Isnin, 9 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG DI PULAU GANDA SULI

Posted: 09 Jan 2012 06:04 AM PST


TELUK INTAN, 7 Januari - Demi merealisasikan 'DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera' maka ADUN Changkat Jong telah meneruskan misi kebajikan dengan mengadakan program Ziarah Rakyat di Pulau Ganda Suli yang merupakan antara tempat yang paling jauh di dalam kawasan Changkat Jong. Ia bersempadan dengan kawasan Sungai Besar, Selangor yang mengambil masa hampir sejam perjalanan.

Rombongan Ziarah Rakyat dari Teluk Intan terdiri daripada pimpinan PAS kawasan Teluk Intan, Pemuda dan Muslimat kawasan. Ia juga turut diserta oleh pimpinan PAS cawangan Sg. Samak dan Sg. Manila serta penduduk di Pulau Ganda Suli.
Berbincang dengan wakil penduduk Pulau Ganda Suli.



Sebanyak 11 buah rumah telah dilawati. Antara penduduk kampung yang dilawati adalah dalam kalangan warga emas, uzur, ibu tunggal dan yang ditimpa musibah. YB Anuar mengambil kesempatan beramah mesra serta bertanya khabar dengan setiap penduduk kampung yang ditemui.
Sempat ziarah rumah yang ditimpa pokok kelapa.

Isteri YB, Hjh. Faridah turut membantu dengan mencatat masalah rakyat.

YB Anuar turut membuat pemeriksaan tekanan darah kepada seorang penduduk.

Hjh. Faridah Rajiah menyantuni seorang wanita yang kena stroke.

Di samping itu, pihak muslimat kawasan telah mengadakan khidmat pemeriksaan tekanan darah kepada setiap penghuni rumah yang diziarahi terutama kepada warga emas. YB Anuar dan ahli romnbongan telah disambut mesra oleh setiap rumah yang diziarahi. YB Anuar juga menyampaikan sumbangan buah tangan kepada setiap rumah tanpa mengira fahaman politik.

Tiada ulasan:

Nuffnang