Ahad, 13 November 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


PAS mahu calon muda

Posted: 12 Nov 2011 05:35 PM PST

Petikan Sinar Harian:



KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mahu lebih ramai orang muda diberi peluang menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan berkata, mereka telah menyerahkan senarai calon mewakili pimpinan muda kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan.

Katanya, pilihan ini perlu, supaya semua pihak boleh menerima corak pentadbiran baru dan mengasah kepimpinan daripada golongan muda.

"Kita telah menyiapkan cadangan ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pemuda Pas di ibu pejabat Pas di sini, semalam.

Menurutnya, bagi mewujudkan pelapis kepimpinan sedia ada, 40 peratus kepimpinan hendaklah diwakili orang muda.

"Cadangan berkenaan bukannya menidakkan kepimpinan sedia ada, sebaliknya untuk kebaikan dalam melaksanakan perubahan," katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan pimpinan pusat, beliau berkata sehingga kini masih belum ada kata putus kerana pembahagian kerusi dibuat di peringkat pusat.

Sementara itu, mengulas me-ngenai sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), beliau berkata, sesetengah pihak tidak perlu memberi ruang kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Nasruddin berkata, tindakan berkenaan boleh menjamin kelancaran perjalanan jawatankuasa yang diberi kepercayaan menangani penipuan di dalam pilihan raya.

"Itu pandangan daripada MCA di dalam PSC, kita tidak berhak memberikan ulasan mengenai isu berkenaan kerana ia adalah cadangan mereka.

"Bukan direalisasikan lagi. Mungkin akan ada perbincangan lanjut daripada anggota dalam PSC terhadap isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak lain mengecam pandangan Ahli Majlis Tertinggi MCA, Datuk Ei Kim Hock yang enggan membenarkan rak yat Malaysia di luar negara mengundi.

Tiada ulasan:

Nuffnang