Rabu, 26 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


LAPORAN AUDIT MENGESAHKAN BN PERLU DIGANTI

Posted: 26 Oct 2011 05:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk.

"Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.

Menurutnya beliau, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.

Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali.

"Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja "berhemah" ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi.

Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.

Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.

Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binokular marin'  atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan.

"Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.(harakahdaily)

LAGI PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI KG. BAHAGIA

Posted: 25 Oct 2011 10:17 PM PDT


TELUK INTAN, 25 Oktober - Lujnah Ekonomi PAS Cawangan Kg. Bahagia sekali lagi mengadakan ziarah kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Kg. Bahagia. ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri, Hjh. Faridah Rajiah telah turut serta dalam ziarah tersebut.

Menurut ketua lujnahnya, Sdr. Latif Abdullah, ini merupakan program kebajikan kedua yang dilakukan oleh pihaknya yang mana kali pertama telah diadakan pada awal Oktober yang lalu.
YB Anuar sedang berbual dengan seorang penduduk kampung.

Ziarah menjengah teratak rakyat.

Mendengar masalah rakyat.

"Kali ini, seramai lapan orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, uzur dan warga emas telah kami ziarahi dan berikan sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YB Anuar Sudin," ujar beliau.

Walaupun suasana pada petang itu hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat rombongan ziarah ADUN Changkat Jong untuk menjenguk rumah rakyat di sekitar kampung tersebut.
Menanti penuh harapan.

Sumbangan ikhlas.

Menzirahi isteri almarhum Pak Aboo dan anaknya.

Kebanyakan penduduk kampung yang diziarahi tidak menyangka bahawa rumah mereka telah diziarahi oleh seorang wakil rakyat dan pimpinan PAS cawangan serta muslimat. Tambahan pula, selain dapat meluahkan permasalahan mereka juga telah menerima sumbangan barangan dapur.

Semoga usaha murni ini dapat mengurangkan beban rakyat dan memaparkan konsep Negara Berkebajikan serta menepati moto DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang