Jumaat, 2 Mac 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


YB sempurnakan majlis penyampaian hadiah memancing

Posted: 02 Mar 2012 02:45 AM PST



Tok Pong : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah sempat meluangkan masa bersama penduduk tempatan dalam satu pertandingan memancing ikan sungai di Kampung Tok Pong petang tadi.

Beliau juga sempat mencuba memancing ikan bersama-sama dengan peserta.

Dalam majlis itu juga Ustaz Mohd Nor meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan tazkirah kepada penduduk setempat

Beliau mengingatkan masyarakat bahawa semua yang ada di dunia ini tak kira binatang atau manusia, semuanya adalah milik mutlak Allah.

Oleh itu hendaklah masyarakat bertindak selari dengan kehendak Allah.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan termasuklah meneka biji betik dan juga hadiah bagi cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah adalah sumbangan PAS Cawangan Tok Pong.

Pihak penganjur merasa amat puashati atas kehadiran peserta dan juga penonton.

Dianggarkan kira-kira 400 orang penduduk hadir sebagai peserta ataupun penonton.

Khalid tidak tertekan

Posted: 01 Mar 2012 09:01 AM PST

Bukit Payong : Ahli Parlimen Shah Alam, Yang Berhormat Khalid Samad menafikan yang beliau sekarang dalam keadaan tertekan dengan apa yang dipanggil sebagai siri pendedahan oleh Datuk Dr Hassan Ali.

Apa yang dihebahkan didalam ceramah-ceramah beliau adalah tidak lain hanya untuk menyelamatkan masyarakat daripada tertipu dengan cerita versi Hassan Ali.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang sikap beliau yang kelihatan akhir-akhir ini selalu menyentuh isu berkaitan Dr Hassan Ali dalam kebanyakkan ceramah-ceramah beliau.

Sedangkan sedikit masa dulu, beliau ada menyatakan hasrat seboleh-bolehnya tidak mahu lagi melayan karenah Dr Hassan Ali.

Menurut beliau masyarakat juga perlu tahu apa sebenarnya yang terjadi dari pihaknya juga, tidak hanya cerita sebelah pihak Dr Hassan sahaja.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor takut negeri Selangor akan tergadai apabila rakyat percaya dengan cerita Dr Hassan Ali.

Sambil mengulangi penafian tertekan dengan tindakan Dr Hassan itu, beliau yakin bahawa beliau sedang melakukan perkara yang betul iaitu terpaksa menjelaskan kepada rakyat cerita yang sebenarnya.

"Rakyat perlu tahu dari mana Dr Hassan mendapat dana.

Saya hairan dengan kapasiti dia yang mana dikatakan sebanyak RM87 ribu telah dibelanjakan bagi menjayakan program-program dia," ujar beliau.

Dalam satu lagi soalan berkenaan keputusan mahkamah yang mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam bersalah atas tuduhan salah guna wang, beliau yakin itu hanyalah sebagai "washing machine" kepada BN.

Khalid berpendapat ianya hanya untuk memberikan gambaran bahawa mahkamah di Malaysia sudah bersih.

Baginya juga, yang ditangkap itu hanyalah ikan bilis yang kecil, manakala jerung yang besar masih selamat.

Semalam ahli parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri telah didapati bersalah oleh mahkamah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu dalam pidatonya semalam, Khalid telah menggunakan hampir keseluruhan masa ceramah beliau untuk memberitahu cerita sebenar antara beliau dan Hassan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau mengadakan ceramah di Kampung Paya Resak di sini semalam bersama dengan YB Chan Meng Kai ADUN Simpang Pulai, Perak dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah wakil rakyat DUN Bukit Payong.

Beliau juga mempersoalkan idea "Third Force" yang dicanangkan oleh Dr Hassan, hanya mengkritik Pakatan Rakyat sahaja sedangkan BN tidak pula disentuh oleh Dr Hassan.

"Kalau hendak menjadi "Third Force" dia sepatutnya mengkritik PR dan juga BN, kemudian tonjolkan kelainan idea beliau daripada kedua-duanya.

Inilah baru dikatakan sebagai "Third Force"," tegas beliau.

Beliau mengakhiri ceramah beliau dengan menegaskan bahawa Dr Hassan Ali telah berbohong dengan semua tuduhannya terhadap PAS.

Sementara itu dalam ceramah yang sama, ADUN Simpang Pulai Encik Chan Meng Kai (kiri) pula menyeru kepada pengundi melayu agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat tanpa mengira bangsa calon.

Berpakaian baju melayu berwarna hijau dan bersongkok, beliau mengimbau perjuangan beliau yang kira-kira telah lebih dari 13 tahun, pernah dimarahi oleh bangsanya sendiri kerana menyokong PAS.

Akan tetapi atas dasar yakin dan percaya bahawa PAS bukanlah parti yang ekstrim agama seperti yang didakwa oleh rakan-rakannya, maka sekarang beliau telah melihat kebenaran atas keyakinannya itu.

Sehingga kini menurut beliau, sudah ramai kaum cina yang menyokong PAS.

Malah beliau merasa sedikitterkilan apabila ramai melayu yang tidak menyokong perjuangan PAS.

Maka kepada pengundi-pengundi melayu yang masih ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada PAS, beliau menyeru kepada mereka agar tidak takut untuk menyokong PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Tiada ulasan:

Nuffnang