Selasa, 27 September 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Ustaz Mohd Nor lepas peserta 4x4

Posted: 24 Sep 2011 10:48 AM PDT

Marang : Semalam telah diadakan satu perlumbaan ujian masa bagi pertandingan 4x4 anjuran Pemuda PAS Kampung Seberang Marang.

Acara perlepasan perlumbaan itu telah disempurnakan oleh wakil rakyat DUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah petang semalam.

Dalam ucapannya sebelum acara perlepasan itu, beliau meletakkan harapan kepada golongan belia untuk terus bersama-sama memeriahkan acara sukan dan dalam masa yang sama menunjukkan akhlak muslim ketika bersukan.

"Golongan belia hendaklah sentiasa menjaga kesihatan dengan menyertai sukan yang menyihatkan fizikal.

Akan tetapi dalam masa yang sama, amat penting kita menjaga akhlak Islam agar pemuda-pemuda Islam dipandang tinggi oleh masyarakat," kata beliau.

Turut diadakan antaranya ialah sukan bolasepak pantai dan permainan tradisi iaitu dam aji.

Tiada ulasan:

Nuffnang