Isnin, 15 Ogos 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Bukan semuanya percuma di negeri berkebajikan.

Posted: 14 Aug 2011 04:06 PM PDT

Para penerima sumbangan di Pandan Indah baru-baru ini telah diberitahu bahawa negeri berkebajikan bukan bermakna rakyat mendapat segala-galanya percuma.

YB Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Chempaka berkata sedemikian di majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, fakir miskin dan anak yatim untuk DUN Chempaka pada 14 Ogos 2011.

Kata Iskandar, di dalam sebuah negeri berkebajikan kerajaan akan membantu mereka yang tidak berkemampuan atau tidak berupaya dan membantu tidak semestinya bermakna menyampaikan sumbangan kewangan atau barang-barang.

Tetapi Iskandar menerangkan membantu juga bermakna membantu rakyat untuk membantu diri mereka sendiri.

Kerajaan negeri Selangor telah menyediakan program-program seperti MIMBAR dan SKIMSEL untuk memberi pinjaman kepada rakyat yang berniaga kecil-kecilan bagi mereka membantu diri mereka.

Iskandar juga memberitahu beliau telah memulakan projek cendawan di kawasan DUN Chempaka untuk memberi peluang mendapatkan pendapatan tambahan kepada ibu tunggal dan suri rumahtangga.

Selain itu beliau juga berkata beliau telah menganjurkan kursus membuat pastri dan akan memulakan projek ikan keli untuk membantu rakyat yang mahu meningkatkan pendapatan mereka.

Iskandar telah mengingatkan para hadirin bahawa mereka mestilah sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka.

Lebih 100 penerima telah menerima sumbangan di majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Nuffnang