Selasa, 25 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MAHASISWA TETAP BERHIMPUN DI UIA MALAM INI..!

Posted: 24 Oct 2011 10:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memuji tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berani menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya.

SMM berpandangan, tindakan itu membuktikan UIA menghormati kehendak banyak pihak khususnya mahasiswa yang mahu isu ini diselesaikan segera.

Namun, menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab, mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan menyambut kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di UIA malam ini seperti yang dirancang.

Tegasnya, himpunan ini bagi memberi petunjuk kepada rakyat bahawa mahasiswa bukan sekadar mempertahankan Aziz namun mempertahankan kebebasan akademik.

"SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, SMM turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan lawatannya ke UIA malam ini.

"SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa," katanya sambil berkata memorandum akan tetap diserahkan keapda Hishammuddin.

Semalam, UIA menarik balik penggantungan Aziz dan meminta beliau melapor diri keapda Dekan Fakulti Undang-Undang hari ini.

Bagaimanapun, siasatan terhadap Aziz masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

250 ORANG MENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI DI TELUK INTAN

Posted: 24 Oct 2011 06:56 PM PDT


TELUK INTAN, 22 Oktober - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan dengan kerjasama PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena perayaan Deepavali baru-baru ini. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Markaz PAS Selabak Luar dekat sini.

Menurut Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh, majlis sebegini telah diadakan setiap tahun sejak penubuhan Kelab Penyokong PAS yang kini ditukar status kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS. Menurut beliau lagi, pada tahun ini seramai 250 orang penduduk di sekitar Teluk Intan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur. Penerima sumbangan sebahagian besarnya adalah dalam kalangan kaum India di samping terdapat juga penerima dari kalangan kaum Melayu dna Cina.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan juga pihak ADUN Changkat Jong yang telah memberikan sokongan sehingga berjayanya program ini," jelas beliau.


Tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Mujahid Yusuf Rawa yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Pusat. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS kawasan dan cawangan.






Kebanyakan penerima yang hadir mengucapkan terima kasih kepada DHPP dan PAS kawasan atas sumbangan yang diterima. Mereka berharap sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban terutama kepada kaum India yang bakal meraikan Hari Deepavali tidak lama lagi.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang