Ahad, 4 Mac 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Amalkan Politik Islam Bukan Injak Lawan Untuk Menang, Kata Mufti Selangor

Posted: 04 Mar 2012 04:07 AM PST

The Malaysian Insider

Menyokong gesaan agar gejala keganasan politik dihentikan, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan insiden itu boleh diatasi sekiranya parti politik ikhlas dalam perjuangan selain berpegang kepada prinsip Islam.

Kelmarin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip "negara barakah".

Menurut Presiden ABIM Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.

Jelas Tamyes, politik jika diamalkan dengan tertib dan teratur segala insiden tidak baik termasuk keganasan politik tidak akan berlaku.

Beliau menambah walaupun ada yang beranggapan politik bukan sesuatu yang sihat namun ia turut diamalkan Islam.

“Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur… Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

“Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

“Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat…menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

“Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan,” katanya.

Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

“Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

“Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam…berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian,” katanya.

Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

Negara Muflis Kerana Boros, Bukan Gaji Minimum

Posted: 04 Mar 2012 01:55 AM PST

Harakah

Malaysia akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis kerana perbelanjaan yang terlalu boros bukannya pelaksanaan dasar gaji minimum sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir Mohamad.

Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob berkata, perbelanjaan boros kerajaan antara faktor yang meyakinkan negara ini bakal menjadi muflis seperti yang berlaku di Greece.

Jelasnya, kerajaan hari ini berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa berhutang malah hutang itu meningkat tiap-tiap tahun.

“Ini mungkin berlaku kepada kerajaan Malaysia kerana lebih 10 tahun perbelanjaan kerajaan terus defisit. Defisit berterusan inilah yang boleh membankrupkan negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Kenyataan Dr Rosli itu sekali gus menyangkal dakwaan Tun Mahathir yang membayangkan negara akan munflis ekoran pelaksanaan dasar gaji minima bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengetengahkan dasar gaji minimum di dalam bajet alternatifnya, usaha ini mendapat sambutan baik rakyat akhirnya kerajaan terpanggil untuk melaksanakan dasar itu.

Kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurut Dr Rosli, sebarang kenaikkan gaji melebihi kadar produktiviti pekerja adalah tidak wajar berlaku kerana ia akan merugikan majikan.

Bagaimanapun, katanya, jika kadar gaji selaras dengan produktiviti pekerja atau lebih rendah daripada kadar produktiviti maka keadaan ini tidak akan merugikan majikan.

Apa yang berlaku hari ini, jelasnya kenaikan produktiviti yang membawa pertambahan keuntungan kepada majikan dibolot semua oleh majikan tanpa dikongsi dengan pekerja.

Oleh yang demikian, katanya, polisi gaji minima yang mengambil kira pertumbuhan produktiviti adalah jalan terbaik bagi memulihkan pekerja dan majikan, sama-sama berkongsi dari hasil pertumbuhan produktiviti.

Justeru, katanya, kenyataan Tun Mahathir adalah satu kenyataan am seolah-olah penentuan gaji minima akan lebih tinggi daipada produktiviti pekerja.

“Ini tidak mungkin berlaku biasanya kadar gaji minima yang ditentukan oleh majikan adalah lebih rendah daripada nilai produktiviti pekerja. Mungkin gaji minima yang ditetapkan berdasarkan produktiviti inilah boleh bankrupkan negara,”katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang