Isnin, 22 Ogos 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


DISEBALIK ISU JAIS VS DUMC

Posted: 22 Aug 2011 12:31 AM PDT

Saya baru menonton klip rakaman video pemeriksaan JAIS di majlis kesyukuran (thanksgiving) di DUMC. Tujuan klip tersebut ialah untuk mengutuk dan memburukkan PAS dengan peristiwa tersebut hanya kerana PAS tidak mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS atau menghentam DUMC.

Saya tak faham kenapa PAS disalahkan didalam hal ini. Sila baca kronologi peristiwa dalam artikel YB Dr Dzulkifli dalam blognya dan juga dalam harakahdaily. DHA buat kenyataan sebagai exco agama menyokong tindakan JAIS. Kalau saya jadi dia pun saya akan percaya kepada pegawai jabatan saya. Kemudian YB KS diminta beri komen, beliau menjawab akan tunggu laporan dari DHA. Sebagai pemimpin, kita tidak boleh terus bantai atau sokong mana-mana pihak sebelum mendapat maklumat lanjut terutamanya dalam isu yang boleh menaikkan suhu kemarahan pelbagai pihak. Bergantung kepada media mana yang melaporkan, sudah ada bias dalam laporan. Mkini dan MI dgn versi mereka (pro DUMC), UM dengan versi pro JAIS. Pemimpin PAS seperti biasa mengambil sikap berhati-hati dan tidak emosi dalam membuat kenyataan akhbar, telah mengambil pendekatan untuk mendapat penjelasan drpd semua pihak. Sementara menunggu untuk berjumpa dgn DUMC dan JAIS, banyak bahan bukti telah didedahkan melalui media cetak dan maya (sedangkan JAIS belum siap dan beri laporan kpd MB). Siapakah yang membocorka bahan bukti dan apa tujuannya? Tidak lain kerana hendak melancarkan perbicaraan melalui media dan menerapkan tanggapan mengikut selera pihak tertentu. Niat PAS utk berjumpa kedua-dua pihak tidak tercapai kerana perkara tersebut telah dipolitikkan dan kedua-dua pihak menangguhkan pertemuan. Maka pada ketika itu PAS membuat pendirian meminta JAIS mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terbabit kerana hangat diperkatakan terdapat bukti-bukti kukuh. Lagi lama ditangguhkan, suhu kemarahan pelbagai pihak akan naik dan mungkin tercetus perkara yang tidak diigini. Pihak tertentu mungkin suka kekacauan tercetus supaya senang ditebar jala ISA seperti pernah berlaku dalam 1980an dahulu. Pemimpin PAS YB KS dan Mat Sabu diantara yang ditahan ISA kerana menentang satu persidangan antarabangsa kristian yang hendak diadakan di ibu kota.

Bayangkan sekiranya PAS lompat masuk ke dalam "bandwagon" mengutuk DUMC yang belum dibuktikan bersalah. Dalam keadaan umat kristian Negara ini turut merasakan mereka dimangsakan dan api kemarahan mereka juga meningkat dengan rentetan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka (hendak menjadi Negara ini Negara kristian) dan umat Islam pula merasakan anak cucu mereka dalam proses untuk dimurtadkan, apa pun boleh terjadi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaungi rakyat berbilang bangsa dan agama perlu objektif dalam pertimbangan mereka. Yang hairan mana suara yang mengutuk Perdana Menteri atau pimpinan UMNO yang diam seribu bahasa?

Pihak-pihak yang kutuk PAS bukan sangat nak perjuang isu murtad tapi mengambil kesempatan ini untuk memberi tanggapan yang PAS sudah tidak perjuangkan Islam seperti tertera dalam rakaman video tersebut. Semua ini pelan saraf menghadapi PR untuk memastikan orang Melayu Islam marah kepada PAS apabila fakta sebenar diselewengkan.

Perasaan semua penganut agama perlu dijaga dalam negara majmuk seperti Malaysia. Bukan sahaja penganut Islam. Yang bersalah adalah segelintir penganut kristian, tapi cara pemberitaan telah memberi gambaran semua orang kristian jahat kerana hendak memurtadkan orang Islam. Seorang ahli DHPP beragama kristian katolik mengaku yang ada kumpulan evangelis yang memang berusaha menyampaikan ajaran kristian kerana dalam kitab mereka diperintahkan ajaran Christ disebarkan. Beliau tidak setuju dengan kumpulan-kumpulan tersebut kerana melanggar perlembagaan Negara ini. Malah menurut beliau mazhab katolik tidak bersetuju dengan pendirian kumpulan-kumpulan Evangelis tersebut. Hari ini (22hb Ogos), Sinar menyiarkan pengakuan bekas padri kristian yang memeluk Islam mengaku pernah memurtadkan orang Islam ke agama kristian dan dia kini berusaha untuk "memurtadkan" orang kristian ke Islam. Apakah pemberitaan sebegini tidak menghiris perasaan orang kristian? Kalau suatu masa dahulu, sebelum 2008, semasa BN mendapat sokongan kuat rakyat, berita sebegini tidak akan disiarkan. "Self censorship" para penyunting akhbar tidak akan mahu menanggung risiko permit mereka akan ditarik balik kerana sifat sensitif berita yang akan menimbulkan kegelisahan rakyat jelata.

Tidak timbul PAS nak jaga undi org kristian kerana kebanyakan orang kristian adalah pengundi bandar dan PAS bertanding di kerusi-kerusi melayu majoriti iaitu diluar bandar. Di sabah dan sarawak pun PAS bertanding kawasan majoriti Islam. Kalau PAS nak jaga undi orang melayu Islam dan nak main politik dalam isu ini, PAS akan turut menghentam kristian. Pemimpin PAS tidak lah dungu sangat nak jaga undi 10% undi kristian dan hilang undi majoriti Melayu Islam.

Yang jelas ada pihak yang gian sangat nak gambarkan PAS sudah tidak perjuang Islam dan nak biarkan orang Islam murtad. Rasional lah sikit. Isu murtad bukan baru. Sudah lama bahan-bahan bacaan kristian ada di tempat umum. Di hotel-hotel , bible gideon ada dalam semua bilik hotel. Bukan kerajaan tidak tahu semua ini. SB yang begitu efisien mencari maklumat pembangkang sudah pasti memberi laporan mengenai pusat-pusat pengkristianan kepada kerajaan. tapi tiada tindakan pun yang diambil. YB kulim mulanya terkenal dengan menjaja isu ini bila dia berceramah lama sebelum beliau terlibat dengan politik. Mufti perak juga membuat pendedahan tp cuba lihat balik apa respon pihak kerajaan. Diam seribu bahasa.

PAS tidak mahu main politik dalam hal ini. Bila kita memerintah tahulah kita bagaimana hendak memastikan orang islam tidak mudah dimurtadkan. Kita pastikan benteng akidah dibina supaya di mana sahaja anak muslim pergi dia boleh mempertahankan akidahnya. Di Selangor, semenjak DHA menjadi exco agama kita lihat bagaimana penyuburan majlis ilmu dimasjid-masjid dan surau berlaku. Ada yang komen solat terawih di masjid negeri terasa seperti suasana di tanah suci!. Apa pun kita kena ingat murtad tidak boleh dihalang oleh undang2 semata-mata. Berdetik sahaja dalam hati mensyirikkan Allah swt kita sudah murtad. Ramai yang tak sedar tergelincir dari Islam tanpa perlu masuk kristian. Bila kita sanggah hukum Allah, kita sudah murtad. Bila kita hina hukum Allah, kita sudah murtad. Undang-undang boleh menghalang penyebaran agama lain kpd org Islam dan ianya hanya akan berjaya jika akidah muslim lemah atau orang Islam sudah hilang harga diri muslim apabila terlalu miskin dan jahil atau lemah iman (hadith yang bermaksud kefakiran hampir kepada kekufuran). Apakah akidah melayu muslim yang berpegang kepada iktiqad dan yakin yang melayu tidak boleh hidup dan maju tanpa UMNO tidak terjejas? Kenapa JAIS atau JAKIM tidak bertindak terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan hukum hudud hukum kuno, hukum hudud tidak sesuai dengan zaman dan seumpamanya. Saya minta NGO-NGO Islam yang begitu beria-ia benar mengutuk MB untuk menggali sejarah politik tanahair dan menggesa JAKIM bertindak keatas kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang menghina Islam dan "memurtadkan" umat Islam dengan memberi gambaran kepada umat Islam yang memberi rezeki kepada rakyat adalah mereka!

Tiada ulasan:

Nuffnang