Selasa, 2 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


JADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PENJANA KEKUATAN - DR. MUHAIMIN

Posted: 02 Aug 2011 09:21 AM PDT


TELUK INTAN, 2 Ogos - Ahli PAS perlu menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menjana kekuatan untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Ia juga boleh dijadikan sebagai menjana kewangan parti dengan kemurahan para penyokong dan ahli menghulurkan sumbangan kepada parti.

Demikian telah dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Perak semasa menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Menurut beliau, Ramadhan selain menjadi madrasah rohani, sepatutnya ahli-ahli PAS menjadikan Ramadhan sebagai madrasah intelektual (aqliah) kerana Ramadhan adalah bulan al Qur'an yang mampu meningkatkan daya keintelektualan ahli-ahli PAS.
YDP PAS Ustaz Ismail turut bersama dalam majlis iftar jamaei.
YB Anuar bersama ahli-ahli PAS berbuka bersama.
Juadah istimewa.
Program Ihya Ramadhan  kawasan Teluk Intan diadakan setiap hari Selasa di sepanjang bulan Ramadhan dengan aktiviti seperti bertahlil, berbuka puasa, bersolat Maghrib, Isya' dan bertarawih. Ia juga menampilkan penyampai tazkirah di penghujung program  dari kalangan pimpinan PAS negeri.

Turut memeriahkan majlis ialah seluruh pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan.

intanhijau.blogspot.com

PAGI TADI PR, PETANG NI DAH JADI WARGA NEGARA ?

Posted: 02 Aug 2011 03:37 AM PDT

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.(malaysiakini)

MENGAPA DULU TAK INGAT TAMBAH MENTERI INDIA ?

Posted: 02 Aug 2011 03:33 AM PDT

 
JERANTUT, 2 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melihat pelantikan Presiden MIC Datuk G Palanivel sebagai menteri kedua daripada kaum India dalam kabinet hanyalah untuk memancing undi kaum itu yang mula menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata, sudah begitu lama kaum itu diwakili hanya oleh seorang menteri dalam kabinet kerajaan sehinggalah berlaku perubahan sokongan kepada pembangkang.

"Dulu mengapa tak ingat nak tambah menteri India, mengapa baru sekarang?" soalnya ketika diminta mengulas  pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Balasubramaniam yang juga Pengerusi DHPP Pahang berkata, pertambahan satu menteri bukan bermakna membawa pembaharuan kepada kaum India tetapi sebaliknya Palanivel sendiri yang naik pangkat.

"Kalau kita tengok berlaku swing sehingga 70 peratus undi kaum India kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu ialah kerana mereka sedar kebajikan mereka tidak lagi dibela oleh BN melalui MIC.

"Orang India merupakan lebih kurang 7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta. Kebanyakan mereka masih berada di estet atau di pinggir bandar yang masih perlukan bantuan kebajikan dan sebagainya.

"Kalau masyarakat India diberi penempatan seperti tanah, rumah atau sebagai contoh kalau kerajaan beri dana RM50 juta untuk masyarakat India, ia mungkin ada perubahan sedikit.

"Tetapi yang dapat hanyalah menteri. Itu bermakna hanya kenaikan pangkat Palanivel iaitu dulu timbalan menteri sekarang jadi menteri," ujarnya.

Menurut Balasubramaniam, orang India juga perlukan tanah sama ada untuk tempat tinggal atau bercucuk tanam.

Beliau menceritakan, baru-baru ini ketika Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob datang ke Jerantut, ada ketua cawangan MIC yang minta selesaikan masalah pemohonan tanah yang diusahakan oleh sejak zaman bapa mereka tetapi belum lulus.

"Bukannya orang India minta tanah baru, tapi tanah yang telah lama mereka usahakan. Begitu juga dengan masalah kebajikan kaum," ujarnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang