Selasa, 3 April 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Penduduk gagalkan cubaan mencuri tong sampah sumbangan ADN Chempaka dan MPAJ.

Posted: 03 Apr 2012 12:00 PM PDT

Seorang penduduk pangsapuri di Jalan 3/3, Pandan Indah telah mengagalkan cubaan mencuri sebuah tong sampah yang disumbang oleh Ahli Dewan Negeri Chempaka, YB Iskandar A. Samad dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut penduduk di kawasan tersebut beberapa orang lelaki telah datang dengan sebuah lori untuk mengangkat sebuah tong sampah berjenis 'leach bin'.

Apabila dicabar oleh penduduk, mereka telah memberitahu bahawa MPAJ telah mengarahkan mereka mengangkat tong sampah itu.

Walau bagaimanapun apabila penduduk tersebut mengeluarkan telefon dan berkata akan menelefon MPAJ, lelaki-lelaki itu pun melarikan diri dengan lori mereka.

Iskandar telah memuji tindakan berani penduduk dan menasihatkan mereka supaya mengawasi kehadiran orang-orang yang mencurigakan di kawasan mereka.

"Mungkin ini satu lagi usaha untuk mengagalkan pengurusan sampah di Selangor bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat", kata Iskandar yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor.

Pada 24 Mac lepas, Iskandar dan MPAJ telah menyerahkan 5 'leach bins' kepada pangsapuri-pangsapuri di kawasan tersebut. 5 lagi akan diserahkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Iskandar pernah menyumbang lebih 30 'leach bin' untuk pangsapuri dan rumah kedai di kawasan Chempaka.

Tiada ulasan:

Nuffnang