaikan ucapan aluan.
Antara pemuda yang hadir mesyuarat.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-30 telah diadakan pada 25 Mac lalu di Markaz PAS Kg. Selabak Luar dekat sini. Ia telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd. Nazri Din. Kehadiran para pemuda dari cawangan seluruh Teluk Intan amat menggalakkan.

Para perwakilan pemuda telah menerima amanat dan motivasi daripada pimpinan Pemuda negeri dan kawasan. Antara perkara yang diperbincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah persiapan pemuda untuk menghadapi PRU13 dalam mempertahankan kemenangan DUN Changkat Jong.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-22 pula telah diadakan pada 1 April yang lalu. Mesyuarat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak. Ia telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Puan Jamaliah Sudin.
AJK Muslimat negeri, Pn. Jamaliah Sudin menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua muslimat kawasan, Pn. Robiatun Abas (kanan) bersama timbalannya, Pn. Hjh. Faridah.

Sebahagian muslimat yang hadir.

Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kali ini bertema "Muslimat Pemacu Kemenangan" sebagai persiapan menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Antaranya, beliau menyentuh tentang pengukuhan kesatuan fikrah dan amal, pemantapan ilmu, pelaksanaan agenda kebajikan, dan pengorbanan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang