Ahad, 30 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


RAKYAT MEMERLUKAN KEPIMPINAN PAS MENTADBIR NEGARA - PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 30 Oct 2011 04:05 AM PDT


BAGAN SERAI, 30 Oktober - Dengan segala kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN, kini rakyat menaruh harapan agar PAS dapat mengurus negara ini. Demikian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin semasa menyampaikan ucapan aluan di dalam Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak. Majlis telah diadakan di Dewan Ustaz Abd Wahab Nor, Masjid Tinggi dekat sini.

Ini kerana rakyat telah mulai sedar akan modul kepimpinan PAS yang telah ditunjukkan khususnya di Kelantan dan Kedah dari sudut integriti, amanah dan sebagainya yang mana segala ciri tersebut telah tiada dalam kepimpinan UMNO/BN.


Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa PAS Perak rasa bertanggungjawab untuk mengembalikan kepimpinan negeri ini kepada Pakatan Rakyat setelah ia dirampas oleh UMNO/BN.

"Oleh itu, kita amat mengharapkan agar seluruh ahli dan penyokong PAS menyahut cabaran tersebut dengan berusaha dengan lebih gigih lagi dalam menghadapi PRU13 akan datang.



Pada majlis tersebut, Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu telah merasmikan majlis sambutan dengan diikuti pembentangan oleh Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub bersempena Konvensyen Negara Berkebajikan peringkat negeri.

Sebelum itu, menurut Pengarah Program Sambutan, Ustaz Misbahul Munir Masduki, program smabutan peringkat negeri Perak diadakan selama dua hari bermula sejak semalam iaitu 29 hingga 30 Oktober yang menyediakan pelbagai aktiviti dan aturcara yang dihadiri oleh seluruh ahli dan penyokong parti itu dari seluruh negeri Perak.

Turut hadir di dalam majlis perasmian tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan YB Sivakumar selaku Timbalan Pengerusi DAP Perak.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang