Sabtu, 3 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PEMUDA PAS KG. BAHAGIA ANJUR PROGRAM KHATAN

Posted: 03 Dec 2011 06:17 AM PST


TELUK INTAN, 3 Disember - Musim cuti sekolah telah bermula. Pemuda PAS Kg. Bahagia, Teluk Intan telah melakukan satu usaha murni dengan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai. Program tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pemuda di Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut Ketua Pemudanya, Sdr. Mohd. Esma Hafis bin Esa, seramai 17 orang kanak-kanak telah mendaftar sebagai perserta khatan untuk kali ini yang datang dari Kg. Bahagia dan kawasan sekitarnya. Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Teluk Intan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran dan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta orang ramai yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Kedua-dua wakil rakyat tersebut telah hadir ke majlis berkhatan itu. Majlis bermula dengan tahlil serta bacaan doa selamat yang telah dipimpin sendiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik.
YB Anuar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang peserta khatan.
Seorang peserta khatan termuda berumur empat tahun sedang menerima cenderamata.
YB Manogaran turut menyampaikan hadiah.
Ustaz Ismail sedang mencabut nombor bertuah.

Kemudian, upacara menyuap pulut kuning telah dijalankan dengan YB Anuar dan YB Manogaran sendiri yang menyuapkan pulut kuning kepada setiap peserta khatan. Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan.

YB Anuar dan Ustaz Ismail Che sempat meninjau ke bilik berkhatan di samping memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
YB Anuar sedang menyuap pulut kuning kepada seorang peserta khatan.

YB Manogaran turut menyuapkan pulut kuning.
Berdebar menunggu giliran.
YB Anuar dan Ustaz Ismail sedang meninjau bilik khatan.
YB Anuar bersama orang kuat Pemuda, Sdr. Esma.
intanhijau.blogspot.com

NAJIB TERBAEEKKK... - DR. M

Posted: 02 Dec 2011 06:10 PM PST


UMNO DAKWA 7000 AHLI PAS KELUAR PARTI PROTES MAT SABU IKTIRAF MAT INDERA...?

Posted: 02 Dec 2011 05:48 PM PST


KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

"Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu," katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.(MALAYSIANINSIDER)

Tiada ulasan:

Nuffnang