Ahad, 26 Februari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


YB Salahuddin Ayub 29 Feb 2012 di Lenggeng, N.Sembilan

Posted: 25 Feb 2012 08:44 PM PST


CERAMAH UMUM

Tarikh : 29 Feb 2012, Rabu

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

~ YB Salahuddin Ayub - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Naib Presiden PAS Pusat

~ YB Cha Kee Chin - ADUN (DAP) Bukit Kepayang , Seremban

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Pemaju sengaja bina rumah mahal untuk warga asing

Posted: 25 Feb 2012 07:57 PM PST


Pemaju sengaja bina rumah mahal untuk warga asing

Februari 25, 2012

"Akibatnya banyak rumah baru yang dibeli oleh warga sing tersebut," kata PAS.

PETALING JAYA: PAS mendakwa pemaju sengaja menaikkan harga rumah di wilayah Iskandar Malaysia bagi membolehkan warga asing terutama Singapura membeli rumah berkenaan.

Zulkifli Ahmad mendakwa, pemaju lebih berminat membina rumah mahal untuk membolehkan warga asing membeli rumah berkenaan.

Kerajaan Johor pada awalnya telah mensyaratkan warga asing boleh membeli rumah pada harga RM350, 000 ke atas.

Bagaimanapun, kadar itu telah dinaikkan kepada RM500, 000 berikutan begitu ramai rakyat Singapura yang membeli rumah di kawasan pembangunan tersebut.

"Tetapi pemaju memfokuskan pembinaan rumah-rumah mahal yang melebih RM500, 000 untuk memboleh warga asing membeli rumah mereka.

"Akibatnya banyak rumah baru yang dibeli oleh warga sing tersebut," kata beliau.

`Ramai miskin'

Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005 merupakan mercu tanda baru di Johor membabitkan daerah-daerah utama negeri itu dan dijangka siap sepenuhnya pada 2005.

Bagaimanapun, pembangunan besar-besaran itu turut mengakibatkan sebahagian penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Kira-kira 50 penduduk Taman Desa Paya Mengkuang di Nusajaya bakal kehilangan rumah kerana telah mendapat perintah mahkamah untuk mengusir mereka kerana tidak membayar sewa rumah.

"Pemaju yang mengambil tanah asal dan menjanjikan rumah baru percuma di Paya Mengkuang tetapi penduduk diminta bayar sewa.

"Sepatutnya rumah itu percuma kerana tanah mereka diambil oleh pemaju," kata beliau.

Zulkifli menambah, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk yang teraniaya itu.

"Ramai juga orang miskin di sini (Iskandar Malaysia)," tambahnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/25/pemaju-sengaja-bina-rumah-mahal-untuk-warga-asing/

YB Dr Hatta Ramli 27 Feb 2012 di Seremban

Posted: 25 Feb 2012 07:54 PM PST


CERAMAH UMUM

Tarikh : 27 Feb 2012, Isnin

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

~ Dr Mohd Hatta Ramli - Ahli Parlimen Kuala Krai/Pengarah Jabatan Pilihjanraya PAS Pusat

~ Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ketua Angkatan Muda KeADILan

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Tiada ulasan:

Nuffnang