Isnin, 24 Oktober 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Meraikan Ibu Tunggal Sempena Idil Adha 1432H

Posted: 23 Oct 2011 11:44 PM PDT



Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) akan mengadakan Hari Mesra Kasih sempena Hari Raya Idil Adha 1432 H yang bakal menjelang.

Seramai 20 orang ibu tunggal akan diraikan beserta sumbangan daripada pihak PPP Taman Tasik Jaya.

Orang ramai yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan keperluan dapur bolehlah menghubungi Pn Hjh Ciana 017-3629686 (Setiausaha PPP) atau Pn Wani 013-3851202 (Naib Pengerusi PPP) .

Butiran lanjut program adalah seperti berikut ;

HARI MESRA KASIH
Tarikh : 30 Okt 2011, Ahad
Masa: 3 petang
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang

Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan mendedahkan …

Posted: 23 Oct 2011 11:15 PM PDT

Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan ialah :

1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.

2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.

3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2010
NEGERI SEMBILAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN DAN KUALA PILAH
- Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2010 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban dan Kuala Pilah mendapati secara keseluruhannya pengurusan dan pengeluaran bahan batuan adalah kurang memuaskan.
- Kesilapan mencatat kuantiti dan kesilapan pengiraan royalti di borang permit 4C Kanun Tanah Negara 1965 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
- Penyata Pengeluaran Bulanan tidak diserahkan oleh pemegang permit kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pemantauan.





PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
- Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas)
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati pengurusan Program Khas bagi 10 projek yang dipilih dengan peruntukan RM6.67 juta secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- Prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.







JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
- Tiada lagi Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sukar mengawal kesan aktiviti manusia terhadap hutan paya laut kerana telah diberi milik.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.





UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN, TAMPIN DAN JEMPOL
- Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhan pengurusan aktiviti penyenggaraan bangunan Kerajaan di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan
- Tiada program penyenggaraan kuarters secara berjadual telah mengakibatkan kerosakan unit kuarters dan dianggarkan RM1.16 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan kuarters di Seremban dan Tampin yang diaudit.


MAJLIS PERBANDARAN NILAI, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON, MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN UNIT KERAJAAN TEMPATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Sistem ePBT di Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Daerah Tampin adalah kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan terutama dalam pengurusan kontrak dan kawalan pelaksanaan.

Untuk laporan penuh pada pautan di bawah ini :
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_aktiviti/NSembilan.pdf

http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/ng%20sembilan.pdf

Dana PRU

Posted: 23 Oct 2011 07:10 PM PDT



Buntu suami hilang seminggu

Posted: 23 Oct 2011 06:07 PM PDT

Marilah kita berdoa agar Allah permudahkan urusan keluarga di bawah ini.

Buntu suami hilang seminggu
Harian Metro 24 Okt 2011

REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini, mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.

Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari rumah mereka sejak Selasa lalu.

Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30 malam.

"Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.

"Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.

"Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

"Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis," katanya.

Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah, Melaka.

"Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat di pekan Rembau. "Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di tempat duduk belakang," katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan solat hajat.

Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buntusuamihilangseminggu/Article/index_html

Tiada ulasan:

Nuffnang