Jumaat, 25 November 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Peguam Akan Berarak Bantah Bil Perhimpunan Aman

Posted: 25 Nov 2011 02:18 AM PST

Malaysiakini

Empat tahun selepas “Walk for Justice” 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai “Walk for Justice”, di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes ‘Pita Lingam’.

Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Notis 30 Hari Tak Praktikal, Suhakam Syor 11 Gesa Pinda RUU Perhimpunan Aman

Posted: 24 Nov 2011 11:32 PM PST

The Malaysian Insider

Suhakam mengemukakan 11 syor kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 termasuk mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.

Selain itu kata beliau, kajian semula diperlukan berhubung peruntukan mengenai larangan terhadap mana-mana perhimpunan dalam jarak 50 meter dari had mana-mana tempat yang dilarang kerana ia tidak tidak realistik di kebanyakan bandar dan pekan.

Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat minggu depan.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, setelah meneliti peruntukan-peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, pihaknya berpendapat pindaan ke atas beberapa peruntukan harus dibuat bagi memastikan hak untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan aman dilindungi dan dapat dinyatakan dengan penuh erti yangmencerminkan intipati hak berkenaan.

"Sebahagian daripada peruntukan di bawah Rang Undang-undang ini mengenakan terlalu banyak sekatan dan memberikan terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjur atau menyertai perhimpunan aman," kata beliau dalam satu kenyataan.

Katanya Suhakam mengalu-alukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman selaras dengan kebebasan berhimpun seperti yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, walaupun pihaknya menyokong matlamat rang undang-undang ini, namun ia menekankan bahawa dalam pelaksanaannya, keseimbangan sewajarnya mesti ada antara menganjur dan mengambil bahagian dalam perhimpunan awam, serta perlindungan hak dan kebebasan orang lain yang secara tidak langsung telah menerima kesan dari perhimpunan berkenaan.

"Pengumuman untuk memansuhkan Seksyen 27, 27A, 27B dan 27C Akta Polis 1967 adalah dialu-alukan kerana ia mengiktiraf semangat dan menghormati hak asasi manusia.

"Bagaimanapun, rang undang-undang menggantikannya mengenakan terlalu banyak sekatan dan syarat-syarat untuk orang awam dan bukannya memudahkan kebebasan berhimpun," kata beliau lagi.

Katanya, walaupun Suhakam mengakui bahawa keamanan dan stabiliti adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, perhimpunan awam yang aman menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isi-isu yang menjadi kebimbangan.

"Justeru, Suhakam menyeru agar kerajaan mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menggubal rang undang-undang menjadi akta bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang disediakan adalah selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," katanya lagi.

Syor-syor lain ialah:

- Perbezaan yang lebih jelas dibuat antara takrifan "perhimpunan" yang termasuk perarakan dan "protes jalanan";

- Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata harus dipanjangkan kepada bukan warganegara kerana mereka juga mempunyai hak untuk meluahkan pendapat dan hak untuk didengari;

- Menimbang semula peruntukan mengenai penyertaan kanak-kanak, menurunkan had umur 15 tahun yang dibenarkan kepada had umur yang lebih sesuai memandangkan adanya obligasi perjanjian di bawah Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak;

- Mengkaji semula Fasal 13 dengan memasukkan model kerjasama yang membenarkan pihak polis dan pihak penganjur perhimpunan untuk berbincang dan memperoleh kata sepakat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhimpunan bagi tujuan mempermudahkan perhimpunan selaras dengan matlamat rang undang-undang ini;

- Membenarkan rayuan dibuat ke atas sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak polis kepada mahkamah dan bukannya kepada Menteri Dalam Negeri;

- Mengkaji semula Fasal 19 yang menganggap penganjur sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan. Mereka ini adalah semata-mata menjalankan hak asasi demokratik mereka dan tidak patut dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku apa-apa ketidakpatuhan;

- Memasukkan peruntukan-peruntukan di bawah Prinsip-Prinsip Asas mengenai Penggunaan Kuasa dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang PBB;

- Memastikan akses sepenuhnya dan bukan hanya yang munasabah, kepada media dalam perhimpunan awam di bawah Fasal 24; dan

- Memasukkan peruntukan yang membenarkan pihak luar seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan-badan berkanun lain yang berkaitan untuk memantau perhimpunan awam

Complaints, Complaints! So, What’s Wrong With The Peaceful Assembly Bill?

Posted: 24 Nov 2011 08:28 PM PST

Malaysia Chronicle

Whatever are you all complaining about? I mean, there's no satisfying you lot, is there? You didn't want the cops approving your permits, and now they don't. Thanks to the visionary leadership of Supreme Leader Najib Razak, you have been granted this boon. Be happy. Clap your hands. Do little cartwheels, even, if you want.

Clearly, you don't know anything about Great Helmsman Najib Razak if you insist on looking him in the teeth like he's a dumb mule you were thinking of purchasing. For your information, on the night he was born, a huge comet flew across the sky. Flowers grew on plastic plants and durians popped up on rambutan trees, as well as other equally remarkable phenomena.

So let's address your issues one by one:

30 days notice to be given before protest

Well, what's wrong with that? It's clearly a thought-out move by the government to teach Malaysians to plan ahead. After all, Malaysians do have a very last minute mentality. As for the point that has been raised about the issue no longer being 'hot' after so long, why, heat it up again. I do that all the time with pizza and find it highly effective.

The IGP taking such actions as he deem necessary

Well, honestly, he can hardly take measures that the Prisons chief deems necessary, can he? He's entitled to his right to do things his way, after all. What do you think he's going to do?

Use toxic concentrations of tear gas that may cause death?

Shoot tear gas canisters directly at protestors?

Administer brutal beatings on peaceful protestors?

Shut down transportation in an entire city, Kuala Lumpur maybe?

Forbid you from wearing yellow T-Shirts, or pink, or green, according to his fancy?

Come now, you do injustice to the poor fellow. We are not in North Korea, his name is not Kim, and he's hardly going to do such things. Have faith in the cops, guys! Have they ever given you cause to think that they will behave in such draconian ways, falling over themselves carrying out BN's instructions?

20,000 ringgit fines

Malaysian is doing very well and Malaysians should be able to afford such fines. Please refer to the Government statistics for how well we are doing. Pay no attention to your own personal experience of having stagnant wages and having to pay more for everything every day. It may just be your imagination. Think positive, please.

If that doesn't convince you, then think of it as a Rights Tax, a Tax that you pay for exercising your rights. Since many people don't exercise their rights at all, you have an extra over them and clearly you should pay for it. Like the more money you earn, the more tax you pay. Get it?

In addition, the tax will increase the government's revenue base and could then be used for the public good. Like buying more submarines, or patrol boats, or 9 million ringgit luxury apartments in Bangsar.

Hishamuddin Hussein

Ok, we get it.

You don't like Hisham, you don't trust him.

You think he's a dolt, a nimrod, a clown, a purveyor of doublespeak, half-truths and outright lies.

Ok, we'll give you this one.

On A Serious Note….

On a serious note, we must point out to Hishamuddin and Najib Razak that Article 10 of the Constitution guarantees Freedom of Assembly. As such, this 'Peaceful Assembly Act' is illegal and if passed, would be in direct contradiction of Malaysia's Constitution.

The government is fond of saying that protests are an inconvenience for motorists. While their concern for motorists is touching, we ask them to consider that there is not an Article in the constitution which is formulated with the express purpose of protecting the right of the random motorist to not get stuck in a jam.

The same goes for the government's other big excuse; petty traders. Also, they generally tend to be foreigners nowadays. Please take a walk down TAR road if you won't take my word for it. The writers of our Constitution considered the right to assembly important enough to be specifically protected and that should be respected.

So we hope the BN governments thinks better of its sneaky attempt to legislate this piece of rubbish that is the 'Peaceful Assembly Act'. It is nothing but an attempt to silence oppositionists and strip the Malaysian people of their rights.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Diiktiraf Peneraju Demokrasi Tulen

Posted: 24 Nov 2011 08:20 PM PST

Keadilan Daily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menghargai sumbangan anak muda dan golongan wanita dalam membina negara dengan mengiktiraf mereka sebagai peneraju demokrasi tulen.

Pengiktirafan ini disampaikan beliau dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pagi ini.

"Generasi muda mempunyai tanggungjawab besar melakar negara demokratik.

"Maka, Angkatan Muda (KEADILAN) dan Wanita harus menggembleng usaha dan kekuatan untuk memastikan agenda reformasi berjaya.

"Perjuangan cita-cita murni rakyat untuk perubahan harus diterajui KEADILAN," kata Azmin.

Beliau membandingkan peranan anak muda dan wanita dalam KEADILAN yang berjuang secara sukarela dengan usaha terdesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa meraih sokongan anak muda dengan pelancaran Kelab Media Sosial 1Malaysia beberapa minggu lalu.

"Usaha ini memperlihatkan kedangkalan Perdana Menteri dan penasihat medianya menanggapi lanskap media sosial dan mengapa anak muda tuntas menggunakan wacana ini untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Warga media sosial tidak mahu diperalat untuk politik fitnah dan maki hamun," kata Azmin.

Azmin juga berasa gembira dengan pengiktirafan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang memberikan lebih banyak ruang kepada anak muda untuk menyumbang kepada parti.

"Saya menerima senarai calon (pilihan raya) yang dikemukakan MPN, Wanita dan AMK.

"Saya gembira anak-anak muda diberikan kepercayaan untuk ditampilkan sebagai calon.

"Saya akan mengangkat perkara ini kepada Presiden dan Biro Politik supaya anak muda dan wanita diberikan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13," kata Azmin.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman

Posted: 24 Nov 2011 08:09 AM PST

Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

“Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

"Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia,” kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

“Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Broken Promise: Prime Minister Has Not Lived up to Malaysia Day 2011 Pledge 

Posted: 24 Nov 2011 08:02 AM PST

The Peaceful Assembly Bill ("Bill") was tabled in Parliament for its first reading on 22 November 2011, which we believe was the same day that Members of Parliament first received copies of the Bill.  It must be noted that advance notice was not given, save for speculation in the media that the Bill would be tabled on 24 November 2011.  In addition, the second reading of the Bill began in Parliament today, merely two days after the first reading.

appears to be unseemly haste in introducing this far-reaching and crucial legislation, without sufficient time for Members of Parliament themselves to review the Bill fully, and without adequate public consultation. 

The Bill, in replacing the present legislative provision in section 27 of the Police Act 1967, introduced several controversial and objectionable provisions.  For instance:

(1) Prohibition of street protests (defined widely as "open air assembly which begins with a meeting at a specified place and consists of walking in a mass march or rally for the purpose of objecting to or advancing a particular cause or causes");

(2) Prohibition of organisation of assemblies by persons below the age of twenty one years;

(3) Prohibition of participation in peaceful assemblies of children below the age of fifteen years;

(4) Unduly onerous responsibilities and restrictions on organisers and assemblies; and

(5) Excessive fines for non-compliance of the Bill.

These restrictive provisions in the Bill effectively render meaningless our constitutional guarantee, by constraining assembly to very limited circumstances.  This stands in stark contrast to the words of the Prime Minister in his speech on the eve of Malaysia Day 2011.  That speech was widely applauded by the Malaysian Bar, and by Malaysians in general, in their honest belief that there would be real and genuine reforms.  The Prime Minister had stated:

I often opine that long gone is the era in which the government knows everything and claims monopoly over wisdom. . . .  

The Government will also review section 27 of the Police Act 1967, taking into consideration Article 10 of the Federal Constitution regarding freedom of assembly and so as to be in line with international norms on the same matter. . . .  (emphasis added)

Be confident that it is a strength and not a weakness for us to place our trust in the Malaysian people's intelligence to make decisions that will shape the path of their own future. . . .

It is absolutely clear that the steps I just announced are none other than early initiatives of an organised and graceful political transformation.  It stands as a crucial and much needed complement to the initiatives of economic transformation and public presentation which the government has outlined and implemented for over two years in the effort to pioneer a modern and progressive nation. . . . 

In closing, I wish to emphasise that free of any suspicion and doubt, the Malaysia that we all dream of and are in the process of creating is a Malaysia that practices [sic] a functional and inclusive democracy where public peace and prosperity is preserved in accordance with the supremacy of the Constitution, rule of law and respect for basic human rights and individual rights.

The Malaysian Bar recommends that the Bill be referred to a Parliamentary Select Committee, which would engage in a public consultation process consistent with the Prime Minister's promise of "a Malaysia that practices [sic] a functional and inclusive democracy".   

Further, the Malaysian Bar is now wary as to the form and substance of the two proposed pieces of legislation that will replace the Internal Security Act 1960, given this disappointing experience.  We urge the Prime Minister to hold steadfast – with courage and determination – to his laudable Malaysia Day pledges, and fulfil the rakyat's expectations.

 
Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang