Jumaat, 30 Mac 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TAUKEH TEMPE RAMAL BN SUSAH NAK MENANG DI LIMA NEGERI

Posted: 30 Mar 2012 06:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

"Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

"Negeri-negeri ini dalam bahaya," kata Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi "bandar" akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

TAKZIAH DARI PAS PERAK ATAS KEMANGKATAN RAJA KECIL SULONG PERAK, YANG MULIA AL MARHUM RAJA ASHMAN SHAH

Posted: 30 Mar 2012 05:34 AM PDT


Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawall 1.30 pagi tadi.

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln's Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya' dan solihin, Ameen.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )

ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI DESA BAKTI

Posted: 30 Mar 2012 02:26 AM PDT


TELUK INTAN, 30 Mac - ADUN Changkat Jong meneruskan program bertemu rakyatnya melalui Program Ziarah Jumaat yang dibuat secara mingguan. Minggu ini, YB Anuar Sudin solat Jumaat di Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti dekat sini.

Kehadiran beliau di sana telah disambut mesra oleh para ahli jemaah di sana. Kemudian beliau telah dibawa menziarahi seorang pesara yang terkena angin ahmar. Turut bersama YB Anuar ialah Ketua PAS Cawangan Desa Bakti, Sdr. Farid Al Jarumi, Naib Ketua cawangan Ustaz Abdul Wahab Dawam serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Cawangan Desa Bakti. 
Sdr. Huzir terharu menerima kehadiran YB Anuar.

Antara ahli rombongan Ziarah Jumaat di Desa Bakti.

Saudara Huzir, 61, menderita sakit stroke lapan bulan lepas di bahagian kanan badannya. Beliau yang telah bersara tiga tahun lepas adalah bekas kakitangan di Pejabat Daerah di Teluk Intan. Beliau berasa amat terharu apabila menerima kehadiran YB Anuar serta pimpinan PAS cawangan. Di dalam pertemuan tersebut YB Anuar mengambil peluang menyampaikan beberapa perkara berkaitan agama seperti cara berwudhu dan bersolat bagi orang sakit. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Huzir.
Warga emas Tionghua ini sedang menceritakan masalah kesihatannya.

Menzirahi seorang penduduk di Desa Bakti.

Selepas itu, YB Anuar telah singgah sebentar di rumah seorang warga emas Tionghua. Kehadiran wakil rakyat itu juga telah disambut baik oleh warga emas berusia 75 tahun itu. Kemudian, ADUN Changkat Jong telah menzirahi seorang bekas kakitangan Telekom yang menderita sakit 'spinal mascular', Sdr. Faza, 56.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang