Sabtu, 28 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


(ada video) PROGRAM GERAK TAWAN PERAK ZON SELATAN BERJAYA

Posted: 28 Jan 2012 08:33 AM PST


TELUK INTAN, 28 Januari - Program Gerak Tawan Perak anjuran PAS negeri Perak telah diadakan di zon selatan khususnya di kawasan Teluk Intan. Program selam dua hari itu telah menyediakan pelbagai program menarik bagi menimbulkan gelombang rakyat melalui slogan kempen PAS Perak yang baharu iaitu Perakite : Rakyat Sepakat, Perak Berkat.





Program bermula pada hari pertama (27 Januari) dengan ceramah umum di Taman Cicely Jaya, Teluk Intan yang membariskan barisan penceramah seperti YB Khalid Samad, Ustaz Misbahul Munir, Dr. Muhaimin dan YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.  Kehadiran orang ramai pada malam ceramah begitu menggalakkan terutamanya  ramai yang ingin mendengar sendiri maklumat sebenar tentang hal negeri Selangor.
Ustaz Misbah menyampaikan kuliah Maghrib di Taman Desa Bakti.

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Nuri di Cicely.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti dekat sini. Antara kandungan kuliah beliau ialah tentang konsep taqwa yang sebenar.

Keesokannya, program bermula dengan Ketua Penerangan negeri Ustaz Nuri Al Amin menyampaikan kuliah Subuh di Surau Diri Jumaat Taman Cicely dan Ustaz Misbah pula menyampaikan kuliah Subuh di Chenderong Balai bagi kawasan Pasir Salak.
Ustaz Nuri bersarapan bersama ahli jemaah surau di kedai minum.
Selepas kuliah Subuh, pimpinan PAS negeri tersebut dibawa minum bersama orang ramai di kedai minum.
Ustaz Abu Bakar dan pimpinan parti sedang berbual dengan seorang peniaga.



YB Anuar dan Ustaz Abu Bakar bertanya khabar seorang pengunjung pasar.

Muslimat tidak ketinggalan mengedarkan risalah.

Ustaz Nuri menyantuni seorang peniaga di pasar.

Ada sesuatu yag menarik diperkatakan Ustaz Abu Bakar.


Seterusnya, pada pukul 9.00 pagi, program edar risalah telah dilakukan di Pasar Besar Teluk Intan. Ia diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin serta isteri. Turut serta ialah Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam, Ketua Penerangan Ustaz Nuri Al Amin dan AJKnya, Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri beliau Pn. Hjh. Faridah Rajiah. Turut mengiringi ialah para pemuda PAS.
Bergambar beramai-ramai di hadapan pasar.

Setelah lebih sejam mengedarkan risalah, rombongan pimpinan negeri telah bertolak menuju ke Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak untuk majlis Pelancaran Gerak Tawan Perak (GTP) dan slogan Perakite: Rakyat Sepakat, Perak Berkat. Program tersebut telah dihadiri oleh para penggerak jentera pilihanraya ketiga-tiga kawasan Teluk Intan, Bagan Datoh dan Pasir Salak.
Timbalam Ketua Penerangan Sdr. Rosdi mempengerusikan majlis pelancaran.




Di dalam ucapan aluannya, pengarah program Ustaz Misbah  telah menyatakan kesyukurannya kepada Allah swt kerana GTP peringkat zon selatan tersebut telah dapat berjalan lancar walaupun ada beberapa program tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Beliau meletakkan harapan agar GTP peringkat kedua dapat dijalankan dengan perancangan yang lebih baik lagi.



Seterusnya Ketua Penerangan negeri, Ustaz Nuri telah membentangkan kertas kerja Gerak Tawan Perak dan slogan Perakite. Kemudian, Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri, Sdr. Salman Salleh telah menyampaikan taklimat tentang gerak kerja pilihanraya.



Akhir sekali, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin telah menyampaikan ucapan. Antaranya, beliau berharap setiap jentera pilihanraya peringkat kawasan dan UPU agar dapat memperkasakan strategi serta meneruskan program-program kebajikan dan kemasyarakatan di samping tidak melupakan aspek gerak kerja dakwah yang berjalan seiring dengan gerak kerja politik.

intanhijau.blogspot.com

ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI TAMAN MELOR

Posted: 28 Jan 2012 07:10 AM PST


TELUK INTAN, 27 Januari - Minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menunaikan solat Jumaat di Surau Diri Jumaat Al Maidah, Taman Melor. Ini merupakan siri Ziarah Jumaat dilakukan oleh beliau ke seluruh masjid sekitar kawasan DUN Changkat Jong.

Beliau telah ditemani oleh Pembantu Khas ADUN, Hj. Mohammad Akram Mohd. Ayub. Seperti biasa, kehadiran wakil rakyat tersebut telah disambut baik oleh ahli jemaah surau. Selesai sahaja solat Jumaat, beliau telah dibawa menziarahi dua buah rumah di Taman Melor.
Pn. Hjh. Aminah bersama cucu-cucunya.

YB Anuar menyampaikan sumbangan.


Rumah pertama yang dilawati ialah rumah seorang warga emas yang menderita lumpuh hampir 20 tahun. Puan Hjh. Aminah yang juga merupakan seorang ibu tunggal kini tinggal di rumah anaknya. Di samping mendengar masalah, YB Anuar juga telah menyampaikan sumbangan kepadanya.
Hj. Zul ceria menyambut kehadiran YB Anuar dan Hj. Akram.

Hj. Akram berbual rancak dengan Hj. Zul.


Seterusnya YB Anuar telah menziarahi rumah seorang warga emas yang dikenali sebagai Hj. Zul yang berusia 85 tahun. Walaupun telah berusia lanjut namun kesihatan beliau masih baik. Keramahan beliau telah merancakkan perbualan beliau dengan YB Anuar dan pembantu khas YB. 

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang