Sabtu, 8 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS PERAK LANCAR KEMPEN 'JOM MASUK PAS'

Posted: 08 Oct 2011 07:30 AM PDT


Ustaz Idris Lancar 'Jom Masuk PAS'
Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Perak telah mengadakan Program 'Jom Masuk PAS'. Program ini telah dilancarkan oleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Bin Ahmad semasa Liqa' Fitri Badan Perhubungan PAS Perak di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning.

Program ini bertujuan untuk menarik masyarakat terutama ahli UMNO untuk menyertai PAS.
Ikon Kempen Jom Masuk PAS, Datuk Adnan Ibrahim menceritakan pengalaman beliau.

Laksamana Pertama (B) Hj. Mohamad Imran turut menyampaikan ucapan.

Program diserikan lagi dengan dua ikon baru PAS iaitu Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Adnan Ibrahim dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid.

Dato' Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO selepas pulang dari tanah suci.

" Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan UMNO. Tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Pembentangan kertas kertas yang amat menarik daripada Ustaz Idris Ahmad.

Bagi Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

"Perjuangan UMNO hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ustaz Idris dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

" Bekas Pegawai Tinggi TLDM dan Bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS ?," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat. 

" Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya UMNO. UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

http://perak.pas.org.my

NAIB KETUA CABANG PKR TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

Posted: 07 Oct 2011 10:32 PM PDT

TELUK INTAN, 7 Oktober - Naib Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Sdr. Kasdi bin Hashim telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Teluk Intan. Beliau yang juga merupakan Ketua Ranting PKR Sungai Samak telah meninggal dunia akibat beberapa penyakit yang telah dideritai sekian lama.

Allahyarham Kasdi Hashim (kanan) semasa menyampaikan sumbangan pakaian sekolah pada Disember lepas.

Allahyarham Kasdi merupakan antara penggerak utama bagi Pakatan Rakyat cawangan pesisiran Sg. Samak, Bagan Lalang dan Sungai Manila. Sebagai seorang pimpinan PKR beliau telah berjaya merangka pelbagai gerak kerja dengan PAS Cawangan Sungai Samak sehingga cawangan pesisiran menjadi cawangan contoh usahasama yang begitu erat dalam Pakatan Rakyat.

Allahyarham juga merupakan salah seorang pengasas Koperasi TEMEN Kg. Sungai Samak. Sesungguhnya kehilangan beliau begitu amat dirasai, apatah lagi dalam suasana persiapan menghadapi PRU13 nanti. Beliau juga merupakan salah satu contoh pemimpin di dalam PR di peringkat Teluk Intan.

PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Kawasan Changkat Jong YB. Hj. Mohd. Anuar Sudin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

intanhijau.blogspot.com


Tiada ulasan:

Nuffnang