Selasa, 19 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Muslimah Ramadhan 23 Jul 2011 Seremban

Posted: 18 Jul 2011 11:08 PM PDT

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh Ustazah Reha binti Yunan
Sabtu 23 Julai 2011
Jam 2.30 ptg
Di Surau An Naim, Bandar Seremban Selatan

Semua Muslimah dijemput hadir

Ceramah Dr Haron Din 26 Jul 2011 Port Dickson

Posted: 18 Jul 2011 11:07 PM PDT



CERAMAH LAMBAIAN RAMADHAN
Oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din
26 Julai 2011 (Selasa)
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Selasih, Port Dickson

Muslimin muslimat semua di jemput hadir

Kesal tanah dusun diceroboh

Posted: 18 Jul 2011 09:21 PM PDT



Sinar Harian 19 Julai 2011

PEDAS – Sepasang suami isteri kesal apabila mendapati tanah dusun yang dimiliki sejak lebih sepuluh tahun lalu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Jamiliah Mohd Akhir, 51, berkata dia mengakui jarang menjenguk dusun tersebut yang terletak di Kampung Ulu Sepri, di sini kerana sibuk bekerja dan menetap di luar Negeri Sembilan, namun tidak bermakna dusunnya itu terbiar begitu sahaja.

Menurutnya, dia dan suami, Hasnol Hamzah, 55, terperanjat apabila mendapati dusunnya menjadi lokasi penyimpanan pelbagai peralatan bagi kerja-kerja pembinaan landasan keretapi berkembar pada 16 julai lalu.

"Ini bukan kali pertama tanah dusun saya diceroboh. Pencerobohan kali pertama berlaku pada Disember 2009. Bagaimanapun, saya dan suami bersepakat dengan Ketua Kampung dan pihak terlibat bagi menyelesaikan isu terbabit.

"Ketika itu, pihak yang menceroboh menawarkan bayaran sebanyak RM1,000 bagaimanapun, kami menolak kerana ia tidak munasabah berikutan dua batang pokok durian berusia sepuluh tahun dan pokok limau telah musnah," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Jamiliah berkata, apa yang lebih mengecewakan perbincangan dan juga bayaran pampasan itu masih belum selesai, masalah pencerobohan kali kedua pula berlaku.

Menurutnya, pada kejadian kali kedua ini, mereka suami isteri terperanjat apabila pagar dusun mereka telah tiada selain terdapat longgokan batu, tiang, pasir dan jentera berat diletakkan di dusun mereka.

"Saya sangat terperanjat dan kali ini saya nekad membuat laporan polis bagi mengetengahkan isu ini memandangkan ianya pencerobohan kali kedua. Malah, saya harap agar pihak bertanggungjawab dapat memberikan pampasan bersesuaian dengan kerugian yang kami tanggung termasuk dua batang pokok durian turut musnah susulan pencerobohan kali kedua ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9345537.asp

Penduduk mahu penjelasan

Posted: 18 Jul 2011 09:21 PM PDT



Sinar Harian 19 Julai 2011

SEREMBAN - Penduduk yang mendiami 69 rumah di Taman Desa Temiang dekat sini mendakwa bil elektrik mereka naik secara mendadak selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter, Februari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, semua penduduk terbabit keliru kerana mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai isu berkenaan.

"Saya pernah mencadangkan kepada pengurusan TNB Negeri Sembilan agar mereka turun padang memberi penerangan kepada penduduk dalam satu perjumpaan.

"Namun mereka memaklumkan keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat TNB," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Temiang, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ada antara penduduk yang dikenakan caj penggunaan elektrik sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Selain itu katanya, beberapa penduduk terkejut apabila melihat terdapat tunggakan pada bil mereka sedangkan semua bayaran telah dijelaskan.

"Masalah ini membebankan penduduk yang terlibat dan mereka berharap TNB menyemak semula pengiraan kadar penggunaan elektrik di setiap rumah.

"Sekiranya masih ada penduduk yang berdepan masalah serupa, mereka boleh menemui saya atau berhubung terus dengan TNB untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, hanya TNB yang boleh memberi penerangan lebih jelas terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan TNB Negeri Sembilan gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9348028.asp

Ceramah Melayu DAP 23 Julai 2011 Rantau, N.Sembilan

Posted: 18 Jul 2011 08:33 PM PDT




CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Julai 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat DAP, Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan

Bersama
1. Zairil Tan Sri Khir Johari (DAP)
2. YB Taufek (ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
3. YB Ravi (ADUN Port Dickson, PKR)
4. Subra, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS
5. che'GuBard (Pengerusi SAMM)
6. Seorang bekas Pegawai Tinggi Polis (berbangsa India) di Johor bergelar Datuk yang baru menyertai PAS

Semua Dijemput Hadir , Pertanyaan 012-3696474 Azizi

Zairil adalah merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Encik Lim Guan Eng. Blog beliau di http://zairil.wordpress.com/

Masalah Air di Matrik Kuala Pilah sejak Zaman Pak Kaduk

Posted: 18 Jul 2011 07:59 PM PDT



Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah "memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni". Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik

Posted: 18 Jul 2011 07:59 PM PDT



Monday, July 18, 2011

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/07/17/bersih-tuntut-dakwat-kekal-bukan-biometrik/

Ribuan iringi Jenazah Dr Lo'Lo'

Posted: 18 Jul 2011 05:34 AM PDT




Tiada ulasan:

Nuffnang