Isnin, 20 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PROGRAM PENERANGAN BERSAMA KETUA WANITA DHPP PUSAT

Posted: 20 Feb 2012 07:05 AM PST


TELUK INTAN, 18 Februari - Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan Program Penerangan Bersama Cik Kumutha Raman, Ketua Wanita DHPP Pusat. Program tersebut juga adalah kerjasama dengan DHPP Teluk Intan. Turut serta ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Timbalan Ketua Muslimat kawasan, Pn Hjh. Faridah bersama Ketua Wanita DHPP Teluk Intan (kanan sekali).

Jamuan disediakan oleh muslimat.

Program penerangan berbentuk ceramah kelompok tersebut lebih kepada fokus kepada lokasi-lokasi yang terdapat kaum India. Sebanyak empat lokasi telah dipilih iaitu Bt. 3 Setengah Jln. Changkat Jong, Bt. 12 Jalan Bidor, Taman Muhibah Bt. 6 dan Taman Metah di Jalan Maharajalela dekat sini. Ia bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir ke lokasi terakhir pada jam 7.30 malam.
Ceramah kelompok di Batu 3 Setengah.

Dialog di Batu 12.

Lokasi ceramah kelompok di Taman Muhibah, Batu 6.

YB Anuar berceramah di Taman Metah, Jalan Maharajalela.

Cik Kumutha dan YB Anuar Sudin telah menyampaikan penerangan berkisar perjuangan kaum India serta isu-isu semasa dan perkembangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Setiap kali selesai ceramah, para penduduk juga dapat berdialog dengan penceramah. Secara keseluruhannya, sambutan yang diberikan adalah sangat baik dan ramai yanng berharap agar program penerangan seperti dapat dijalankan lebih kerap lagi.



YB Anuar Sudin dan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh sempat menziarahi warga emas India yang kena strok di Taman Muhibah Bt. 6.

Pada sebelah malamnya pula, kedua-dua penceramah tersebut telah bersama-sama berceramah di Taman Desa Bakti dekat sini. Kehadiran pada malam tersebut juga begitu menggalakkan.
Cik Kumutha menyampaikan ceramah di Taman Desa Bakti.

NYDP PAS Teluk Intan, Sdr. Ahmad Kabir turut menyampaikan ceramah.

YB Anuar dengan gaya bersahaja menyampaikan ceramah yang penuh dengan fakta.

Ramai yang hadir terutamanya kaum India.


intanhijau.blogspot.com

ADUN CHANGKAT JONG HADIR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted: 20 Feb 2012 06:30 AM PST


TELUK INTAN, 19 Februari - Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, banyak surau dan masjid yang meraikannya. Bagi ADUN Changkat Jong, beliau juga turut sibuk memenuhi jemputan menghadiri sambutan kelahiran Junjungan Besar SAW.

Baru-baru ini, beliau telah sempat menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Surau Kg. Pisang, Batak Rabit dekat sini. Pada malam tersebut, penceramah undangan yang telah dijemput ialah seorang pensyarah dari Universiti Malaya yang juga merupakan seorang pendakwah yang kerap keluar di dalam program keagamaan di beberapa stesen televisyen negara iaitu Dr. Roslan Mohammad.
Ustaz Roslam menyampaikan ceramah yang menarik.

Sambutan begitu baik.


Sebelum ceramah, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah diberi peluang menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang begitu ramai memenuhi perkarangan surau. Antara isi ucapan beliau ialah beliau menyeru umat Islam agar mendalami ilmu agama khususnya yang berkaitan dengan urusan harian untuk dijadikan panduan. Pada masa yang sama, umat Islam tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang adil dan cinta kepada Allah SWT.

"Kita perlu sedar bahawa pemimpin negara dilantik oleh rakyat dan adalah sewajarnya rakyat tidak boleh takut kepada pemimpin. Jika pemimpin melakukan kemungkaran dan kezaliman maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat menurunkan pemimpin tersebut, " tegas beliau lagi.

Sementara itu, di dalam ceramah, Ustaz Dr. Roslan banyak mengaitkan sirah Nabi SAW dengan kehidupan harian umat Islam zaman kini.

intanhijau.blogspot.com

SENTIASA SEGARKAN PERJUANGAN - DR. MUJAHID

Posted: 20 Feb 2012 04:28 AM PST


TELUK INTAN, 15 Februari - Perjuangan PAS perlu sentiasa disegarkan demikian dinyatkankan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa semasa membentangkan kertas kerja beliau di dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Program telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik turut hadir.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, proses penyegaran perjuangan parti ini sentiasa berjalan sejak parti itu diterajui oleh kepimpinan ulama hingga kini di bawah pimpinan Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Menurut beliau, untuk merealisasikan perjuangan yang segar setiap pimpinan dan ahli perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam merangka perjalanan parti. Menurut beliau lagi, penubuhan Kelab Penyokong PAS dan kini dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan salah satu contoh inovatif terbaik daripada pimpinan PAS Pusat.

"PAS perlu terus segar dan relevan agar tidak menjadi dinasour yang pupus kerana tidak mahu berubah," ujar beliau.
Kehadiran yang menggalakkan sehingga penuh ruang dewan markaz.
Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh serta AJKnya turut hadir.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional menyatakan, pimpinan dan ahli jangan menyempitkan perjuangan parti dengan mengekslusifkan parti daripada masyarakat. Di samping itu, pemimpin parti juga perlu berjiwa besar dalam memastikan kelahiran pimpinan pelapis yang mungkin mereka lebih baik daripada pemimpin yang lama.
Sdr. Richard Wong turut hadir.

Antara AJK DHPP Teluk Intan yang hadir.

ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar Sudin berbincang dengan YB Mujahid.

Beliau juga meminta pimpinan dan ahli PAS menggunakan simbol-simbol yang membawa kepada kepentingan nasional seperti bendera, lagu kebangsaan supaya PAS dapat dilihat sebagai sebuah parti yang mampu diterima oleh semua lapisan rakyat.

Dr. Mujahid juga telah membentangkan aspek kepartian, isu semasa serta motivasi pilihan raya kepada para hadirin yang telah memenuhi segenap ruang dewan markaz.
Sebahagian muslimat yang hadir.
YB Mujair bersalaman dengan hadirin.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang