Khamis, 8 September 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


23 maut,60 cedera dalam serangan bom berkembar

Posted: 07 Sep 2011 11:30 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

QUETTA - Sekurang-kurangnya 23 maut, manakala kira-kira 60 lagi cedera selepas kereta dipenuhi bom menya-sarkan pasukan keselamatan di barat daya Quetta, meletup, semalam.

Pegawai kanan polis, Hamid Shakil berkata, kejadian berlaku di luar kediaman Timbalan Ketua Polis Sempadan disusuli dengan insiden pengeboman berani mati di dalam rumah beliau.

Serangan itu menyebabkan isteri dan dua anak Timbalan Ketua Polis serta pegawai yang berada di tempat kejadian terkorban.

Insiden keganasan tersebut, didakwa berpunca daripada penahanan pemimpin kanan kumpulan militan Al-Qaeda, Younis Al-Mauritani bersama dua lagi pengikutnya oleh Perkhidmatan Risikan Pakistan, Isnin lalu.

Pihak berkuasa tidak menolak kejadian serangan itu mungkin bermotifkan balas dendam.

sinar harian/-

Pemimpin Somalia capai persetujuan

Posted: 07 Sep 2011 11:20 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

PERDANA Menteri Somalia, Abdiweli Mohamed Ali menandatangani perjanjian komitmen untuk melaksanakan pembaharuan politik di negara itu sambil diperhatikan oleh Presiden Somalia, Sheikh Sharif Sheikh Ahmed (kiri) dan Presiden Wilayah Galmudug, Mohamed Warsame Ali (kanan) di Mogadishu, semalam. - AFP

MOGADISHU 7 Sept. - Para pemimpin Somalia semalam menandatangani perjanjian politik yang termasuk rancangan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun, dengan objektif untuk menubuhkan sebuah kerajaan tetap bagi menggantikan pentadbiran peralihan yang tidak berkesan selama ini.

Mengikut perjanjian itu, kerajaan peralihan komited untuk merangka Perlembagaan baru, melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran dan perkhidmatan keselamatan dan mengadakan rundingan dengan kumpulan pemberontak bersenjata.

Perjanjian itu juga menetapkan, tentera Kesatuan Afrika (AU) yang menyokong kerajaan peralihan di Mogadishu hendaklah juga ditempatkan di luar ibu negara ini.

Masyarakat antarabangsa akan memberikan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan perjanjian yang dicapai.

Kerajaan buat masa ini tidak mendapat bantuan langsung daripada penderma Barat yang bimbang tentang rasuah.

Namun sejak lebih dua tahun lalu, kerajaan peralihan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima bantuan wang tunai puluhan juta dolar, kebanyakannya dari negara Arab. - Agensi

Mat Sabu: Kalau referendum, Tunku tak jadi PM

Posted: 07 Sep 2011 09:00 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama.

Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

"Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

"Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan," katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai "merdeka in bracket".

Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

"Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

"Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

"Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

"Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno)," katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

"Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

"Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

Dalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

"Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam.

malaysiakini/-

Gugur kerakyatan Mat Sabu tapi beri kerakyatan kepada warga asing.

Posted: 07 Sep 2011 08:53 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut "Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai "penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan" yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening."

Ketua Penerangan PAS Pusat
8 September 2011

MB Kedah: Khairy tak layak debat dengan Mat Sabu

Posted: 07 Sep 2011 08:40 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Beliau (gambar) berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana taraf pangkat mereka sama iaitu Timbalan Presiden parti masing-masing.

"Siapa Khairy? Ketua Pemuda sahaja, biarlah yang sama tahap berdebat... kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah).

"Sepatutnya beri peluang pada Mat Sabu untuk dia buktikan siapa Mat Indera ini. Malangnya media pun tak beri peluang kepada Mat Sabu untuk jelaskan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Dipetik Bernama Online, Azizan mengulas kenyataan Khairy yang hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu walaupun telah mendapat jemputan Pemuda PAS, yang mencadangkan satu debat antara Khairy dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Semalam, Khairy dalam mesej Twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu dan bukan dengan orang lain kerana Mat Sabu merupakan penyebab kontroversi masa ini.

Azizan berkata, sebelum ini beliau pernah mencadangkan supaya sejarawan berbincang mengenai perkara terbabit dengan Mat Sabu kerana ia melibatkan persepsi sejarah.

"Kenapa tidak orang sejarawan duduk berbincang dengan Mat Sabu... kita belajar sejarah untuk tengok ke hadapan, bukan untuk tengok ke belakang. Lagipun sejarah kita tak 'proper recorded', banyak dari 'hearsay' kecuali al-Quran saja yang tetap," katanya.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

malaysianinsider/-

Jepun dilanda gempa bumi 5.1 Skala Richter

Posted: 07 Sep 2011 08:30 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.

Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP

Jerebu kembali melanda negara

Posted: 07 Sep 2011 08:20 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

Beberapa kawasan di negara ini akan dilanda jerebu selama beberapa hari kerana tidak menerima hujan untuk lima hari berturut-turut.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan berkenaan ialah Arau (Perlis), Kota Setar (Kedah), Seberang Perai Utara (Pulau Pinang), Kinta dan Manjung (Perak), Kepong, Klang, Petaling dan Sabak Bernam (Selangor), Batu Pahat (Johor) dan Miri (Sarawak).

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil serta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

JAS juga mendapati kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara hari ini mencatat paras sederhana pada sebelah pagi.

Semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 14 kawasan mencatatkan paras baik dan 38 mencatatkan IPU sederhana.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Shah Alam, Selangor (84), SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (83) dan Pelabuhan Klang (81) manakala kawasan yang mempunyai IPU sihat, Sarikei, Sarawak (30), Sri Aman, Sarawak (31) dan Kuching, Sarawak, (32).

- Bernama

Punca air keluarkan api

Posted: 07 Sep 2011 08:00 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dan kawasan sekitarnya gempar, apabila kawasan tanah dikorek sedalam 10.8 meter, tiba-tiba mengeluarkan bunyi pelik, sebelum mengeluarkan api setelah penduduk mengujinya dengan meletakkan batang paip PVC dan dicucuh api.

Api itu dipercayai terhasil daripada gas yang berada di kawasan tanah dikorek oleh Ramli Ngah, 57, yang juga pengorek lubang.

Menurutnya, dia memulakan kerja menggali telaga itu, setelah diarahkan tuan rumah untuk mencari punca air.

Namun katanya, apabila sampai pada kedalaman itu, dia terdengar satu bunyi pelik, seolah-olah air sedang meletup-letup dari dalam tanah.:

"Saya kemudiannya memasukkan sebatang paip PVC dan secara tiba-tiba terdengar seakan-akan bunyi gas," katanya.

Menurutnya, dia cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api di corong paip PVC dan ternyata, ia mampu menyalakan api, dan ia mengeluarkan sedikit bau seakan bau belerang.

Penemuan itu, kemudiannya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sehingga menarik perhatian mereka untuk melihat lebih dekat kejadian itu.

Tinjauan mendapati, selain orang ramai, turut hadir ke lokasi, Polis Diraja Malaysia dan Petronas Wilayah Pantai Timur, Kuala Terengganu bagi melakukan tinjauan berhubung gas yang keluar dari lubang terbabit.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, setakat ini, punca kejadian masih disiasat dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Tanah dan Galian.

Menurutnya, walaupun gas yang keluar itu tidak berbahaya kepada orang ramai, pihak berkuasa tetap mengambil langkah keselamatan dengan menutup tempat itu.

Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesah kan gas itu, dikenali sebagai gas Methane, selepas pihaknya melakukan siasatan terhadap penemuan itu.

sinar harian/-

Khutbah Jumaat : Manusia Rabbani atau Ramadhani ?

Posted: 07 Sep 2011 07:51 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

(11 Syawal 1432 H / 9 September 2011)
MANUSIA RABBANI ATAU RAMADHANI

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ:
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. Al-Baqarah : 48.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ، وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Suasana sambutan hari raya masih begitu terasa dengan pelbagai cara sambutannya termasuk rumah terbuka silih berganti bagi meraikan anugerah hari raya oleh Allah setelah sebulan melalui ujian hawa nafsu dalam tarbiah Ramadhan. Marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Apakah masjid dan surau masih meriah sebagaimana sebulan Ramadhan atau kembali menantikan pengunjung dari masa ke semasa. Apakah amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat witir dan sebagainya semakin bertambah, terus istiqamah atau semakin lemah. Apakah kita semakin menjaga makan minum kita agar tidak bercampur dengan yang haram atau syubhat sebagaimana kita bertahan meninggalkan makanan dan minuman yang halal sebulan Ramadhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai meneruskan usaha dalam melahirkan kita sebagai hamba Allah yang taat sepanjang tahun bukan setakat menjadi hamba Ramadhan yang baik pada bulan Ramadhan sahaja maka marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ
- رواه مسلم

Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Dalam hadis yang lain riwayat Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري.

Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini dalam susana sambutan hari Kemerdekaan negara kali ke-54 maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan ketara antara dua golongan yang menyambut dua perayaan ini. Golongan pertama disebut sebagai golongan Rabbani (رَباَّنِي) yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan akan menyambut hari raya penuh kesyukuran dan menjadikannya sebagai landasan untuk mentaati Allah sedangkan golongan kedua disebut sebagai golongan Ramadhani (رَمَضَانِي) yang gagal dalam tarbiah Ramadhan biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan hanya melempiaskan kegembiraan semata-mata.

Golongan yang gagal adalah mereka yang hanya tahu bergembira dalam menyambut hari raya dan kemerdekaan Negara. Mereka menzahirkan keseronokan dengan sambutan yang melambangkan kebebasan secara mutlak sehingga membebaskan diri dari terikat dengan hukum hakam Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya mempunyai agenda tesembunyi yang disebut sebagai 3G iaitu God, Glory dan Gold. Mereka menjadikan God iaitu Tuhan atau agama sebagai matlamat menyebarkan agama mereka. Mereka meletakkan Glory iaitu kemasyhuran bagi menaikkan nama dan jati diri bangsa mereka. Mereka juga menjadikan Gold iaitu kekayaan dengan mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan mereka.

Penjajahan ke atas Tanah Melayu bukan sekadar meruntuhkan Empayar Kesultanan Melayu dan membesarkan empayar mereka. Penjajahan ke atas Tanah Melayu bukan sekadar merompak kekayaan bumi kita untuk membangunkan tamadun kita. Penjajahan ke atas Tanah Melayu telah meruntuhkan ketuanan Islam di Negara ini. Penjajahan telah meruntuhkan jati diri sebahagian besar Umat Islam di Negara ini. Penjajahan telah menjadikan umat Islam terlalu asing dengan Islam dan hukum hakamnya. Keutamaan kita hari ini bukan lagi bagi mempertahankan Islam malah terhadap bangsa, keturunan, kelompok dan sebagainya. Saudara dan sahabat baik kita bukan lagi umat Islam dan mereka yang bertaqwa, tetapi kita lebih banyak bertolak ansur dengan orang bukan Islam berbanding sesama sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap kali tarikh kemerdekaan menjelma, isu komunis sentiasa dijaja di setiap pelusuk Negara. Dosa dan kezaliman komunis sentiasa diingat-ingatkan seolah-olah hanya merekalah sahaja musuh dan pengkhianat Negara. Sebenarnya sebahagian kita telah melupakan dosa-dosa penjajah dan kesan buruk dari penjajahan mereka. Dosa dan kezaliman penjajah seolah-olah dilupakan dari lipatan sejarah. Kita menjadi mangsa penjajah yang secara halus menjadikan kita bangsa yang lemah dan mudah mengalah.Kita menjadi mangsa penjajah yang telah menjadikan kita bangsa yang dianggap hina dan merempat di bumi sendiri. Dosa penjajah tidak harus kita lupakan begitu sahaja. Fitnah dan pembunuhan mereka terhadap pejuang kemerdekaan kita belum pernah terbalas. Kejahatan mereka tidak pernah mereka diakui oleh mereka dan tidak ada ungkapan kemaafan yang telah mereka lafazkan. Hasil rompakan mereka belum pernah ada yang dipulangkan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jika kita membenci penjajah, maka apa perlunya kita mengikut cara hidup ciptaan penjajah. Jika kita sedar kejahatan penjajah, apa perlunya kita mengagungkan undang-undang dan peraturan penjajah. Kita telah merdeka dan bebas menentukan cara hidup kita dan terserahlah kepada kita untuk membuat pilihan.

Apakah kita terus bersorak bahawa kita bangsa yang merdeka sedangkan kita pemikiran dan perasaan kita masih tunduk kepada ketentuan penjajah ataupun kita mahu membebaskan diri kita seluruhnya mengikut kehendak dan cita rasa kita. Cita rasa golongan Rabbani (رَباَّنِي) hanyalah cara hidup Islam. Kita tidak cukup sekadar hanya melafazkan kemerdekaan semata-mata , tetapi hendaklah mengisi kemerdekaan tersebut dengan kehendak Ilahi. Islamkanlah sambutan hari kemerdekaan Negara kita agar kemerdekaan ini benar-benar menjadi tanda kesyukuran kita. Semoga ianya tidak menjadikan kita leka dan akhirnya kemerdekaan ini akan direntap kembali oleh Allah daripada kita tanpa kita sedari. Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A'araf :

أَفَأَمِنَ أَهْلُ ٱلْقُرَىٰٓ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَـٰتًۭا وَهُمْ نَآئِمُونَ ﴿٩٧﴾ أَوَأَمِنَ أَهْلُ ٱلْقُرَىٰٓ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًۭى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا۟ مَكْرَ ٱللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ﴿(٩٩﴾

Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Bom: Pesawat Pakistan mendarat cemas di KLIA

Posted: 07 Sep 2011 07:00 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pakistan yang membawa 164 penumpang telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, selepas satu ancaman bom dikesan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Datuk Azmi Murad yang berkata, penerbangan yang berlepas dari Lahore, Pakistan ke ibu negara itu mendarat pada pukul 9.24 malam tadi, setelah ancaman berkenaan dikesan ketika pesawat itu di udara.

Sehingga kini, pemeriksaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan penumpang telah dibenarkan keluar.

utusan/-

Gaddafi dikepung penentang

Posted: 07 Sep 2011 06:30 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Penyokong kerajaan baru Libya berjaya mengepung kedudukan Muammar Gaddafi dan bekas pemimpin mereka itu cuma menunggu masa untuk ditangkap atau terbunuh, kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), semalam.

Anis Sharif tidak menyebut di mana Gaddafi ditemui tetapi berkata dia masih di Libya dan dikesan menggunakan teknologi tinggi dan sumber perisikan.

"Dia tidak dapat keluar," kata Sharif, yang menambah pemberontak sudah bersedia sama ada untuk menahan atau menangkapnya. Gaddafi terperangkap dalam lingkungan 60 kilometer kawasan yang dikepung pemberontak, katanya.

Mengesan Gaddafi akan membantu mengukuhkan kedudukan pemerintah baru negara itu. Pengumuman dibuat selepas konvoi kumpulan yang setia dengan bekas pemimpin itu,

termasuk ketua pasukan keselamatannya, melarikan diri merentasi Sahara ke Niger dalam langkah yang diharapkan pemberontak dapat membawa kepada kejayaan merampas kubu kuat terakhirnya.

Sebahagian pemberontak menyifatkan usaha melarikan diri ke Niger sebagai pemergian beramai-ramai penyokong paling kuat Gaddafi tetapi maklumat sah mengenai bilangan dan identiti mereka yang meninggalkan negara itu sukar disebabkan keluasan padang pasir melebihi 1,600 kilometer.

Di ibu negara Niger, Niamye, jurucakap presidennya, Massoudou Hassoumi, berkata ketua keselamatan Gaddafi menyeberangi padang pasir ke Niger diiringi oleh pemberontak Tuareg, Isnin lalu.

Kerajaan Niger mengerah konvoi tentera untuk mengiringi Mansour Dao, bekas komander Pengawal Revolusi Libya yang juga sepupu Gaddafi selain pegawai yang rapat dengannya, ke Niamey.

Dao ialah satu-satunya tokoh kanan Libya yang memasuki Niger, kata Hassoumi, yang menafikan laporan Gaddafi atau anggota keluarganya berada dalam konvoi itu.

Hassoumi berkata, sekumpulan sembilan orang termasuk beberapa ahli perniagaan pro-Gaddafi, selain Agaly ag Alambo, ketua pemberontak Tuareg dari Niger yang mengetuai kebangkitan yang gagal di utara negara itu sebelum menyeberang ke Libya, dan dipercayai bertempur untuk Gaddafi.

Jurucakap Jabatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, memberitahu wartawan: "Kami tiada bukti menunjukkan Gaddafi berada di tempat lain selain Libya buat masa ini."

Sejak kejatuhan Tripoli bulan lalu ke tangan pemberontak, kumpulan yang setia kepada Gaddafi dilihat menyeberangi sempadan padang pasir yang memisahkan Libya dengan Niger. Ia termasuk pejuang Tuareg yang juga rakyat Niger dan negara jirannya, Mali, yang bertempur bagi pihak Gaddafi. – AP

3 serangan bersenjata, 10 maut

Posted: 07 Sep 2011 06:00 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

MAYAT salah seorang mangsa serangan senjata api di Nevada ditutup dengan kain terbaring di hadapan sebuah restoran di Carson City, Nevada, kelmarin. – REUTERS

LOS ANGELES 7 Sept. – Tiga orang terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata rifal melepaskan tembakan ke arah sekumpulan Pengawal Kebangsaan yang sedang bersarapan di sebuah restoran di Nevada, Amerika Syarikat (AS), semalam, sebelum penyerang terbabit menembak dirinya sendiri.

Penyerang tersebut, Eduardo Sencion, 32, menggunakan rifal AK-47 dalam serangan awal pagi itu di restoran di Carson City, menyebabkan dua anggota Pengawal Kebangsaan dan seorang wanita terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk tiga anggota pengawal.

"Kejadian ini sangat menyedihkan. Kebanyakan mangsa yang berada di restoran itu merupakan Pengawal Kebangsaan yang masih memakai uniform," kata Sheriff Ken Furlong.

Saksi yang berada di tempat kejadian menghubungi perkhidmatan kecemasan pada pukul 9 pagi (12 tengah malam waktu Malaysia) selepas mereka ternampak seorang lelaki (penyerang) di tempat letak kereta di restoran International House of Pancakes tersebut.

Lima anggota Pengawal Kebangsaan terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan, sedang mengadakan perbincangan sambil bersarapan ketika Sencion masuk ke restoran itu dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Penyerang terbabit mati tidak lama kemudian selepas menembak dirinya.

Menurut rekod polis, Sencion, yang merupakan kelahiran Mexico dan menetap di Carson City, memiliki pasport AS dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Lelaki berusia 32 tahun itu telah bermalam di Carson City selepas pulang dari South Lake Tahoe, di mana dia bekerja.

Menurut media tempatan, keluarganya menyatakan tiada apa yang pelik mengenai Sencion pada malam Isnin, namun dia mungkin menghadapi masalah kesihatan mental.

Dua senjata lain yang tidak digunakan turut dijumpai di tempat kejadian selain rifal AK-47 yang digunakan oleh Sencion.

Sementara itu, beberapa jam sebelum serangan di Nevada itu, satu lagi kejadian serupa membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Morgantown, West Virginnia, melepaskan tembakan dan membunuh lima orang sebelum melarikan diri ke Pennsylvania sebelum ke Kentucky, di mana dia menembak mati dirinya apabila berdepan dengan pihak polis.

Penyerang dikenali sebagai Shayne Riggleman dari Morgantown, yang bertindak membunuh mangsa menggunakan rifal berkuasa tinggi, lapor televisyen WBOY.

Di Warren County di luar New York pula, pejabat Sherif berkata, seorang bapa telah menembak mati dua anak perempuannya sebelum bertindak menembak mati dirinya sendiri. – AFP

'Sudah 12 hari saya diserang'

Posted: 07 Sep 2011 05:30 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memulakan hujah dalam forum malam tadi dengan melahirkan rasa pelik kenapa beliau diserang begitu rupa oleh Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia dan media pro-Umno yang lain.

Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang.

"Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya.

"Saya pun kadang-kadang duduk depan cermin perhati diri saya, dimana mereka takut sangat kat aku ni. Kaya pun tidak, berpengaruh pun tidak," katanya disambut ketawa hampir 200 hadirin yang hadir.

Turut serta sebagai panel forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) itu ialah Pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KSCAH).

"Ada yang cadang saya dibuang ke luar negara, ada yang cadang saya di ISA, ada yang cadang saya dibuang sahaja ke Laut China Selatan. Ugutan mcm-macam.

"Ini tidak lain kerana apa yang saya cakap dicampur dengan rekaan Utusan, apa yang saya tak cakap dilaoporkan sebagai cakap. Ini satu fitnah," katanya menjelaskan penyebab dirinya diserang.

Berhujah lanjut, Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mohamad Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukan pengkhianat bangsa seperti dituduh Umno.

Perkara itu juga menurutnya dinukilkan sendiri dalam buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera sebagai pejuang bangsa.

Sambil merujuk tragedi Bukit Kepong 1950 lalu, Timbalan Presiden PAS itu berkata anggota polis di Rumah Pasung yang diserang Mohamad Indera adalah polis British.

"(Kepada) polis jangan lah panik, pembahaginya adalah 31 Ogos 1957, serangan (Rumah Pasung) Bukit Kepong itu sebelum merdeka, anggota polis sebelum 1957 adalah polis British," katanya sebagai jawapan kepada anggota dan pesara polis yang dilaporkan Utusan sebagai tidak senang dengan kenyataannya.

Pecah tembelang

Dalam pada itu Hishammudin Rais pula berkata, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang.

Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan.

"Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong.

"Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh," katanya sambil memuji keberanian Mohamad.

Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka.

Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara.

Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno.

Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya.

"Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini," katanya.

Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata.

harakahdaily/-

BN "menternak pemimpin yang rasuah".

Posted: 07 Sep 2011 03:44 PM PDT

10 Syawal 1432H. [MOD] -

Saya ingin menjawab kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan hasratnya mahu membersihkan sistem kehakiman Negara sekaligus mahu menyatakan kepada seluruh warga bahawa malaysia adalah sebuah Negara yang bersih dari sebarang penyalahgunaan kuasa terhadap jentera kerajaan khususnya mahkamah.

Bagi saya ucapan tersebut adalah kesinambungan pemimpin Bn yang terus menerus berusaha mengaburi mata rakyat bagi mendapatkan sokongan setiap kali pilihanraya akan menjelang. Ianya sekadar pemanis mulut tanpa app-apa tindaklan dan peruban yang sewajarnya sejak 54 tahun negara merdeka.

Kata Najib kepercayaan rakyat boleh terhakis bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran mahkamah.

Walhal pada hakikatnya mahkamah malaysia sejak Negara diterajui oleh Tun Mahathir, sistem perundangan semacam hanya untuk rakyat, manakala pimimpin tertinggi Negara kebal terhadap sebarang siasatan, jika disiasat sekalipun ia hanya berlaku secara bersyarat.

Sistem kehakiman yang sepatutnya menjadi simbol keadilan yang paling telus di Negara kini telah berlaku sebaliknya apabila perlembagaan berhadapan dengan pemimpin Umno-Bn . Di sekeliling kita ada banyak kes-kes yang berprofil tinggi yang tidak disiasat secara telus dan adil, bahkan banyak darinya tergantung tanpa keputusan yang jelas.

Begitu juga dalam krisis politik di Perak telah menyebabkan semakin terhakis kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman malah mendapat cemuhan demi cemuhan yang tidak sewajarnya. Puluhan kes yang melibatkan krisis politik di Perak satu piun tidak menyebelahi Pakatan Rakyat dan menimbulkan seribu persoalan yang sukar dijawab .

Bagi saya walaupun PM Najib mengumunkan NKRA untuk memerangi rasuah diutamakan dengan mewujudkan 16 Mahkamah Khas Rasuah sekalipun, jika sistem ini berada dalam penguasaan BN, selagi itu badan kehakiman boleh dimanipulasi.

Sebagai bukti, jika benar NKRA ini digubal sedemikian rupa, persoalannya mengapa apabila negara sepatutnya menyambut ketibaan seorang peguam terkemuka dari Perancis (Wiliam Bourdon) yang hadir bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, tiba-tiba dihantar pulang ke negaranya dengan tanpa sebarang alasan yang jelas?.

Pengusiran Wiliam Bourdon menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak, sepatutnya beliau (Najib) tidak perlu khuatir kerana peguam ini mahu dedahkan penjenayah sebenar mengenai isu rasuah besar yang telah berlaku dalam Negara, Sebagai pemimpin hasrat ini perlulah dialu-alukan demi membuktikan ucapannya untuk memerangi jenyah itu.

Adalah tidak munasabah jika tindakan tersebut dilakukan jika tidak ada pemimpin BN yang terlibat dengan skandal rasuah . Kenapa mereka perlu menghalau keluar seorang yang masuk ke dalam negara kita secara sah kalau bukan sesuatu isu yang sedang menghantui benak pemikiran beberapa orang pemimpin negara.

Sehinggakan perbicaraan dan laporan kes tersebut bakal dibicarakan di mahkamah London, ini mengambarkan bahawa mahkamah malaysia sudah tidak berfungsi sebagai mahkamah.

Maka tidak hairanlah mengapa Najib begitu teruja menyatakan perasaan bangganya terhadap prestasi badan kehakiman Negara seperti yang dinyatakan dalam ucapannya.

Inilah sikap talam dua muka pemimpin Negara (Umno-BN). Sedangkan pada realitinya mahkamah Malaysia walaupun segala bukti dibentangkan bagi perbicaraan sesuatu kes, setelah segala dokumen dikemukakan, segala fakta ditunjukkan,semuanya perlu ditentukan oleh orang atasan yang berkepentingan sebelum kes berjalan di mahkamah.

Jelas Parti Melayu ciptaan British ini terlalu kotor, bukan sahaja kotor luaranya, bahkan kotor dari akarnya, dan pernah dikatakan oleh bekas Presidennya sebagai busuk sampai ke usus.

Maka rakyatlah perlu jawab segala persoalan ini, dan rakyat juga punyai kuasa untuk menghalang sistem rimba yang korup ini, Merekalah yang menaikkan dan menjatuhkan pemimpin setiap kali pilihanraya. Oleh itu tolaklah BN yang saban tahun "menternak pemimpin yang rasuah".

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 8 September 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang