Sabtu, 24 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG RASMI PENUTUP USRAH PERDANA DAN JAMUAN RAYA MGP PERAK

Posted: 24 Sep 2011 09:06 AM PDT


TELUK INTAN, 24 September - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan penutupan Majlis Usrah Perdana dan Jamuan Hari Raya Majlis Guru PASTI (MGP)  Peringkat Negeri Perak. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan Kg. Padang Tembak dekat sini.

Majlis tersebut telah dihadiri hampir 200 orang guru PASTI dari seluruh negeri Perak. Turut hadir ialah Pengarah PASTI Perak Hj. Hasan Aladi serta Ahli Lembaga Pengarah PASTI Perak.
YB Anuar bersama Timbalan Pengarah PASTI Negeri dan Ketua Pemuda Kawasan.

Isteri YB Hjh. Faridah Rajiah bersama Ketua MGP Perak, Puan Faridah Dawam.

Sebahagian daripada guru-guru PASTI Perak yang hadir.

Di dalam ucapan, YB Anuar menyarankan kepada ibu bapa dan guru-guru agar mengenalkan Allah kepada anak-anak secara bersungguh-sungguh di samping memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak yang bakal bermanfaat kepada anak-anak itu sendiri di samping memberikan manfaat kepada ibu bapa apabila meninggal dunia.

Beliau juga berharap guru-guru PASTI dapat melatih anak-anak didik PASTI dengan adab-adab seharian di samping mempelajari dan beramal dengan doa yang telah dipelajari.

intanhijau.blogspot.com

KENAPA LARANG VIDEO 'UNDILAH' ?

Posted: 23 Sep 2011 10:28 PM PDT

Pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa stesen-stesen TV tempatan diarahkan supaya berhenti menyiarkan video yang menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi, kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

NONE"Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) - "Undilah" - yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah (kanan) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, adalah antara mereka yang muncul dalam klip video itu yang turut menampilkan ahli politik BN seperti ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong (di bawah).

"PSA (Undilah) yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti, demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita.

"Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong," kata Nurul.

Wee Ka Siong in undilah videoMenurutnya, di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan SKMM itu jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan-akan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

"Saya memohon SKMM menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan," kata Nurul.

Sehubungan itu, beliau mendesak SKMM menarik balik arahan tersebut dan sebaliknya "mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini".

"Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang

semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanahair," tambahnya.

Sebuah lamanweb Rosnah Abd Rashid Shirlin in Undilah videoberita melaporkan hari ini bahawa SKMM - dalam satu emel minggu ini - mengarahkan Astro dan Media Prima Bhd supaya berhenti menyiarkan video 'Undilah' kerana ia menampilkan ahli politik pembangkang serta Tengku Razaleigh, merujuk kepada masalah yang dihadapi negara.

Turut muncul dalam video tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (kanan dalam gambar atas); ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua; ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama-sama dengan artis-artis seperti Namewee dan Afdlin Shauki.(malaysiakini)

Tiada ulasan:

Nuffnang