Ahad, 5 Februari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 04 Feb 2012 02:19 AM PST

BELUM MAMPU TAWAN SELANGOR!!! Program Najib, Muhyiddin gagal rampas Selangor - Khir Toyo

Pengundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja
SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.
Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.
"Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.
"Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

"Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.
52 peratus pengundi bukan Melayu


Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.
Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.
"Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya.
Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.
Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Pusingan akhir


Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.
"Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.
"Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya.
Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN.
Penyapu bukan sial


"Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas," kata beliau.
Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India.
Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan.
"Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah," katanya. 

 __________________________________________________
Saya angkat ke blog ini untuk pertimbangan pembaca. Saya setuju BN sukar tawan semula Selangor! Cuba cari di mana kekurangannya kenyataan mantan MB ini...


-EBDSM



Posted: 04 Feb 2012 01:56 AM PST

Hubungan Malaysia-Israel

Bahan bacaan ini walaupun panjang ia memberikan banyak maklumat untuk pembaca memahami secara mendalam tentang isu Israel yang kerap dibangkitkan seminggu ini. Semoga ia menjadi sedikit panduan pada semua pembaca. - Editor


Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia.Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Isi kandungan

Latar belakang

Jarak negara Israel dengan Malaysia sangat jauh. Majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang berugama Islam. Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.
Dalam al Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul dari keturunan Israel seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ishak a.s., Nabi Musa dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhammad keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitul Maqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah oleh Nabi Muhammad.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan melawat negara Israel

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya.Sebelum ini, negara-negara lain seperti China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari "LiewCF.com Survey 2006" kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.
Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Israel proksi Amerika Syarikat

Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut.Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak 1948.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Iarael dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Perang Arab Israel

Malaysia berpendapat Perang Arab Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Iarael-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Kesrelamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun , penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.

Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel. Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.

Kekeliruan sejarah

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu beragama Islam, maka mereka dilihat lebih menyokong Arab/Palestin yang majoritinya beragama Islam.

Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang Israel-Palestin. Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hizbullah sahaja.

Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.

Israel dan Freemason

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil parti PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. [2]

Kerjasama ketenteraan Singapura-Israel

Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.

Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[3]

Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu.Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaan di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [4]

Pada November [1986]] ,Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.

Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan perdana menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia. [5]

Peranan Dr Henry Kissinger

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987 ,pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan Steven Spielberg . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.[6][7]

Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]

Pertemuan pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" . [9] [10]

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Wolfowitz , seorang Yahudi Amerika.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11][12]

Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia]] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[13]

Yahudi menguasai dunia

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan barani mati. Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi ( Ini dinyatakan oleh Tun M dilaporkan akhbar Utusan Malaysia)  [14]Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semetic. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini. Tetapi mereka mengawal dunia. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi.[15] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [16]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [17]

Era Najib Tun Razak

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [18]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [19]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[20][21]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada 'programmer' tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[22] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[23][24].

Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.
[25]

Rujukan bernombo

Tiada ulasan:

Nuffnang