Isnin, 7 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PRU13 BULAN DEPAN ?

Posted: 07 Nov 2011 05:35 AM PST


ANALISIS, 7 Nov — Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini. 

Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad mengandaikan Najib akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari tanah suci.

Baca selanjutnya di sini...

PAS TELUK INTAN ANJUR IBADAH KORBAN

Posted: 06 Nov 2011 07:22 PM PST


TELUK INTAN, 7 November - PAS Kawasan Teluk Intan menerusi Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah menganjurkan ibadah korban dengan kerjasama PAS Cawangan Padang Tembak. Sebanyak lapan ekor lembu tseekor kambing telah terlibat di dalam ibadah korban pada tahun ini.

Turut serta ialah pimpinan PAS kawasan, cawangan dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudi serta penduduk setempat. Pada tahun ini, ibadah korban PAS Kawasan diadakan pada hari raya kedua.


Tiada ulasan:

Nuffnang