Selasa, 17 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Apa dah jadi dengan insentif peneroka Felda Bukit Rokan Utara?

Posted: 16 Jan 2012 10:28 PM PST



Apa dah jadi dengan 'insentif' peneroka Felda Bukit Rokan Utara?
17 Jan 2012 - Aduan Rakyat Online

Baru-baru ini PM mengumumkan 'insentif' kepada peneroka Felda akan dibayar pada penghujung Disember 2011. Rasionalnya, sudah tentu apabila pengumuman seperti ini dibuat, pihak yang bertanggungjawab telah bersiap sedia dengan pelan tindakan yang bakal diambil. (Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan)

Tetapi malangnya ketika saya pulang ke kampung halaman di FELDA BUKIT ROKAN UTARA pada minggu lepas, saya dimaklumkan oleh ayah bahawa beliau masih lagi menunggu pembayaran insentif seperti yang diumumkan.

Betapa kecewanya beliau dan beberapa orang penduduk lain kerana merasakan diri mereka dipersendakan. Sebagai anak yang juga generasi kedua di tanah rancangan Felda ini, saya turut merasakan kekecewaan itu. Apalagi ketika pihak atasan Felda sedang ghairah menjanjikan masa depan yang 'indah' untuk peneroka Felda.

Menurut beliau, beberapa penduduk yang lain telah beberapa kali cuba menanyakan dengan pihak pengurusan, malangnya alasan yang diberi adalah tidak menasabah. Sukar untuk diterima dalam kemodenan teknologi hari ini, sistem maklumat dan 'documentation' mengalami masalah. Apalagi setelah mendiami tanah rancangan Felda ini lebih 35 tahun. Bagaimanakah pentadbiran dijalankan selama ini? Kemana hilangnya rekod?

Jika pun benar sistem bermasalah, apakah tindakan yang diambil selama hampir 2 minggu berlalunya tarikh yang dijanjikan? Persoalan lain yang wujud ialah mengapa tidak ada penerangan yang jelas daripada pihak yang bertanggungjawab?

Biarpun hidup jauh di pendalaman, sesungguhnya mereka ini tidak bodoh! Saban hari media arus perdana sering menggambarkan Felda sebagai sebuah konglomerat yang gah dan hebat. Tak kan lah isu sebegini tidak mampu ditangani dalam tempoh yang singkat?

Jadi, bagaimana para peneroka ini nak mendapat keyakinan bahawa hak mereka akan terbela jika penyenaraian di bursa saham dilaksanakan?

By: Khairul Anuar Latip

http://www.aduanrakyat.com.my/apa-dah-jadi-dengan-insentif-peneroka-felda-bukit-rokan-utara


Rabu Disember 28, 2011
Peneroka Felda Sambut Baik Pemberian Bonus Dan Insentif

TANAH MERAH: Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun ini.

Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini.

"Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama lagi. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/28/mstar_berita/20111228153215&sec=mstar_berita

Pelajar Sekolah Indonesia boleh buat kapalterbang

Posted: 16 Jan 2012 08:22 PM PST



Satu tamparan yang hebat bukan hanya kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia, tetapi kepada para mahasiswa serta mahasiswi kita di IPT juga terhadap dasar pelajaran kebangsaan. Kini para pelajar di sebuah sekolah menengah di Indonesia telah menghasilkan sendiri pesawat terbang. Menariknya, kos pembikinan kapal terbang 4 tempat duduk ini hanya sekitar RM 350,000 sahaja.

Program Pesawat J-430 Rakitan SMKN 12 Bandung Tinggal Uji Terbang
Rabu, 11 Januari 2012

Metrotvnews.com, Bandung: Inovasi sekolah menengah kejuruan (SMK) di Indonesia, ternyata tak sebatas pembuatan mobil. Perakitan pesawat terbang pun sudah mampu dilakukan anak-anak bangsa. Seperti yang dibuktikan siswa-siswa SMK Negeri 12 Bandung, Jawa Barat. Mereka sudah mampu merakit pesawat terbang non-komersial yang dinamai Jabiru.

Jabiru atau J-430 dibuat para pelajar SMKN 12 Bandung dengan kapasitas empat orang penumpang. Pesawat ini berfungsi untuk kegiatan pertanian, seperti penyiraman ladang, penyemprotan pupuk, dan pembasmi hama. Selain itu pula dapat digunakan untuk pertunjukkan akrobatik udara.

Meskipun pesawat Jabiru tergolong mungil, pesawat itu mampu mengangkut beban hingga 700 kilogram di ketinggian 9.000 kaki dengan daya jelajah mencapai 400 km jika tangki bensin penuh atau bisa terbang selama 4 jam tanpa henti.

Menurut Tedi Rosadi, guru SMKN 12 Bandung yang juga koordinator perakitan pesawat terbang, pesawat mulai dirakit sejak Februari 2011 dan selesai Juni 2011. Pesawat terdiri dari instrumen mesin Jabiru 3.300 cc. Bahan bakar pesawat memakai oktan 95, avtur atau pertamax plus dengan kapasitas 35 liter.

Pesawat berkapasitas empat penumpang, termasuk pilot dan kru, itu dibuat untuk memenuhi fungsi utama yakni pendidikan. Di antaranya, untuk latihan terbang, perawatan mesin, serta mengenal struktur dan mesin pesawat.

Jabiru-430 dibuat melibatkan 33 siswa dari kelas 11 dan kelas 12 berbagai jurusan di SMKN 12 Bandung, di antaranya siswa jurusan kontsruksi badan pesawat, konstruksi rangka pesawat, elektronik, pesawat udara, dan kelistrikan.

Biaya untuk membuat satu pesawat tersebut menelan sekitar Rp1 miliar. Sayangnya, meski pesawat sudah jadi dan siap terbang, pihak SMKN 12 belum bisa melakukan uji coba terbang karena masih terkendala perizinan, sertifikat dan registrasi penerbangan dari Kementerian Pehubungan. Lagipula, SMKN 12 sebagai lembaga pendidikan tidak bisa langsung mengajukan izin. Izin bisa dilakukan lembaga penerbangan.(DSY)

http://metrotvnews.com/read/newsvideo/2012/01/11/143168/Pesawat-J-430-Rakitan-SMKN-12-Bandung-Tinggal-Uji-Terbang

YB Dr Hatta Ramli 18 Jan 2012 di Seremban

Posted: 16 Jan 2012 08:21 PM PST

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Dr. Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya PAS Pusat)
Saudara Sani Hamzan (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pengundi Muda Pemuda PAS Malaysia)
YB Mohd Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan).
Tarikh : 18 Jan 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD PAS Lenggeng, Taman Panchor Jaya - Fasa 7, Seremban

Semua dijemput hadir

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 16 Jan 2012 07:06 PM PST

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan "Enakmen Kebebasan Maklumat" bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Tiada ulasan:

Nuffnang