Isnin, 12 Mac 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Usul Tergempar "COPGATE"

Posted: 12 Mar 2012 09:23 PM PDT

13hb Mac 2012



YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Bangunan Parlimen

50680 Kuala Lumpur 





Tan Sri Yang di-Pertua,





PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

 Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

 Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

 "Bahawa Dewan Rakyat membincangkan tuduhan-tuduhan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membabitkan mereka dalam perlakuan jenayah yang serius yang telah didedahkan dalam laporan di laman berita internet Malaysiakini pada 11hb Mac 2012 oleh penulis Hafiz Yatim dan membuat suatu ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung untuk melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tuduhan serius tersebut dan menentukan samada tuduhan-tuduhan tersebut adalah berasas dan tindakkan susulan yang diperlukan termasuk pelucutan daripada jawatan yang disandang".

 Yang Di-Pertua,

 Seperti yang perlu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), saya kemukakan satu pemberitahu bertulis yang menerangkan perkara yang diusulkan.

 Saya berpendapat kandungan pemberitahu bertulis dengan nyata menunjukkan bahawa perkara ini melibatkan kepentingan awam.  Perkara ini juga adalah satu perkara tertentu yang melibatkan tingkahlaku Peguam Negara.  Perkara ini juga berkehendak disegerakan selepas pendedahan terbaru dan ternyata pada 11hb Mac 2012 dalam laporan Malaysiakini.

 Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

 Sekian.

 Yang benar,


SivarasaRasiah

AHLI PARLIMEN SUBANG



  

Pemberitahu bertulis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2)

1.Wartawan Malaysiakini En Hafiz Yatim telah dalam satu rencana bertarikh 11 Mac 2012 mendedahkan perbuatan jenayah oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara. Mengikut isi kandungan rencana tersebut, asasnya adalah beberapa akuan bersumpah  dan juga keterangan daripada Datuk Ramli Yusuff bekas Pengarah PDRM.

2.Jenayah yang didakwa adalah berat dan sekiranya dibuktikan benar  akan mengakibatkan perlucutan daripada jawatan serta-merta dan juga wajib dihukum dengan penjara.
3.Tuduhan yang pertama adalah Gani Patail memberi perlindungan kepada satu orang penting dalam jaringan kongsi gelap di Johor bernama Goh Cheng Poh atau "Tengku Goh".  Dia telah mencelah dalam kes ini selepas Tengku Goh dibuang negeri ke Jeli, Kelantan.

4.Satu pasukan daripda Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman di bawah Datuk Ramli Yusuff  telah mendapati selepas siasatan mereka bahawa Musa Hassan telah bersubahat denganTengku Goh dan melindungi kegiatan judi dan pinjaman wang haram beliau.  Tengku Goh dibuang Negeri ke Jeli, Kelantan.  Akan tetapi seterusnya, Tan Sri Gani Patail telah mencelah dan arahkan polis untuk menyerahkan fail  untuk kes ini di mana fail kemudiannya diserah kepada pihak BPR ( kini SPRM ).  Prosedur untuk melindungi pemberi maklumat dilanggar secara ketara dengan akibat mereka diletak dalam keadaan bahaya.   Pegawai-pegawai SPRM dituduh memaksa beberapa pemberi maklumat menukar kenyataan-kenyataan mereka dengan akibat Tengku Goh berjaya dalam kes mahkamah yang dibawa oleh beliau dan beliau terpaksa dibebaskan.


Sekiranya tuduhan ini dibuktikan, ini bermaksud Tan Sri Gani Patail telah melakukan beberapa jenayah termasuk jenayah bersubahat, jenayah bersubahat  dengan pertubuhan jenayah dan juga memalsukan keterangan.

5.Peguam Negara telah didakwa dibabitkan dalam merekacipta keterangan palsu dalam bentuk tiga lapuran perubatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan kes "mata lebam" di 1998. Di dalam kes ini, Peguam Negara  telah mengarah Dr Abdul Rahman,pakar forensic untuk merekacipta 3 laporan perubatan yang kemudiannya dimasuk dalam fail siasatan kes ini dalam percubaan untuk mempengaruhi keputusan dalam kes tersebut.

6.Peguam Negara juga didakwa terlibat dalam tindakkan rasuah dalam kes berkaitan dengan Tajuddin Ramli dan pengurusan MAS.  Dakwaan di sini adalah beliau telah memberhentikan siasatan terhadap Tajuddin Ramli padahal Ramli Yusuff selaku Pengarah CID Bukit Aman telah mengesahkan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 26.3.2007 bahawa Tajuddin Ramli telah melakukan jenayah dalam pengurusan MAS.


7.Pada peringkat ini, tidak ada kepastian samada dakwaan-dakwaan ini adalah betul atau tidak. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan ada bukit yang boleh dipercayai atau "credible" untuk menyokong dakwaan-dakwaan tersebut khususnya dakwaan merekacipta keterangan palsu dalam kes "mata lebam".


8.Justeru, adalah wajar untuk Dewan ini membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung supaya melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tingkahlaku Tan Sri Gani Patail dalam kes-kes tersebut di atas.


SIVARASA akan failkan usul tergempar berhubung AG

Posted: 12 Mar 2012 08:05 AM PDT

berita selanjutnya di sini

http://www.malaysiakini.com/news/191787

Sivarasa's response re: "COPGATE"

Posted: 12 Mar 2012 07:50 AM PDT

Minister Hishamuddin's response to Malaysiakini's report on on how informants giving information to the police on Johor underworld kingpin Tengku Goh were forced by ACA officers to change their statements leading to the outcome that Tengku Goh succeeded in his habeas corpus and was freed is the classic ostrich placing its head in the sand.  He response of "prove it, prove it" is typical "in denial" behaviour. Most unbecoming of a Minister purportedly educated in the law.

A responsible response would have been to suggest that perhaps besides making allegations in a newspaper report , that a police report should be lodged. Better still, that he had directed the police to lodge a report so that investigations could be launched as to whether the allegations were true.  After all, the allegations on first blush were credible because Malaysiakini was saying they had the documentary evidence in the form of statutory declarations. Very rarely does it get as good as that.

Hishamuddin's simple-minded response has a strong irresponsible element.  Mkini's expose show that  there are two conflicting versions – the version uncovered by Commercial Crime Investigation Department  led by Ramly Yusuff showing that Musa Hassan whilst Johor CPO ( before he became IGP in 2006) was in cahoots with Tengku Goh running gambling and money-lending syndicates.  The other version supposedly uncovered by the then ACA said that the allegations against Tengku Goh were fabricated . This version led to 6 police officers supposedly making these false allegations being charged – but the Court hearing the charges found them so flimsy it did not even call for their defence. And sitting in the middle of all this is the albatross of the AG Gani Patail who supposedly  pulled the file from the CCID and passed it to the ACA.

Surely the Minister must see the obvious point staring at us all – that an independent inquiry was urgently needed to unearth the truth. 

Surely he must see that the last thing a responsible Minister must do is to ask investigative journalists to provide him "proof" before he takes action.  Journalists do not run investigation departments or courts –they unearth issues for Ministers like him to act on.

The inquiring public will next ask – is Hishamuddin deliberately missing the point?  What is his interest in covering up the matter?   

Sivarasa Rasiah
Member of Parliament Subang

Tiada ulasan:

Nuffnang