Sabtu, 22 Oktober 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Himpunan Sejuta Umat : Kenyataan Presiden PAS cukup masinnya, manisnya dan pedasnya.....

Posted: 22 Oct 2011 05:18 AM PDT

Ketika posting ini ditulis, Himpunan Sejuta Umat
sedang berlangsung di Shah Alam.

Presiden PAS mengumumkan PAS tidak terlibat dengan himpunan tersebut. Tetapi tidak pula mengecamnya malah mengalu-alukan usaha penganjur untuk meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap gerakan untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor pula mengarahkan ahli-ahli PAS tidak menghadiri himpunan itu. Tetapi saya tidak di Shah Alam ketika ini bukan disebabkan arahan tersebut.

Isteri saya terpaksa membawa pelajar-pelajar sekolahnya ke Melaka dan terpaksalah saya menjaga anak-anak. Secara kebetulan pula selepas penyampaian bantuan kepada masyarakat India pagi tadi, petang ini saya tidak mempunyai apa-apa program. Hanyalah pada jam 6 petang, saya perlu keluar semula.

Saya rasa bagi ahli-ahli PAS tidak jelas sama ada boleh turut serta atau tidak walaupun ada arahan dari Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pemuda PAS Pusat berkata mereka akan turut serta. Kata mereka larangan yang dikeluarkan adalah arahan individu.

Front Anti Murtad atau FORKAD, sebuah NGO Pemuda PAS, telah terlibat dengan penganjuran himpunan tersebut. Teras Pengupayaan Rakyat atau TERAS, yang pro PAS, juga terlibat dengan penganjuran.

Ada pimpinan PAS pula yang bimbang himpunan itu akan di'hijack' oleh UMNO. Mungkin benar juga kerana kita dengar ada mereka yang dikenali dengan sikap anti Islam turut terlibat menaja himpunan itu.

Ada pula yang mengandaikan himpunan itu akan digunakan untuk mengecam Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi tidak perlu himpunan, UMNO dan BN pada setiap masa dan ketika sentiasa mengecam Kerajaan Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun perbahasan tentang kemungkinan himpunan itu di'hijack' lebih menonjol dari perbahasan bagaimana hendak membanteras gejala murtad. Adakah ini baik untuk umat Islam?

Tetapi saya amat bersimpati dengan Presiden PAS yang terpaksa membuat keputusan yang saya kira seperti 'diluah mati emak, ditelan mati anak'.

Kalau umumkan bersama himpunan, mungkin penyokong-penyokong 'baru' PAS, orang bukan Islam dan 'Melayu liberal' akan meninggalkan PAS.

Kalau umumkan mengecam himpunan, orang Islam akan berkata PAS telah meninggalkan perjuangannya.

Tetapi kenyataan Presiden paling tepat walaupun dikatakan 'play safe'.

Seperti seorang tukang masak, lauknya cukup masinnya, cukup manisnya dan cukup pedasnya. Tidak lebih, tidak kurang.

Sama ada pemimpin lain hendak tambah garam, gula atau lada, itu cerita lain. Kita pegang kata-kata Presiden kita.

14/10/2011 - Di Pangsapuri Mentari, Sg Buluh, pemajuan pertama yang siap dibaikpulih di bawah Skim Ceria.

Posted: 21 Oct 2011 05:59 PM PDT

Lif-lif yang rosak telah berjaya dibaikpulih.

Tiada ulasan:

Nuffnang