Rabu, 21 September 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Majlis Rumah Terbuka DUN Seri Andalas

Posted: 18 Sep 2011 04:00 AM PDT

Klang, 18 September 2011 - Majlis Rumah Terbuka DUN Seri Andalas yang diadakan di Telok Menegun berlangsung dengan meriahnya.

Majlis telah dihadiri oleh orang ramai sejak 12 tengahari. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Azmin Ali dan isteri, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Shuhaimi Shafiei, YB Ravi dan Ahli Majlis, Majli Perbandaran Klang, Encik PS Rajoo dan Encik Azmizam Zaman Huri serta Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Manap.

Turut hadir ketua-ketua kampung dan ketua-ketua komuniti setempat.

Walaupun cuaca mendung dan hujan turun seketika, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa tetap hadir.

Sebanyak 500 sampul berisi duit raya yang diuruskan agihannya oleh Puan Sheila, isteri kepada YB Dr Xavier Jayakumar habis diberi kepada kanak-kanak yang hadir dalam beberapa minit sahaja.

Encik Gary, Veeran dan Ali serta para sukarelawan yang hadir telah banyak membantu kelancaran majlis tersebut.

Orang ramai turut didendangkan lagu-lagu oleh kombo MPK.


Program Menyampaikan Cermin Mata di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar di Ijok

Posted: 17 Sep 2011 04:00 AM PDT

Ijok, 17 September 2011 - Seramai 100 orang pelajar telah dipilih menerima cermin mata melalui Program Pemberian Cermin Mata kepada pelajar-pelajar miskin.

Program ini merupakan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor melalui stanco kesihatan dan kemiskinan dengan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH).

Program ini yang meliputi seluruh 56 Dun negeri Selangor dan Ijok dipilih sebagai lokasi pelancaran rasmi.

Skim ini dikhaskan kepada pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan.

Bagi mekanisme perlaksanaan, THONEH akan menghantar pasukannya melakukan pemeriksaan di setiap sekolah yang telah ditetapkan dan dikenalpasti di setiap Dun.

Selepas pemeriksaan, nama-nama pelajar yang dikenalpasti memerlukan pemakaian cermin mata akan diserahkan kepada pejabat adun untuk dinilai berdasarkan kelayakan murid mengikut pendapatan ibu bapa.

Selepas mendapat kelulusan, pihak THONEH akan menyediakan cermin mata tersebut dan kemudiannya diserahkan kepada pejabat Dun untuk diberikan kepada pelajar atau ibu bapa mereka.


Tiada ulasan:

Nuffnang