Isnin, 31 Oktober 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Projek CERIA berjalan lancar.

Posted: 31 Oct 2011 11:40 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

PERLAKSANAAN PROJEK CERIA BERJALAN LANCAR

Sukacita dimaklumkan bahawa di Fasa Pertama Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA, kerja-kerja baikpulih telah dimulakan di tapak atau kontraktor-kontraktor yang dilantik telah membuat pesanan bagi alat-alat ganti yang diperlukan di 11 kawasan pembangunan Rumah Kos Rendah di Selangor.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6 (MPAJ) - 4 unit tangki.

2.) Pangsapuri Sri Intan, Ampang (MPAJ) - 1 unit lif.

3.) Pangsapuri Flora Damansara A dan B (MBPJ) - 4 unit lif.

4.) Pangsapuri Desa Perangsang Blok A dan B (MBPJ) - 2 unit lif.

5.) Apartment Taman Medan Jaya Blok C (MBPJ) - 2 unit lif.

6.) Flat Taman Medan 32 (Blok A-E) Taman Medan Baru (MBPJ) - Salur air (gutter) 5 blok.

7.) Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa Mentari (MBPJ) - 2 unit lif.

8.) Flat Tamn Sri Aman (MBPJ) - 3 unit lif.

9.) Flat Taman Damai Jaya (MPKj) - Pembentungan di Blok C.

10.) Pangsapuri Blok Mawar dan Cempaka MPK
5 unit lif

11.) Pangsapuri Pendamar 7A (MPK) - 2 unit lif.

Sementara 2 kawasan pembangunan lagi di mana kerja-kerja baikpulih telah disiapkan.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Pangsapuri Tembikai dan Pulasan (MPSJ) - Salur air (gutter) 5 Blok G.

2.) Pangsapuri Mentari (MBSA) - 3 unit lif.

Sementara untuk 5 pembangunan pula di mana perlantikan kontraktor akan dilakukan atau persetujuan dari penduduk sedang dimuktamadkan.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Flat 700, Pandan Perdana (MPAJ) - 4 unit lif.

2.) Rumah Pangsa Taman Kosas (MPAJ) - Bumbung.

3.) Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat Utama (MDKL) - Bumbung 16 unit Blok G.

4.) Pangsapuri Pinggiran Delima Blok D dan E (MPKj) - Bumbung Blok D dan E.

5.) Pangsapuri KR Taman Subang Perdana (MBSA) - Bumbung.

Keseluruhan kos untuk Fasa Pertama adalah RM 2.0 juta.

Untuk Fasa Kedua, 48 kawasan pembangunan pangsapuri Kos Rendah telah disenaraikan untuk dibaikpulih. RM 7.7juta telah diperuntukkan untuk fasa ini.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sebagai urusetia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pengurus projek akan menetap kos baikpulih bagi setiap pangsapuri sebelum 4 November 2011.

Penduduk perlu membayar deposit untuk sumbangan mereka iaitu 5 peratus dari kos baikpulih sebelum 20 November 2011.

Tender-tender untuk kerja baikpulih ini dijangka dianugerahkan pada 12 Disember 2011 dan kerja-kerja perlu dimulakan dengan segera.

Oleh itu perlaksanaan program CERIA ini adalah sepertimana yang diharapkan.

Memandangkan skim CERIA ini melibatkan 64 pembangunan pangsapuri, maka satu 'Command Centre' atau Bilik Operasi akan dibuka khas untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Bilik Gerakan ini akan ditadbirkan oleh kakitangan-kakitangan dari LPHS dan PKNS.

Kerajaan Negeri berharap penduduk akan memberi kerjasama dengan membayar deposit untuk sumbangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.

Sumbangan penduduk bagi skim ini iaitu 20 peratus untuk Rumah Kos Rendah dan 40 peratus untuk Rumah Kos Sederhana adalah lebih baik dari skim Kerajaan Persekutuan yang menetapkan sumbangan penduduk 50 peratus untuk Rumah Kos Rendah.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
12 Oktober 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang