Rabu, 23 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson

Posted: 22 Nov 2011 11:42 PM PST



Adakah Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson yang berharga RM4.8 juta ini digunakan sepenuhnya dan menjadi antara tempat tumpuan pelancongan dan lawatan sempena cuti sekolah ini? Nampaknya ada 2 projek mega Industri Asas Tani di N.Sembilan ini. Projek penternakan lembu NFC di Gemas dan Pusat Ikan Hiasan ini.

Pembinaan Pusat Ikan Hiasan Marin masih ada kecacatan

PORT DICKSON 20 Sept. - Pusat Ikan Hiasan Marin berharga RM4.8 juta di Batu 7, Teluk Kemang dekat sini didapati, masih mempunyai kecacatan, akibat pembinaan tidak sempurna.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, projek pembinaan pusat itu dimulakan Disember 2007 dan dijadual siap Disember 2008.

"Namun projek ini lewat siap, kira-kira setahun. Sepatutnya projek ini siap Disember 2008 tetapi lewat sehingga September 2009. Projek ini siap sepenuhnya September 2009 dan diserahkan pada 28 Disember 2009.

"Ini bermakna mulai Januari hingga Disember tahun ini, merupakan tempoh kecacatan yang harus diperbaiki pada bangunan dan persekitaran pusat itu," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat itu, hari ini.

Katanya, unit teknikal Jabatan Perikanan, pihak kontraktor yang membina projek itu dan syarikat mengendalikannya mengenal pasti beberapa kecacatan berkenaan berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian mereka.

Beliau berkata, projek itu adalah yang pertama di negara ini dan dibina di atas bekas tapak pusat penetasan udang galah seluas 0.85 hektar.

Ia antara lain bertujuan meningkat dan mempelbagaikan pengeluaran ikan hiasan dan memperluaskan pasarannya.

Aktiviti di pusat itu termasuk penyelidikan dan pembangunan ikan hiasan, pengeluaran ikan hiasan, program inkubator dengan penglibatan pihak swasta, latihan, pembangunan stok induk serta agrotourism dan pendidikan awam.

Antara kemudahan yang terdapat di situ ialah pembiakan dan asuhan, galeri pameran, pejabat, makmal, setor, sistem bekalan dan rawatan air serta ruang pembungkusan dan pemunggahan.

Katanya, syarikat inkubator yang dilantik mengendalikan pusat itu ialah Integrated Bumi Aquarium Express Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Integrated Bumi Aquarium Express Sdn. Bhd., Datuk Saipuddin Ahmad berkata, pada peringkat pertama ini sebanyak 40 spesies ikan hiasan air tawar dan ikan marin sedang dibiakkan di pusat itu.

Katanya, 100 peratus ikan hiasan yang dibiakkan di pusat itu akan dieksport ke luar negeri terutama negara Eropah kerana permintaan tinggi dan harganya yang kompetitif. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda di N.Sembilan

Posted: 22 Nov 2011 07:10 PM PST



JEMPOL 22 Nov 2011 : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

"Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.

"Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol," katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.

"Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.

"Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda," kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran 'Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian' kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.

http://www.keadilandaily.com/anwar-keadilan-tembusi-kubu-kuat-umno-felda/

KEADILAN lancar 'Janji Palong' bela peneroka Felda

JEMPOL 22 Nov 2011 : KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai 'Janji Palong' bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.

Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.

Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.

Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.

Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda.

http://www.keadilandaily.com/keadilan-lancar-janji-palong-bela-peneroka-felda/

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau

Posted: 22 Nov 2011 07:09 PM PST



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Nuffnang