Ahad, 6 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


FITRAH MANUSIA SUKA HIBURAN - SHAM KAMIKAZE

Posted: 06 Nov 2011 02:56 AM PST


TELUK INTAN, 5 November - Fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah. Demikian dinyatakan oleh seorang bekas artis, Sdr. Shamril Mohd. Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze. Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja. Menggunakan hiburan untuk menyampaikan mesej Islam terutamanya kepada golongan muda.

"Sebenarnya ramai yang terlupa bahawa gitar sebenarnya adalah dicipta semasa zaman kegemilangan Islam di mana asas kepada gitar iaitu gambus telah dicipta oleh tokoh al Farabi. Gambus kemudiannya diubah kepada gitar oleh orang barat," tambah beliau.
YB Mohd. Anuar Sudin menyampaikan ceramah isu semasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyampaikan ceramah.

Ustaz Misbah melancarkan Kempen Jom Masuk.
Menurut Sham, setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah dan kita akan dipertanggungjawabkan akan usaha amar maaruf dan nahi mungkar tidak kira sama ada kita seorang ustaz atau bukan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa taufik dan hidayah Allah tidak memilih bulu. Sesiapa sahaja boleh diberi hidayah oleh Allah pada bila-bila masa. Oleh itu, adalah penting menanamkan sikap kasih sayang kepada setiap manusia.
Persembahan nasyid dari Lujnah Kebudayaan & Kesenian kawasan.

Beliau juga menyentuh tentang kaedah dakwah terkini dengan menggunakan teknologi maklumat seperti facebook yang mana jika di gunakan dengan cara yang betul dapat memberikan pahala yang banyak kepada penggunanya.
Sham Kamikaze menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas berhijrah.
Mengalunkan petikan gitar yang mendayu sambil mengingati kebesaran Allah.
Sebahagian anak muda yang mengerumuni Sham semasa memetik gitar.

"Gunakanlah facebook untuk kita menyampaikan dakwah. Jika sehari satu ayat atau hadith kita masukkan, cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat apabila ia disebarkan dan dapat dibaca oleh setiap orang," tambah beliau lagi.

"Kesemua ini ibarat multi level marketing yang menjaminkan keuntungan di dunia dan di akhirat".

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki telah melancarkan Kempen Jom Masuk PAS peringkat PAS Kawasan Teluk Intan serta menyampaikan ceramah isu semasa.
Bergambar kenangan bersama pimpinan PAS dan anak-anak muda.
Mengambil peluang bergambar bersama Sham.
Isteri Sham, Farazila turut hadir menemani suami tercinta.
ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Buat kali pertamanya juga, Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Teluk Intan mengadakan persembahan nasyid sebelum ceramah bermula.

Pada akhir persembahan, Sham Kamikaze telah mempersembahkan petikan gitar termasuk satu lagu ciptaan beliau yang bertajuk "Tangisan Keinsafan". Kemahiran beliau memetik gitar telah menarik para hadirin di mana sebahagian besarnya adalah golongan muda.

intanhijau.blogspot.com

BERKORBAN UNTUK TEGAKKKAN ISLAM

Posted: 05 Nov 2011 07:34 PM PDT

 
KUALA LUMPUR, 6 Nov: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS.
 
Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.

"Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah," ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H.

Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan.

Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.

Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya.

Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan.

"Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT," ujarnya lagi. 

Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.
Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.
Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.
Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.
Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud  sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.
Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.
Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.
Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang